Khamis, 3 November 2011

DIRGAHAYU

Blogger JH ( berbaju kuning ) sedang menyelenggara alat siaraya
Dia pernah bertanyakan aku; apa makna perkataan BELASUNGKAWA. Aku jawap: err… lebih kurang maknanya macam TAKZIAH lah! Tapi TAKZIAH kita ucap kepada si polan yang ditimpa musibah samada kematian, kemalangan atau ujian dari Tuhan.

Di sini aku bukanlah nak ucapkan kepada beliau perkataan BELASUNGKAWA sebaliknya nak ucapkan yang lebih menggembirakan dari itu yakni DIRGAHAYU. Kan hari ini ulangtahun beliau. Aku pun tak perasan tapi ibu_suri yang peringat aku semalam. Bab tarikh lahir sahabat dan adik beradik ni ibu_suri memang ingat sungguh. Malah kekadang aku sendiri terpana bila dia ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, BANG… sedangkan aku sendiri tak teringat lansung!

Sahabat aku yang menyambut Hari Ulangtahun nya hari ini tentunya lebih gembira kerana ganjaran yang diterima hari ini adalah ganjaran paling besar. Apa ganjarannya itu kena tanya beliau lah. Cumanya; disamping ucapan, aku juga ingin berterima kasih yang teramat kepadanya kerana beliau adalah seorang sahabat yang terlalu banyak menolong aku. Kerap aku nukilkan namanya di entri blog atas kesiapsiagaannya menolong aku bilamana saja aku perlu. Jika tidak mampu membantu aku di sudut kewangan, dia akan memberi nasihat atau paling minima dia sudi mendengar.

Sesekali aku terasa kerdil juga bila berada di sisinya. Beliau sebenarnya bukanlah calang-calang orang kerana beliau adalah orang penting dalam IKRAM, orang penting dalam JIM, orang penting dalam Silat Gayong dan orang penting dalam keluarganya juga.

Apa-apa pun sahabatku, aku banyak terhutang budi kepadamu. Dan hari ini pun aku merasakan untuk sebuah kek hari jadi tidak berbaloi berbanding entri ini yang aku tulis khusus buatmu – RUSLI BIN HJ HASHIM!

Aku berdoa semuga kau tetap teguh di jalan dakwah, tetap teguh menjadi anak soleh yang mendoakan mak dan abahmu dan tetap teguh menjadi sahabatku di dunia dan muga-muga di akhirat juga. Dan terus komited berdakwah melalui blogmu - JENDELA HATI.

Tiada siapa yang dapat membalas segala kebaikanmu pada aku melainkan Allah jua!

DIRGAHAYU!

9 ulasan:

nyanyisunyi berkata...

Salam IM
terharu baca kisah sahabat IM ini..bukan mudah nak dapat sahabat masa susah..ms senang melambak2 kt luar sana..
mudah2an persahabatan IM akan berkekalan bukan saja sebagai sahabat tp saudara..dn mudah2an sahabat IM dikurniakan usia yg panjang dalam kebahagiaan dn kesihatan yg baik dari Allah.

kakcik berkata...

Selamat hari ulangtahun buat sahabat IM, JH. Semoga terus bahagia dan sejahtera melayari bahtera kehidupan. :)

hrusli61 berkata...

Teramat terharu & semoga kita sentiasa beristiqamah dalam perjuangan.

NzA berkata...

itulah kelebihan yg ada pd ibu suri...

siti murni berkata...

selamat ulangtahun untuk beliau juga...:)

aku HIV positif berkata...

didoakan semoga beliau beroleh umur yang panjang, kesihatan yang baik, rahmat dan redha yang berkekalan dan nikmat husnul khatimah.

robbanaa aatinaa fiddunia hasanah, wafil akhirooti hasanah, waqinaa 'azaabannaar...

maiyah berkata...

assalam..

singgah ptg.. ;)

insan_marhaen berkata...

nyanyisunyi,
sahabat mulia memang susah di cari. umpama mutiara di celah pasir pantai.

kakcik,
IM juga selalu doakan muga JH dirahmati Allah di sepanjang pelayaran bahteranya itu.

hrusli61,
IM selalu doakan begitu.

nza,
memang. setiap kita mempunyai kelebihan tersendiri.

insan_marhaen berkata...

sitimurni,
IM dah sampaikan ucapan SM pada JH.

ahp,
IM juga doakan beliau begitu.

maiyah,
hmm... lama tak dengar cerita di blog?