Sabtu, 3 September 2011

Orang Yang Beruntung




Kebahagiaan semasa mereka masih kecil
Yang paling berharga dalam hidup ini adalah kebahagiaan. Kunci kepada kebahagiaan adalah ketenangan. Untuk tenang kita perlukan sikap berlapang dada dengan apa juga yang mendatang.

Berlapang dada bermakna menerima seadanya apa yang datang kepada kita. Untuk itu kita perlu melihat dari sudut yang positif dengan pandangan yang  positif. 

Untuk mendapat sudut yang positif kita perlu melatih diri supaya sentiasa menghormati orang lain. Untuk boleh menghormati orang lain kita perlu kepada sikap selalu merendah diri.

Orang yang merendah diri adalah orang yang selalunya melihat kelemahan diri berbanding gemar mencari kelemahan orang lain.

Adapun orang yang beruntung ialah mereka yang merenung kelemahan orang lain untuk memperbaiki dirinya.

15 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi, salam syawal ke 5 buat IM dan ibusuri..

setiap kata2 yang hadir dari sanubari buatkan ayu kerap terfikir..
terima kasih kerana berkongsi rasa dan ilmiah kehidupan..
akan ayu garap buat pedoman...

PS: romantiknya gambar IM dan ibusuri dalam air...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Semoga hari raya ke-5 ni masih meriah.

Kita sentiasa disuruh muhasabah diri dari masa ke masa. Perhati apa kurang apa yang lebihkan.

Semoga kita menjadi orang yang redha menerima takdir Allah, mudah2an dengan redha kita mendapat ketenangan yang amat kita perlukan.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

sebagai ibubapa, hati kita tak akan sentiasa ceria denga karenah anak2 yang pelbagai - namun, adakah anak kita memahaminya?

S..U..D..@..I..S berkata...

selamat hari raya IM
tenang dan bahagia sllu hendaknya

hani@debumelukut berkata...

kadang kadang akak merakasan IM menuturkan bahasa hati akak..begitulah kita.

Ariff Budiman berkata...

Benar akan kata2 IM

zul permatang badak berkata...

merendah diri, menghormati orang lain....jadikan budaya hidup....

berlapang dada........syukur dengan rezeki yang tiba........
apa yang datang lihatlah dari sudut yang positif,

dan kita pun tidaklah keluh kesah.........atau berkecamuk mengurus tuntutan hidup......

i/m.........sukses.......

IMANSHAH berkata...

erm, suka header dalam air tu

insan_marhaen berkata...

CR,
Gambar itu kira-kita 8 tahun lalu, agaknay..

Masa tu aktif dengan program remaja

Kunang-Kunang,
Muhasabah itu digalakkan. Cumanya tindakam pembaikian selepas itu adakah dilakukan?

kak cik,
Tugas kita adalah mendidik mereka. Terpulang kepada Tuhan sejauh mana mereka akan mempraktikkan apa yang kita ajar.

sud@is,
alhamdulillah. Buat masa ini belum ada ombak besar beralun.

hani,
Mungkin kita berada di ruang yang sama. Ruang menjaga hati-hati yang memperduli atau dipedulikan.

Budiman,
Eheemmm...Tampak bahagia dari cara bergambar tu.

ImanShah,
Itu adalah kata-kata yang lahir dari hati IM!

Aida Ali berkata...

Hidup perlukan motivasi baik daripada diri sendiri maupun dikutip dari persekitaran kita. Selamat berpuasa 6

Itu Aku berkata...

salam IM
ya...berlapang dada dan menerima apa adanya...
kdg2 jiwa muda selalu mendepani emosi,

semoga kt sentiasa memperbaiki apa yg kurang
aminn

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah melihat gambar header itu kalau tak silap di Hutan Lipur Bukit Pancur, Nibong Tebal.

Comel gambar mereka beradik, semoga anak-anak kita menghargari kenangan ini.

Semoga pelangi petang akan berganti ceria dengan munculnya sinar mentari pagi.

NUR berkata...

Salam buat IM sekeluarga..
semoga syawal kali ini munculye mentari pagi(seperti kata hrusli itu)..

aku HIV positif berkata...

cantikkk...!!
sgt2 setuju.

insan_marhaen berkata...

aida,
sebab itu Islam menganjurkan kita selalu mendekatkan diri dengan agama.

IA,
itulah yang perlu diperbetul dan dipelajari. Darah muda katakan..

rusli,
betullah tu, di Bukit Panchor. Punya sinonimnya kita dengan BP hinggakan sungainya saja pun kita dah boleh kenal yer..

nur,
mudah-mudahan mentari selalu ada. tak kira pagi atau petang..

AHP,
setuju sokmo!