Foto hiasan |
Bilamana Angah bertanyakan aku;
Bilamana Angah bertanyakan aku;
“Kalau doktor ‘ikat’ rahim Ayu lepas bersalin ni, macam mana, ayah?”
Aku terdiam juga. Kiranya Angah sudah cukup matang untuk berbincang tentang hal-hal kekeluargaan. Aku tidak boleh lagi menganggap dia seperti anak remaja. Cara aku berbual dan menasihatinya juga perlu secara dewasa.
“Paling bagusnya Ayu beranaklah selagi mampu. Sementara masih muda ini beranaklah ramai-ramai. Nanti bila agak umur 35 ke atas barulah fikir untuk ‘berhenti’. Sebab itulah Islam galakkan ibu menyusukan anak hingga anak berusia 2 tahun kerana amalan ini akan sekaligus boleh mengawal kelahiran.”
Aku teringat dahulu bila ibu_suri bertanyakan aku, aku menjawap bahawa aku nak anak ramai macam mak dan abah aku.
“Awat, abang larat nak jaga ke?”
Tapi ditakdirkan selepas Along lahir pada 1986, 11 bulan selepas itu Angah di lahirkan. Aku menyuruh ibu ‘merancang keluarga’ selama 2 tahun. Rupanya ditakdirkan Allah selepas itu ibu_suri selalu mengalami keguguran hingga akhirnya ibu_suri mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat walaupun aku tidak bersetuju kerana aku bimbang pada kesan jangka panjang.
Justeru itulah Along dan Angah amat rapat persaudaraan mereka kerana usia mereka segagan sedangkan Akhmal yang lahir pada 1993 agak berlainan zamannya dan tidak se’gu’ dengan zaman Along dan Angah. Jadinya, Akhmal lebih suka mencari kawan sebayanya. Along dan Angah sekadar berbual atas dasar keluarga.
Aku selalu nasihatkan kepada anak-anak saudaraku supaya mereka berkahwin awal dan beranak ramai ketika masih muda. Bila umur 40 tahun, anak-anak sudah besar dan kita tidak perlu bersusah-susah menjaga mereka. Bila umur 50 tahun, anak-anak ramai yang dah berkahwin.
Masa itu kita suami isteri bolehlah mengisi baki usia dengan amal ibadah tanpa perlu lagi bersusah payah memikirkan hal-hal membesarkan anak.
23 ulasan:
Kakcik juga suka menasihatkan 'adik-adik' agar melahirkan anak di usia muda. :)
salam
satu pun belum ada..nikan nak beranak..hehe
IM sudah berbicara macam atuk pula.
memang kalau boleh saya pun nak anak lebih....tapi rezeki cuma 3 orang jer...Namun bersyukur dgn kurniaan-NYA..
kak cik,
kita menasihati berdasarkan pengalaman.
imanshah,
mana nak ada kalau asyik dengan anak murid jer...
hrusli,
insyaAllah bulan 2 hanti dapatlah title berprestij tu.
Mp,
sama le kita..
Alhamdulillah.. dah nak jadi datuk.. :D..
lady tumpang seronok..
ada anak yang masih kecil di masa tua pun bagus juga .. boleh buat peneman dan kawan sebab yang besar2 dah buat hal masing2.
Salam IM,
Berpandukan pengalaman, kak ani ada 5 orang anak. Satu Allah dah ambik kembali, tinggal 4.
Sekarang ni bila 2 dah berkeluarga, 2 lagi masih di U. Sunyinya hidup ini berbanding masa mereka kecik2 dulu.
Eloklah kalau boleh dan tidak ada risiko pada kesihatan, beranaklah. Jangan cepat2 ikat. Maaf cakap, kita tak tau masa depan kita (perempuan, masih muda pulak), jodoh kita dengan suami sekarang entah panjang entah tidak (maaf yer, bukan doa sekadar berkongsi pendapat). Jika ditakdirkan perjalanan hidup kita dengan lain suami sekarang tak panjang, ada jodoh kawin lain, mesti nak anak juga, nanti menyesal, kita dah tak boleh berpatah balik selepas diikat (boleh tapi rumit).
Maaf yer IM sekarang peringatan pada yang muda2 ni upaya jangan cepat nak ikat jika tidak ada masalah yang mengancam nyawa.
ladybird,
yalah... bukan senang nak dapat pangkat 'datuk'..
tapi IM macam abah IM juga, cucu in cuma untuk ditengok dan bermain sekejap-sekejap jer..
