Selasa, 1 November 2011

Siakap 1 Rasa

Foto ihsan dari sini
Semalam beria-ia Angah suruh aku belikan ikan Siakap. Ayu nak masak ikan Siakap 3 rasa, katanya. 

"Wah... tengok menantu you. Rupanya Ayu sengaja low profile kat you konon tak pandai masak. Hari ni dia nak masak sendiri. Mesti best punya," ujarku pada ibu_suri.

"Jangan Ayah... Ini first time Ayu nak masak. Resipi ambil dari internet. Entah apa rasanya."

Aku pun ke pasar basah Penanti. Entah berapalah harga sekor ikan Siakap ni. Seingat aku, beberapa minggu lalu aku bawa ibu_suri makan ikan Siakap bakar di Restoran Gelas Besar, Permatang Janggus. Seekor saja dah RM18.

Aku pilih 2 ekor. Agak-agak sebesar tapak tangan Ayu. Tak ada pun yang lebih besar dari itu.

"8 ringgit!"

Haa... Kalau macam tu aku ambil 3 ekor! Baru RM13.

Balik saja ke rumah,  aku lihat Angah sedang memotong serai. Ketawa besar aku bila melihat cara dia memegang dan memotong serai.

"Awat potong besar-besar. Dekat 1 cm. Potong nipis-nipis macam ni..." Aku menunjuk cara memegang dan menyukat hirisan serai dengan jari. Bagaimanapun aku bangga kerana Angah mahu menolong isterinya di dapur. Pada aku ini adalah sikap suami yang terpuji. Dan Angah cuma ada separuh sahaja dari sikap ini.

Berbanding aku, Ayu agak senyap memasak di dapur. Kalau aku, siap dengan bunyi ketuk kuali dan lagaan pinggan mangkuk. Lelaki, katakan...

Lepas Zohor juga baru siap sarapan tengahari. Bukan main berselera ibu_suri memakan. 3 ekor ikan Siakap... langsai dengan sekali hadap!

"Macammana, Ayah? Sedap tak?"

"Sedapppp......." jawapku yang memang tak banyak ragam tentang apa yang dihidang walaupun sebenarnya kuah ikan 3 rasa yang Ayu masak ini sebenarnya cuma ada 1 rasa dan agak kurang garam!

15 ulasan:

Itu Aku berkata...

senang mkn kalau xbyk ragam...abah saya juga begitu...
xpe..proses pembelajaran,,lama2 kak ayu pandai la masak..
masterchef gitu...
sedapnye ikan siakap..nyum2

kakcik berkata...

Bila dibuat berulang kali nanti, akan pandailah Ayu, itu baru percubaan pertama. :)

Ibu n Abah berkata...

IM..
Percubaan pertama yang berjaya...
Dapat dinikmati ramai2...
Alhamdulillah...

Ariff Budiman berkata...

Salam
Kurang 1 rasa itulah yang akan buat bertambah sedap. Tahniah kepada angah krn sanggup menolong isteri. Kita tak blh ego biarkan isteri di dapur dan kita asyik mengadap tv dan paper menanti makanan siap.

insan_marhaen berkata...

itu aku,
abah IM juga tak banyak ragam. kalau sedap dia makan banyak. kalau tak sesuai dengan seleranya, dia makan sikit dan keluar pi kedai mamak!

kak cik,
memang gitulah. IM dulu pun selalu kena marah dengan mak sebab makanan terlebih garam.

ibu n abah,
nikmati beramai itu adalah suasana yang jarang IM dan ibu_suri alami mutakhir ini. selalu kami makan berdua sahaja di luar.

budiman,
memang itulah yang IM selalu nasihatkan Angah supaya bertimbang rasa terhadap isteri seperti mana Rasulullah!

Mario berkata...

nmpk sedap tuuu...

aku HIV positif berkata...

"sedap..."
hehehehe....selalu begitu!
tau2 badan kita yg makin lebar sebab nak beri motivasi kpd yg baru nak belajar memasak atau cuba resipi baru.

mama maman berkata...

im.. kira ok la tuh.. ada rupa dan rasa wlpun satu rasa.. hhheee.. dr yg xde rupa dan xde rasa kan.. kalu rajin nnt2 ok la tuh..:)

**kita pun suka jika dipuji.. nnt bertambah rajin la nak msk lg kann

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah dapat berubah selera. Rajin menantu IM masak.

insan_marhaen berkata...

mario,
kena nampak sedap baru datang selera.

ahp,
tu yang selalu IM leterkan kat ibu_suri. kerana tak mahu membazir, makan juga walaupun 2-3 kali sendawa.

mama,
itu puji sunat namanya..

kunang-kunang,
kena rajin memasak. tambah dah nak dapat anak ni..

Ann Huda (Ate) berkata...

Angah membantu isteri di dapur kerana dia ada contoh terbaik... ayah dia rajin dan pandai masak :).

MulutPayau berkata...

Rajin menantu IM masak....Dapat makan beramai2 lagi myelerakan.......

IMANSHAH berkata...

saya juga jenis tak cerewet makan, masin ke, manis ke, saya hadap je

roslaini saad berkata...

masa saya baru kahwin dulu pun... pernah ditegur bapak mertua.. buat air teh susu.. kurang susu... heheheh dia memang suka minum di kedai.. tulaa pasal..

tapi teguran tu.. buat kita ingat sampai sekarang.. bancuh biar betul..

anis berkata...

macam sedap je ikan tu