Rabu, 2 November 2011

Jurutera Kehidupan

Kad OKU ibu_suri
Sewaktu sedang kalut melayan customer di ofis semalam, tiba-tiba aku menerima panggilan talipon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat;

"Encik -  suami kepada ibu_suri? Permohonan ibu_suri untuk mendapat skim bantuan bulanan dari JKM telah diluluskan. Boleh bawa dia datang ke pejabat saya untuk ambil borang, esok? Kemudian bawa dia untuk buatkan buku Bank Simpanan Nasional."

Sebagai seorang jurutera, aku dilatih untuk membuat keputusan dengan segera di saat-saat yang genting dan memerlukan. Bagi aku saat ini agak genting juga kerana dalam masa otakku fokus melayani customer, cuti pun tinggal amat sedikit dan nak Raya pulak tu, aku terpaksa bawa ibu_suri ke JKM esok dan tidak boleh hari lain kerana masa dah suntuk dan dikesementaraan peruntukan bantuan bulanan itu masih ada.

Aku pun menghantar emel kepada boss memberitahu mahu mengambil cuti separuh hari - petang. Pagi datang kerja, tengahari boleh balik dan urus ibu_suri hingga selesai.

Mana tau, di hujung waktu kerja pula, tiba-tiba seorang lagi staf JKM menalipon;

"Anak encik, Akhmal diminta hadir ke JKM jam 8 pgi esok untuk buat program Khidmat Masyarakat".

Arrghhhh.... Akhirnya, pagi ini aku tukar keputusan untuk mengambil cuti penuh. Hantar Akhmal ke JKM kemudian selia ibu_suri untuk urusan skim bantuan OKU.

Alang-alang dah cuti sepenuh hari aku akan selesaikan juga keperluan lain yang tertunggak. Ke Agro Bank (urusan? Rahsia!...), bayar bil TNB, Streamyx dan Amber Water!

Selain dari jurutera di ofis, aku juga sebenarnya jurutera di rumah. Di akhirat, ntah bagaimana. 

Apapun, syukur aku kepada Tuhan kerana doaku di sujud terakhir beberapa solat yang lalu seperti dimakbulkan. Aku berdoa muga-muga hati ibu_suri lembut hati  dan sudi mendengar sekaligus menerima cadanganku yang dijangka bukan saja dia akan enggan malah akan memarahi dan mengungkit kesemua kisah-kisah lalu kami. Alhamdulillah!

Hari Raya? Haaarrggghhh..... cuti yang kerajaan isytihar sahajalah nampaknya!

13 ulasan:

Bapak berkata...

alhamdulillah...

kakcik berkata...

Alhamdulillah.

Kakcik pun tidak mengambil cuti tambahan kerana tiada cadangan untuk ke mana2. :)

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah, Allah makhbul doa IM.

Selamat menyambut hari raya Aidhiladha/

zul permatang badak berkata...

adeh....letih juga jadi jurutera dirumah...segala urusan telah diikat dengan janji.....

satu hari pun tak cukup untuk membereskan kesemuanya....mengambil nombor giliran dan menunggu......

sesak ditempat parking....mematuhi lampu isyarat, memberi laluan pada kenderaan lain......

untuk membasahi tekak pun kadang2 terlupa......terpaksa juga menolak pelawaan kawan untuk duduk2 sembang2....

jurutera dirumah...memang lelah....

mario berkata...

ok la tu bro...atleast cuti gak raya ni...ada yg kena kije...
tp syukurlah seme dah selesai ...
agro bank? nk buat ladang ke bro...?

aku HIV positif berkata...

begitulah besarnya peranan jurutera kehidupan kerana rasulullah juga uswatun hasanah dlm bidang social engineering.

Anonymous one berkata...

salam Pak cik IM

Semoga apa yang pak cik lakukan di pandang oleh Allah sebagai ibadah.

Saya yang muda ni pun rasa malu melihat seharian-harian pak cik bekerja untuk keluarga dan masyrakat.

Semoga segala urusan pak cik di permudahkan. semoga ibu suri bertambah sihat.

norh berkata...

doakan yang terbaik utk IM..

Temuk berkata...

Alhamdulillah. Semoga segala urusan beres dan diberkati Allah. Selamat menyambut hari raya aidiladha. Salam bahagia.

Citarasa Rinduan berkata...

sentiasa berdoa semua dugaan yang IM hadapi dipermudahkan olehnya

besar ganjaran IM disana...

tahniah buat ibu suri kerana berjaya akhirnya...

Ann Huda (Ate) berkata...

Membaca N3 ini menyebabkan Ate mencari cerita2 ttg Ibu Suri yg Ate 'terlepas' di N3 lalu utk memahami akan penyakit Ibu Suri sehingga melayakkan dia mendapat kad OKU. Lepas membacanya Ate percaya Allah uji IM kerana Dia tahu bahawa IM mampu menghadapi segala ujian dg sabar. Sesungguhnya bila Allah uji tanda Allah sayang pada kita agar pergantungan kita bertambah kuat kepada Nya. Mg Allah terus memberi kekuatan kpd IM.

sahromnasrudin berkata...

peruntukan OKU mmg mcm tue ke?? klu kite tak amek dia kire burn erk huhuhhhhhh

Anonymous berkata...

Terima kasih untuk blog yang menarik