Sabtu, 20 Ogos 2011

Bukan Mustahil...2




Foto ihsan di SINI
Menyorot sekali lagi pertemuan dengan En Zulkifli, staf Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Khamis bebaru ini. Aku diberitakan semacam ujud satu pattern kes jenayah di sekitar Bukit Mertajam.

"Di Permatang Pauh kebanyakan kes adalah melibat anak-anak bawah umur (12 tahun ke bawah). Kalau di Cerok To Kun, kebanyakannya remaja. Kalau di Perai kebanyakan orang dewasa."

Aku jadi kagum juga. Analisa oleh En Zulkifli ini aku kira elok kalau dapat dibukukan.

"Yang saya tahu kes jenayah remaja ni, banyaknya melibatkan remaja Melayu. Bangsa lain tak ada ke?"

"Ada. Tu la, saya selalu kata pada remaja ni. Kamu sebenarnya semacam bodoh. Jenayah oleh kaum Cina kebanyakan melibatkan kes jual CD haram/lucah atau jual dadah. Depa dapat duit dan kaya. Orang Melayu pula kes gunakan dadah tu. Orang Cina kalau jatuh hukum mereka boleh bayar denda sebab banyak duit tapi orang Melayu? Orang Cina dapat duit dari jual dadah tapi orang Melayu melekat dengan ketagihan dadah, merosakkan diri sendiri dan tak boleh lagi lari dari ketagihan itu seumur hidup."

 "Dadah apa yang bahaya setakat ni pada remaja?" tanyaku ingin tahu juga sementelah berjumpa dengan the right person untuk menimba pengetahuan. Sebenarnya, sejak Akhmal terlibat dengan kes-kes sebegini secara tak lansung aku jadi banyak tahu dan mengalami sendiri berurusan dengan Special Branch, dengan mahkamah dan penjara. Walaupun pengalaman ini bukanlah pengalaman yang baik tetapi berguna juga untuk dikongsi dengan ibubapa yang terjebak dengan terpaksa rela.

"Pada saya la, kalau nak cerita bab dadah ni, Ganja atau Morfin lebih ok berbanding ICE. Ganja kalau dah kena cuma dia benggg... sendiri dia je. Tapi kalau terkena ICE, dia boleh melibatkan orang lain. Kaki rempit itu, kalau ikut keadaan normalnya takkan sanggup angkat motor atau berbaring atas motor laju tapi bila dah kena ICE, dia boleh buat apa saja aksi bahaya. Sama juga kalau mereka pergi ke kelab malam, Depa boleh duduk kat situ sampai pagi esoknya kalau dah terkena ICE."

Inilah hakikatnya dunia anak-anak kita yang di sebelah sini. Dunia yang tersorok di sebalik masyarakat yang sibuk dengan urusan dunia. Aku sempat melahirkan kerisauan aku dengan nasib cucu dan cicitku nanti yang aku kira jika penyakit seperti ini tidak mampu diubati akan bertambah membarah.

Apakah ubat yang terbaik untuk menyahkan penyakit berjangkit ini dan memberi jaminan bahawa masyarakat dan negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti adalah sihat dan bertamaddun tinggi?

11 ulasan:

Ann Huda (Ate) berkata...

Risau...tapi Ate tiada jawabannya.

Of course kita kena pantau ank2 kita tapi... Kdg manalah kita nak perhatikan mrk senantiasa 24 jam. Kerana itu hanya doa saja yg dpt di panjatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pemelihara.

IMANSHAH berkata...

kes jenanyah makin melampau2

IMANSHAH berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Aida Ali berkata...

Memang risau memikirkan masalah dadah ni yg banyak melibatkan bangsa kita

Kakzakie berkata...

Pandangan kakak selagi masih longgar pimpinan ke arah keagamaan selagi itulah hal-hal sebegini sukar dibendung. Rasuah membenarkan bahan terlarang berleluasa dijual-beli. Penjual kelihatnnya sedikit yg ditangkap walau penagihnya puluhan ribu. Dari mana mereka mendapat bekalan?...

Benar IM, kakak pun bimbang anak-cucu-cicit kita...

Sri Mersing berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

insan_marhaen berkata...

ate,
ya...seperti juga IM. dah cuba didik sebaik mungkin akan Akhmal tapi pengaruh luaran lebih kuat merosakkannya.

aida ali,
kerajaan sebenarnya tak serius menangani isu ini di akar umbi,

kakzakie,
akar umbi yang IM maksudkan di atas itulah suasana agama tidak diutamakan oleh kerajaan sebaliknya lebih kepada suasana hiburan, perayaan dan pesta.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Takut dan bimbang bila kenangkan anak-anak bangsa kita yang terlibat dengan dadah nikan.

Betul seperti kata En. Zul tu, orang lain kaya raya hasil dadah, orang kita memenuhkan pusat pemulihan.

maiyah berkata...

assalam..

mmg btul tu IM, syabu pula cmpur heroin mmg jd biol.. mrk akan brhalusinasi

klau dah ambik mmg ssh nk tnggl, cegah dr sblm mncuba le, prgaulan prlu pntau.. jgn slh kwn itu yg pnting.. klau dah terr.. tercuba jawabnya mmg ssh le

NzA berkata...

hidup sekarang terlalu banyak mengejar kebendaan sehingga anak2 terbiar tanpa perhatian......Amamt merisaukan.

NUR berkata...

terima kasih perkongsian ni.. pernah juga dengar camtu..