Beberapa hari kebelakangan ini ibu_suri kerap mengadu sakit perut. Kerap buang air besar. Pagi semalam dia mengadu pula sakit kepala sebelah kiri. Migrain barangkali. Setahu aku dia tidak pernah mengidap migrain.
Hampir aku tidak pergi kerja pagi semalam. Namun aku gagahi juga dengan harapan sakit kepala ibu_suri cuma sementara. Aku dah tak boleh lagi nak ambil cuti kalau bukan terlalu perlu kerana cuti tinggal cun-cun untuk menghadiri kes Akhmal di mahkamah 25hb ini. Lagipun kerja di ofis terlalu banyak. Mana lagi dengan kursus Kalibrasi hari ini. Minggu depan dah nak Raya.
Selingan dari tugasan yang ada, terpaksa uruskan mereka yang akan pergi mewakili majikanku memberi sumbangan Hari Raya ke Pusat Harian Harapan Bakti dan pesakit di Hospital Balik Pulau. Dan tadi pula dapat tahu bahawa anak saudaraku buat hal pula di tempat kerja. Pihak Sumber Manusia (HR) meminta jasabaik aku pula untuk berbuat sesuatu.
SM Ahmad ar-Rasyid |
Malu pula aku dengan rakan-rakan lain. Mereka selalu bersembang tentang program iktikaf di masjid atau iftar jamaie. Aku pula di hujung-hujung Ramadhan ini bergelut dengan hal-hal duniawi. Memang cemburu namun aku pendamkan sahaja di hati. Hakikatnya beginilah apa yang mau tidak mau kena aku lalui.
Aku cuma ingin buat yang terbaik. Terbaik untuk diriku dan terbaik untuk mereka yang di bawah tanggunganku.
Aku harap isteri, anak-anak dan pekerjaanku ini bukan hambatan untuk aku mendambakan kasih sayang dan maghfirah Tuhan!
12 ulasan:
salam ramadhan IM
kadangkala kita ingin y terbaik utk amalan kita, namun bila dugaan kita lalui dan itu lebih penting untuk kebajikkan y tersayang, Itu juga dipangil amalan..
tabah IM, insyallah.. pasti 1 hari ada sinar pelangi utk kamu
PS: bila tarikh akhmal akan dibicarakan?
Assalamualaikum...
Dugaan berat buat IM, namun bersabarlah ubatnya..
Assalamu'alaikum IM...
yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisimu. IM adalah insan terpilih untuk melalui segala dugaan ini.
CR,
esok 25hb. Mungkin esok juga hari terbaik untuk IM uruskan hal-hal lain;
1. merujuk bil letrik IM yang tiba-tiba melambung RM300 lebih untuk bulan ini.
2. menghantar borang OKU ibu_suri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. mengambil ubat Psikiatrik ibu_suri yang sudah kurang
4. buat tebusan rebat tol di Plaza Tol
5. Meninjau Kancil IM yang sedang dibaikpulih di Perodua Juru.
Mungkin tak semua di atas dapat diselesaikan!
abd razak,
yalah... kekadang IM fikir dugaan berbentuk permasalahan lebih baik dari dugaan berbentuk kesenangan. IM akan lebih ingat pada Tuhan!
kakcik,
kerana dugaan inilah mungkin membuatkan IM selalu ingat dan bergantung pada Tuhan!
IM,
Ini semua ujian Allah pada hambanya disaat orang lain sedang bergelut untuk mendapat tempat terbaik disisi Allah.
Tapi jangan lupa, semua ujian ini juga dari DIA. DIA yang takdirkan semua ini, jadi tahulah DIA ganjaran apa yang akan diberikan kepada hambaNYA yang sabar, InsyaAllah.
Tabahkan hati, InsyaAllah.
ujian dan dugaan yg mendatang juga memberi kita pahala jika kita sabar laluinya..pengornanan seorg ayah dan suami besar ganjarannya di sisi Allah.....
moga ibu suri cepat pulih....
Selalu benar IM diuji. Kakak tahu IM memang kuat namun apa yg mampu kakak katakan sabarlah....
Assalam IM..
lamanya sy tk singgah sini...sy pun terlalu bz dgn tugas2 di opis..tempahan kueh baru siap sepenuhnya...
anggaplah semua yg berlaku di bulan Mulia ini adalah ujian dari Allah untuk menilai hati kita...sy juga kerap menghadapi berbagai dugaan...anak perempuan...susah nk diceritakan..jd sy simpan dn telan sendiri..bnyk2 sabar dn berdoa IM.
Semoga segala urusan dan masalah dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya dan dengan keberkatan dari-Nya. Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu menanganinya.
Selamat menyambut hari raya. Semoga IM dan keluarga sihat dan bahagia menyambutnya. Maaf zahir batin.
salam,
moga IM dpt menghadapi sgl dugaan tu dgn penuh ketabahan n keimanan... pasti ada hikmah atas sume yg berlaku... mg dpt jd pengajaran yg berguna buat semua...
susah dan senang itu adalah ujian, moga kita tidak lalai
harap dipermudahkan semua urusan
slmt hr raya Im
terima kasih.
memang begitulah hakikatnya yang saya juga lalui sebelum penghijrahan ini.
Catat Ulasan