Jumaat, 4 November 2011

Lemang Di hari Ulang Tahun!

Itu foto aku dan ibu_suri selepas beberapa hari perkahwinan kami. Kiranya, masa ini kami masih di dalam percutian Bulan Madu.

Sebenarnya aku dan ibu_suri kenal di tempat kerja yang sama – Hitachi Semiconductor, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Aku sebagai juruteknik di bahagian pengeluaran Memory IC (Litar Bersepadu Memori). Sementara ibu_suri sebagai operator pengeluaran di bahagian IC Assembly. Aku tak pernah kenal siapa pun ibu_suri sebenarnya. Maklumlah, aku ni pemalu sikit. Jalan pun tunduk ke bawah je. Sampaikan operator lain selalu peril aku – awat… cari duit jatuh ke?

 Jadi, dipendekkan cerita, yang menekel aku ni ibu_surilah!

Banyak juga cabaran yang aku terima semasa aku bersama ibu_suri. Aku ni tak pandai nak dating-dating. Tak tahu nak ambil hati perempuan. Jadi ibu_suri selalu merajuk. Cakap dalam talipon pun macam cakap dengan dinding jer…. Selalu ibu_suri bersungut begitu.

Aku juga pernah di gossip dengan perempuan lain hinggakan ibu_suri datang marah-marah dan menangis ke rumah sewa aku yang ketika itu di Solok Mahsuri 5, Bayan Baru. Pernah juga aku dikatakan sudah berkahwin dan isteri aku sedang sarat mengandung. Seingat aku yang aku pernah bawa berjalan melihat-lihat Pulau Pinang itu adalah adik perempuan aku yang kebetulan ada temuduga kerja di sini.

Abah ibu_suri adalah berketurunan Rawa dan ada rumah pusaka di Kampung Batu 3, Jalan Cameron Highland. Kira, ada bau-bau bacang dengan Yusuf Rawa lah! Antara keluarga abah ibu_suri ada yang memiliki saka turun temurun dari datuk nenek mereka. Pernah ibu_suri diminta untuk menerima saka ini tapi aku dengan keras membantah.

Datuk tiri ibu_suri pula berbangsa Pakistan. Mak ibu_suri berketurunan Megat. Anak-anak aku ketika baru lahir pernah diminta untuk dikekalkan nama Megat, aku sekali lagi dengan keras tidak mahu.

Begitu serba sedikit latar belakang ibu_suri. Aku ceritakan ini kerana ntah kenapa perasaan aku berasa sentimental pula pepagi ini lebih-lebih lagi setelah mendengar lagu Khabar Buat Ibu nyanyian Alleycats dari radio kereta blogger JH semasa datang kerja tadi. Bila mengingatkan perjalanan hidup kami selama 26 tahun yang lalu, baru aku akui bahawa sebenarnya aku ini seorang yang setia kepada yang satu.

Hari ini Hari Ulang Tahun ibu_suri!

Malam semalam, selepas selesai mendengar ceramah DSAI di Dataran Rakyat, ADUN Penanti; aku bawa ibu_suri siar-siar seperti  selalunya. Aku tanya ibu_suri nak aku belikan kek tak?

"Tak mahu. I nak u belikan lemang dengan serunding!”

20 ulasan:

kakcik berkata...

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat ibu_suri. Semoga dipulihkan kesihatannya dan tenang serta aman menjalani kehidupan seharian. Amin.

aku HIV positif berkata...

n3 yg lengkap segala perencah, lemak manis, masin dan asam garamnya.

moga ibu_suri dan IM sekeluarga berbahagia dunia dan akhirat. dianugerahkan kesihatan yang berkekalan, syifa, keberkatan umur yang panjang, nikmat husnul khatimah dan kekal bahagia membawa ke syurga, insya-Allah...

Ann Huda (Ate) berkata...

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran Ibu Suri. Moga semakin di sayangi Allah :).

Ibu n Abah berkata...

IM...
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat ibu suri...
Lemang dan serunding memang lebih enak drp kek...

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum,

Semoga IM dan ibu suri sentiasa dalam lindungan-Nya.Semoga hubungan kalian berpanjangan higga ke syurga.Ameen.

Kakzakie berkata...

Hati kakak terharulah IM. Moga kekal hendaknya ikatan yg ada. Ibu suri pun dan berganda saiz kalau banding dulu cute... (macam kakak juga dah berganda-ganda hihi....)

Selamat ulangtahun kelahiran buat ibu_suri.:)

hrusli61 berkata...

Allah selamat kan kamu X 2
Allah selamat kan ibu_suri
Allah selamat kan kamu

MulutPayau berkata...

Terharu sangat baca ntry IM...selamat hari ulang tahun utk ibu_suri...semoga kebahagiaan berkekalan...

Citarasa Rinduan berkata...

sama rupanya ulang tahun ibu suri dengan ayu..
mendayu2 dan terharu dengan entry IM yang ini..

banyak yang ayu dapat tahu ttg ibusuri dan IM dengan kisah ini..
terima kasih kerana berkongsi..

bearcat berkata...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ibu suri.

Kenapa ya, dalam perkahwinan...bila dah bertahun-tahun selalunya fizikal isteri mesti berubah tapi sang suami masih maintain macam mula-mula berkhawin? hehe. Aku pun macam tu jugak.

NzA berkata...

Selamat Ulang Tahun utk Ibu suri...semoga kalian beroleh kebahgiaan berpanjangan...kelakar pula tengok gambar tu...pengantin baru malu-mula kucing..posing pun dok jauh-jauh...

S..U..D..@..I..S berkata...

Selamt ulangtahun buat ibusuri dan slmt berbahagia anda berdua hingga keakhir ayat
comel ja post baru kawin..kalau post bebudak sekarang....

Anonymous one berkata...

comelnya ibu suri, bertuah dapat pak cik IM.

;) semoga rumah tangga pak cik IM sentiasa di limpahi cahaya dan rahmat serta kasih sayang Allah. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat pak cik IM dan ibu suri..

norh berkata...

selamat ulangtahun kelahiran buat ibu suri.. salam Aidiladha IM..

LadyBird berkata...

slmt ulgthn ibu suri..

Itu Aku berkata...

ibu suri,,,
selamat hari lahir
smg cepat sembuh dan sentiasa d bawah rahmatnya..amin,,

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Selamat ulang tahun untuk ibu-suri dan didoakan agar kehidupan berumahtangga IM dan ibu-suri sentiasa dilaimpahi rahmat kasih sayangNya.

ibuintan berkata...

selamat hari lahir buat ibu-suri... moga Allah sentiasa merahmati kehidupan IM dan ibu-suri


comel sangat gambar ditangga tu... nampak sangat dua2 malu2 kucing.. so cute

a kl citizen berkata...

indah, luahan dari hati sentiasa sedap dibaca.

mpga sejahtera sentiasa IM sekeluarga

al-lavendari berkata...

selamat ulangtahun kelahiran ibu suri. dia bertuah mendapat seorang suami yang setia dan penyayang.

entri ini sungguh jujur ..