Selebih masa, IM lebih suka sendirian dengan aktiviti sendiri!
al lavendari,
IM mahu tumpukan kepada aktiviti yang IM minati - join program anjuran NGO. Bermain dengan cucu mungkin sekali sekala.
kunag-kunang,
apa yang diperkata memang betul sesangat. tapi yang Angah concern itu ialah jika doktor memberi sarana kepada Ayu seperti itu, keputusan bagaimana yang dia perlu buat.
Paling IM nasihatkan pada dia ialah jangan makan pil perancang. Pil itu juga mungkin yang menyebabkan ibu_suri selalu keguguran..
salam..
saya teringin beranak ramai tapi nampaknya, setakat ini impian itu agak sukar dicapai..mungkin itu takdirnya..mungkin ada hikmah disebaliknya..
ada beberapa org kawan saya yg merancang awal, atas alasan usia masih terlalu muda..akhirnya, sampai kesudah tak beranak..
semasa muda semuanya masih sihat dan kuat insyaallah
IM, saya dh berumur 25thn tp masih belum berkahwin. asik dengan belajar ja. sedihnye..
a.samad,
sebenarnya, semua itu perancangan Allah. apapun yang diberiNya, kita terima saja.
sud@is,
dan semasa kuat inilah kita perlu berusaha didik anak-anak kita sebaiknya.
ekmi,
Along juga dah 25 tahun tapi masih takada tanda-tanda ada awek. asyik nak belajar jer...
salam..
jika mmg xde masalah kesihatan.. beranak la.. bila dah tak larat cam sy nih, mcm2 fikir.. kita tak tau apa jadi masa hadapan.. jgn hanya fikir soal body lari la, soal takut tak cukup duit la, soal jaga anak la... selalunya kita akan matang bila tiba saatnya.. kita tau camna nak manage idup kita bila smpi waktunya.. tp bila kita diambik kesihatan kita.. masa tu apa2 rancangan pun xmenjadi.. masing2 akan mencari point utk lepaskan diri... cuba fikir positif dan org2 yg terdekat bagi sokongan moral.. insyaallah tuhan akan tolong..:)
tengok gambar tu yg tak boleh tahan, hehehe..
rugi sgt kalau kawin umur dah 40 lebih kan?
dah lenguh2 badan, sakit pinggang dan betis masih nak hantar anak gi sekolah, gi mesyuarata PIBG dsbnya.
org rumah bersalin, gi spital nanti misi taya, pakcik nak tengok cucu ke?
tapi ya lah, kalau dah lambat temu jodoh nak kata apa...
Oho.. kenapa masih muda dan baru anak satu nak 'di ikat'. Biasanya orang 'ikat' bila ada problem yang mengakibatkan bahaya dari segi kesihatan.
Tang merancang pula, kalau kerana untuk menjarakkan tak salah tapi harus pasti akan niat. Niat mesti betul, bukan kerana takut miskin, takut anak ramai tak cukup rezeki dsb.
Maaf, Oleh kerana Ate 'dikelilingi' oleh ramai doktor O&G dan ustazah jadi Ate agak 'sensitive' hal2 merancang dan hukum hakam berkenaannya.
Kalaulah Ayu melahirkan anak melalui pembedahan, dia masih lagi boleh melahirkan anak. Terlalu muda untuk mengikat rahim.
atas rezeki dan jodoh memasing
Betul IM.
masa muda masih gagah nak jaga anak.. Dah lanjut usia penat pula..
mm,
benar tu. jika masih muda dan tiada masaalah kesihatan & kewangan, beranaklah seramai mungkin.
ahp,
foto tu IM dah edit. agaknya, super impose.
ate,
itu hanya perbualan IM dengan Angah. Angah ni memang banyak songeh sikit. kekadang sesaja mengusik IM dan ibu_suri.
budiman,
harap-harap kelahran cucu IM tu secara normal la..
sahrom,
tepat sekali!
nur,
nur macammana?
akak pun selalu nasihatkan anak akak tu supaya beranak ramai time akak mampu lagi jaga cucu ni..Rezeki di tangan Tuhan, kita hanya mampu berdoa.
setuju dgn IM..sy brkawin di usia muda dan brhenti branak di awal 30an....
mg bagus perancangan IM ni... tp tu lah kdg2 ada org jodohnya lmbt ada org jodohnya cepat... =,)
Catat Ulasan