Seperti yang di sms, aku dan blogger JH bersama ke surau di tempat kerja untuk solat Dhuha. Disamping ianya sebagai salah satu dari mutabaah amal yang dipantau secara mingguan oleh naqib usrahku; lebih penting ianya baik untuk pengisian dalaman diriku sendiri.
Selesai solat Dhuha, aku terdengar blogger JH menalipon maknya di kampung. Hatiku tiba-tiba tergerak nak menalipon mak aku juga; bertanya khabar. Aku ni bab nak menalipon cukup malas. Tak tahu nak cakap apa. Tak heranlah masa aku masih bertunang dengan ibu_suri dulu, ibu_suri selalu merungut di dalam talipon kerana tak mahu sembang panjang-panjang dengan dia.
“Dalam surat bukan main panjang menulis.” Perli ibu_suri.
Aku gagahi juga tanganku menekan nombor talipon mak.
“Ya… Ada apa kamu nalipon ni?” Agaknya mak terasa macam pelik bila mendapat panggilan dari aku.
“Saja nak tanya khabar mak. Sihat ke?” Disamping kepalaku membayangkan mak tentunya kesaorangan di rumah. Anak-anak mak termasuk aku semuanya dah kahwin dan duduk di rumah sendiri. Abah pula dah hampir 5 tahun pergi dahulu dari kami. Pergerakan mak yang terbatas kerana lumpuh sebelah kiri badan pastinya menambah sepi hidup mak. Aku dapat tahu dari adik-adik bahawa mak selalu menangis di tengah malam selepas sembahyangnya.
Hurrmmm… Dunia ini sebenarnya tidaklah sehebat mana pun. Entah apa yang kita kejar sebenarnya, aku pun tak tahu. Seorang demi seorang sahabat dan saudaramaraku pergi menghadap Ilahi. Giliran aku juga yang entah bila.
Aku teringat sirah Nabi yang diangkat menjadi rasul ketika umur 40 tahun. Sejak itu baginda berdakwah di kalangan masyarakat Quraish hinggalah umurnya 50 tahun dimana beliau berhijrah ke Madinah. Di Madinah, Nabi lebih serius menyebarkan dakwah. Berperang dengan musuh Islam yang bukan sedikit bilangannya.
Tasik Mengkuang |
Tak dapat aku bayangkan bagaimana umur Nabi yang 50 tahun itu mampu mengangkat pedang dan menunggang kuda untuk berperang sedangkan aku di usia ini pun sudah kepenatan walaupun baru sekadar beberapa meter berjogging di Tasik Mengkuang!
11 ulasan:
Seumur hidup kakcik ni, entah berapa kali saja kakcik pernah berjogging! :)
malunya.saya yang baru 25thn ni pun dah lemah2. Jalan jauh sikit dah cepat letih. Hebatnya Rasulullah saw. Malam ni nak kol mak lah.
Agaknya orang lelaki macam tu ek IM..sukar nak bercakap di telefon..adik beradik lelaki saya liat sangat nak telefon mak di kampung sampaikan mak sedih sangat....
IM,
"Hurrmmm… Dunia ini sebenarnya tidaklah sehebat mana pun. Entah apa yang kita kejar sebenarnya, aku pun tak tahu. Seorang demi seorang sahabat dan saudaramaraku pergi menghadap Ilahi. Giliran aku juga yang entah bila."
sangat-sangat bermakna.
t kasih.
p/s- bab telefon tu, sepesen la kita :)
kakcik,
di umur kita ni berjalan kaki adalah senaman paling baik.
ekmi,
baguslah kalau mau talipon mak selalu. dengar suara mak pun kita dapat pahala. begitu tingginya darjat yang bernama 'mak'!
nza,
liat talipon takpa. jangan liat balik jenguk mak. itu tak sepatutnya berlaku.
ahp,
terima kasih kerana menghargai kata-kata IM.
Setuju dengan kenyataan itu...
Beruntunglah mereka yang Allah pilih untuk beribadat kepadaNya dengan penuh keikhlasan.
Beruntunglah mereka yang dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sedikit masa demam dan sakit.
Beruntunglah mereka yang masih ada ibubapa dan sempat berbakti kepada mereka.
Beruntunglah mereka yang Allah izinkan untuk istiqamah berjuang di jalanNya.
aida ali,
setuju sokmo..
hrusli81,
beruntunglah juga bagi mereka yang mahu menyedari!
Akak bab riadah mmg fail!
salam pakcik IM..
kenapa pakcik x bawakan mak pakcik bersama pakcik.. kesian die xde org jaga.. :(
Teringat kisah sahabat yg di siarkan di radio Mutiara FM beberapa hari yang lalu...Di zaman Saidina Omar Ibnu Khattab,seorng sahabt sedang bertawaf sambil menggendong ibunya yg kelemahan di belakang..setelah selesai, beliau berkata dengan kuat, aku telah membalas SEGALA jasa ibu ku..seorang sahabat yg lain bertanay pada Omar RA, apakah benar seperti yang dinyatakan, Omar R menjawab, sedikit pun kita tidak dapat membalas jasa IBU yang melahirkan...Allahuakhbar..ampunilah, rahmatilah kedua ibubapa kami...
Catat Ulasan