Kalau semasa masih muda belia dahulu, yang selalu diangankan adalah kemewahan dalam memiliki prasarana kehidupan. Rumah yang besar dan luas, kereta yang selesa, aktiviti harian yang menyeronokkan dan kuat kerja untuk mendapat gaji dan kenaikan pangkat.
Tidak kira walaupun terpaksa membuat pinjaman. Seolah-olahnya macamlah kita ini pasti akan hidup lama dan akan boleh membayar hutang itu hingga selesai. Malah adakalanya belum pun selesai hutang lama, diperbaharui pula menjadi hutang baru. Sekali lagi, bagailah Tuhan itu gerenti akan memperuntukkan kita dengan umur yang panjang.
Hari ini, bila menghampiri kemuncak usia, baru terfikir bahawa sebenarnya bahagia dalam hidup ini terletak pada ketenangan di jiwa. Dan ketengangan jiwa itu bukan sangat terletak pada kemewahan materialistik akan tetapi sebenarnya pada budi bicara dan kesederhanaan dalam segala aktiviti harian. Berpakaian sederhana, makan yang sederhana dan perbelanjaan yang diperlukan sahaja.
Barulah mula terasa letih dengan beban hutang yang tidak putus-putus sejak usia muda. Baru tahu betapa sebenarnya, tungkus lumus kita bekerja tetapi bila dapat upah kerja habis di'sedekah'kan kepada pemiutang yang memangnya memasang pukat memperdaya kita.
Alangkah bahagianya seperti abah aku. Gaya hidupnya - ada duit baru berbelanja. Jika tak ada duit, diam sahaja sudahlah. Dengan pencarian rezeki secara harian dan tak seberapa itu dia masih boleh menyimpan. Cukup masa dia keluarkan untuk perbaiki rumah. Hantar anak ke menara gading. Kahwinkan bila sampai masanya.
Dan bila anak itu sudah mula hidup berumahtangga; dengan gaji suami isteri yang besar masih ada yang entah mana masanya pulang ke kampung berjumpa emak abah mahu meminjam wang. Hairannya, emak abah yang rezekinya bak kais ayam itu mampu pula memberi pinjam kepada anaknya. Yang anak itu pula bila sudah mendapat pinjaman entah bila pula akan membayar semula kepada emak abahnya. Maklumlah, emak abah sendiri. Bukannya bank. Seolah-olah emak abahnya pasti punya umur yang panjang untuk menanti sianak itu melunaskan hutangnya.
Agaknya, kalau ditakdirkan tiba-tiba emak abahnya menghembus nafas terkahir, bagaimana hutang itu hendak di halalkannya?
Tulisan di atas sebenarnya adalah untuk aku yang tiba-tiba teringat pada mak di kampung. Agaknya sendirian dia tidur malam ini dan bersahur nanti...
12 ulasan:
betul tu IM...sepanjang hidup menanggung beban hutang...bertukus lumus mencari duit semata2 krn inginkan keselesaan sedangkan kita byk lalai n leka..banyak masa dihabiskan kerana itu dan ada kalanya anak-anak terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang......
Suka N3 ni. Pas sahur tadi baru dgr 'kuliah' dr my sister (actually leteran panjang) ttg berkah atau tidak duit kita bknnya kerna banyak wang. Sikit pun tak apa asal berkah. Hutang piutang... harus di tulis, di letakkan di tempat yg ahli keluarga tahu. Jika di takdirkan meninggal, boleh di bayar ahli keluarga, takut kerana hutang kita dg manusia, kita 'tertahan' nanti di akhirat.
Assalamu'alaikum IM...
semakin ke hujung usia, semakin banyak rasanya kakcik telah mengumpul sesuatu yang sia-sia, sedangkan bekalan ke sana tidak bertambah juga. :(
semakin rasa sayu dan banyak iktibar yang diambil dari penulisan IM...
NzA,
IM banyak melihat jiran yang sibuk bekerja sementara anak terbiar hidup sendiri di rumah.
Ate,
kesian kat waris kita nanti yang terpaksa menanggung beban hutang kita.
kakcik,
betul tu. kita sibuk kumpul harta dunia sedangkan harta akhirat kita alpakan.
CR,
muga menjadi peringatan buat yang menulis dan yang membaca.
Sekarang ini kita pula semakin tua dan mungkin akan berulang episod yang sama yang dilalui oleh ibubapa kita.
Assalamualaikum
Kemudahan pinjaman amat mudah sekarang. 'Tenyeh' aje tandatangan, tidak lama lepas itu terus dapat duit...Aduhai, gaya hidup moden ke semacam itu?
rusli,
muga-muga keluarga kita dirahmati Allah hendaknya.
Ros,
Along internet namanya tu. Tapi along ini dikebalkan oleh undang-undang Malaysia!
matematik orang tua kita dahulu bijak mencatur wang,makan pun ala kadar,janji kenyang yang penting anak2 mendapat pendidikan yang baik..
tekad menerus cita2 sendiri yang terbengkalai....orang tua kita meniupkan semangat ilmu diminda anak2...
mereka tidak punyai wang yang banyak tapi menggunakan wang ditempat yang sepatutnya,betul hala tujunya........
mereka tidak berhutang/ mereka khuatir bila faedah dikenakan.
rezeki sedikit yang berkat itu terpelihara,mereka tidak mengimpikan kereta menjalar atau rumah besar.....mereka sedar dengan kemampuan, cuma cukuplah makan dan pakai seadanya, anak2 punyai peluang meneruskan cita2....
jumpa lagi..SELAMAT HARI RAYA....
terpukul juga..tapi takde pilihan IM..Rumah dan kereta
emmmm.....apa khabar im???
zul,
pendekata, keberkatan rezeki mereka yang dikutip dari titik peluh sendiri itu yang membuatkan mereka mampu untuk tidak berhutang ribu-ribu macam kita.
IMANSHAH,
takat rumah dan kereta ok. tapi kad kredit, katil, almari...hutang juga tu!
Amy,
Baik khabar. Selamat Hari Raya..
Catat Ulasan