Sabtu, 14 Jun 2014

Menjadi Batu

Surau RSM,

Rasanya,selama aku diamanah untuk mengepalai jamaah surau, ini adalah keputusan yang paling lama untuk aku putuskan. Lama kerana ianya terlalu sensitif. Terlalu kontroversi.

Tidak seperti keputusan untuk mengizinkan kuih bulan jenama x dijual di koperasi. Atau isu mengadakan ruang solat tambahan untuk muslimah ketika Subuh Ramadhan.

Keputusan yang ini mengambil masa lebih sebulan. Aku terpaksa lebih dulu berdepan dengan pandangan pro dan kontra dari sahabat ajk. Menelaah fatwa JAKIM dan kenyataan KKM. Membaca tulisan-tulisan dalam web dan blog secara profesional dan bukan emosi.

Justeru aku adalah key person yang dipercayai oleh wakil dari pihak Sumber Manusia untuk memberi kata putus maka aku perlu berhati-hati dan berpijak di atas padang fakta dan bukan yang samar-samar.

Aku tahu keputusan yang aku buat samada Ya atau Tidak akan menerbitkan polimik di kalangan pekerja lain samada yang Islam atau Belum Islam.

Baru semalam saja aku nekad memecah kebuntuan yang sekian lama membelenggu dada dan membuat aku bagai tertekan juga. Keputusan membenarkan pihak koperasi menjual produk Cadbury. Keputusan ini aku buat setelah meyakini kenyataan JAKIM, KKM, meneroka panorama pasaraya secara rawak dan mencanai pandangan dari kawan-kawan yang sedikit terbuka cara fikir mereka.

Aku yakin, keputusan yang aku buat ini betul. Bermakna, aku bersedia menghadapi  segala kemungkinan serangan pandangan atau kritikan dari kawan-kawan lain, jika ada.

Surau RSM,

Kalau setakat nak mentadbir kamu dengan sekalian jamaahnya yang mungkin sekadar ratusan orang pun bagai nak rak otak di kepala, ntah bagaimanalah aku jika dimahukan untuk menjaga sebuah syarikat, sebuah negeri apatah lagi sebuah negara!

Tapi kekadang fikir bagus juga dengan kontroversi begini. Banyak benda baru yang aku belajar dan pelajari.

Betul juga bak lagu Sweet Charity ini, menjadi batu mungkin lebih baik. Tak banyak dosa!




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hm, membuat keputusan tu satu hal lain, tapi kan ada banyak lagi coklat dalam pasaran yang lebih kita yakini status halalmya. rasanya tak perlu ada cadangan yang menimbulkan perpecahan macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Baru baru ni ada ajk masjid dtg ke stesen minyak di tempat saya menjerit jerit marahkan cashier sb jual cadbury walaupn jenis cadbury yg dilabelkan ada porcine telab ditarik dr kaunter. Tindakan itu diperhatikan jg oleh non muslim....sungguh tidak beradab ajk yg berserban dan berjubah labuh menyapu lantai....klu beginilah gayanya sukarlah nk berdakwah kpd not yet muslim ini...angkuhnya cuma sebab cadbury. Binatang khinzir itu pn tidak angkuh

insan marhaen berkata...

smbotak,
IM sendiri tak minat sangat cokelat.

tanpa nama,
orang Islam tak gitu sebenarnya. nabi pun tak terburu-buru ambil tindakan pada badawi yang kencing di masjid.

Unknown berkata...

jadi batu nisan la best..orang takut..