Halaman

Jumaat, 26 Ogos 2011

Dalam Hujan Lebat

Nama aje cuti tapi penuh dengan urusan. Hujan pun hujanlah. Aku redah juga kerana tugasan ini perlu diselesaikan. Di waktu pejabat ini sahaja urusan ini boleh dilakukan.




Foto ihsan nyanyisunyi
Semalam, pepagi lagi aku sudah tercatuk di mahkamah. Lebih 'melemaskan' ialah bila ibu_suri ingin turut sama. Maklumlah, nak keluar dari kereta dalam hujan dengan langkah perlahannya itu. Nak naik tangga yang entah berapa anak. Duduk pula dalam mahkamah macam robot. Mana boleh bersilang kaki melepas lenguh atau berbual jauh sekali untuk kelebek handphone.

Alhamdulillahnya, Akhmal dibebaskan seperti yang dipakat oleh aku dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Itupun dengan jaminan bon RM5000. Berdegup juga jantung aku melihatkan sekeping cek dikepil bersama dokumen yang ditandatangani. Selama 2 tahun Akhmal diperintah berkelakuan baik dan melakukan program khidmat masyarakat selama 80 jam. Lama tu...keluhku kepada En Zulkifli, pegawai JKM.

"Kalau Akhmal langgar perintah mahkamah tu, ayah pula yang akan masuk 'dalam'. Mana ayah ada duit nak bayar bon tu!" beritahu aku pada Akhmal sebaik saja memasuki kereta dalam hujan lebat itu. Aku sebenarnya resah dengan keputusan mahkamah hari ini.

Kemudian aku teruskan dengan urusan untuk ibu_suri pula. Berhujan pula aku memfotostat dokumen yang diperlukan oleh JKM. Membimbing ibu_suri di bawah payung yang tak sepadan dengan saiz tubuh ibu_suri yang XXL itu menaiki tangga dengan hati-hati takut terlicin dan jatuh juga memerlukan kesabaran dan lapang dada yang tinggi. Lama juga temuduga ibu_suri dengan pegawai JKM yang kali ini seorang wanita.

"Saya seperti tak dapat rasakan apa istimewanya anak saya dan isteri saya memegang kad OKU. Kalau dalam tv punyalah enak jajaan mereka bahawa OKU mendapat pelbagai keistimewaan tapi selama saya menjaga 2 orang OKU ni,  yang saya dapat cuma 4 dari 22 keistimewaan itu bagi anak saya dan lansung tiada bagi isteri saya kecuali pelepasan cukai."

Pegawai JKM yang tengah sarat itu mengiyakan juga kata-kataku itu.

Hujan masih juga turun menyebabkan jalan sesak. Aku perlu pula ke Plaza Tol Kubang Semang untuk klem rebat tol. Alhamdulillah, dapat rebat percuma RM160. Aku topup RM100 dan ini cukup untuk digunakan sepanjang Syawal nanti. Jam sudah pun ke pukul 5 petang.

Ingat nak balik ke rumah sebab badan kesejukan dek lembab dalam hawadingin kereta. Kepala pun mula rasa berdenyut. Tetiba;

"Abang, pi beli capati kat market Seberang Jaya tu, boleh?" Aduh...Di situ lagi teruk jem kerana Bazaar Ramadhan!

11 ulasan:

IMANSHAH berkata...

Salam, alhamdulillah raya ni dapat bersama.terasa nak jumpa lah 'anak' tu..rasa je..

semoga aidilfitri ni tambah ceria

NzA berkata...

pengorbanan seorg bapa dan suami...InsyaAllah, besar ganjarannya...dan semoga akhmal berubah dan menjadi anak yang baik dan tahu menghargai kasih sayang serta pengorbanan seorg ayah....

hani@debumelukut berkata...

Cian Ibu suri..akak pun xxl jugak, terasa you...heheehe

kakcik berkata...

Teruslah tabah IM. Allah tetap bersamamu.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah kurniakan ketabahan buat IM serta keluarga..

Kakzakie berkata...

Benar apa yg IM katakan dari 22 hanya 4 diberi. Bayangkan ada lagi langsung bagai tidak dipeduli. Jiran-jiran yg membantu. Turun-naik pejabat masih lagi tidak ada keputusan. Suami tak ada (asal Indon) kini dgn 3 anak kecil. Kesian....

Moga ada sinar di hari raya ini IM...

sahromnasrudin berkata...

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra . Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

ainnoraini berkata...

dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya buat IM sekeluarga...

maaf dipinta jika terdapat silap dan salah disepanjang perkenalan kite dialam maya ni...

zul permatang badak berkata...

sabar dan kuatkan semangat.....

ibuintan berkata...

semoga IM terus diberi kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi masalah yg sedang dihadapi


selamat hari raya IM....,mohon maaf jika ada komen yg mengguris perasaan IM selama ini

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah, semoga Akhmal tidak menyusahkan ayahandanya nanti. InsyaAllah.