Jumaat, 11 November 2011

Pulau Kelonsong a.k.a Pulau Songsong

Foto ihsan dari sini

InsyaAllah. aku akan pergi ke Pulau Kelonsong malam ini. Aku menyertai perkhemahan yang di atur oleh jamaahku sebagai sebahagian dari uslub tarbiyah. Walaupun ada sedikit keraguan terhadap keupayaan aku bercamping kerana sudah lebih 4 tahun aku tinggalkan namun aku sami'na waatho'na sahaja. Aku menaruh percaya pada perancangan urusetia yang tentunya mengambil kira faktor saikologi dan fizikal para peserta.

Disamping aku mula sibuk membuat persiapan untuk ke sana, aku juga sibuk membuat persediaan untuk ahli keluarga yang akan aku tinggalkan selama 3 hari 2 malam ini. Pastinya ibu_suri; ubat dan urusan makan mandinya aku serahkan pada Along. Aku kerah Along supaya balik untuk 2 hari ini walaupun sebenarnya dia baru saja balik ke Kuala Lumpur selepas Raya Haji lalu kerana menghadiri temuduga Celcom dan juga mendaftar untuk kursus IT anjuran MEDEC.

Aku juga membersihkan bilik ibu_suri, mengemas rumah, membersihkan bilik air dan bilik mandi. Juga aku tidak lupa berpesan kepada Angah supaya bersedia untuk membawa ibu_suri bersiar jika dia perlu.

Mungkin tidak seperti peserta lain, aku perlu lebih dulu menyelenggara keperluan keluarga sebelum keperluan diriku sendiri. Sepanjang semalam dan hari ini ibu_suri asyik merintih kerana akan kesaorangan tanpa aku menguruskannya.

"Abang urus tak sama dengan anak-anak urus" ujarnya. Aku pasrah sahaja.

Muga-muga tiada apa-apa yang tidak baik berlaku terhadap ibu_suri selama aku di sana. Aku tidak mahu pemergian aku mengikuti program Jamaah seperti ini menjadi fitnah pula.

9 ulasan:

S..U..D..@..I..S berkata...

cantik pulau ni Im dah sampai tahun 2008 dulu

aku HIV positif berkata...

semoga niat suci DIA permudahkan...

insan_marhaen berkata...

sud@is,
pulau ni tak ada orang tinggal kecuali tentera, kata orang.

AHP,
muga perjalanan IM juga dipermudahkan.

Citarasa Rinduan berkata...

semoga IM kesana, sentiasa happy walau hati IM di rumah..

ayu tahu perasaan IM kerana itu ayu tak layak mengikuti kawan2 beriadah...

namun, sesekali sebenarnya kita ada hak untuk join semua riadah... cuma kena pandai aturkan..

moga along dan angah boleh menguruskan kerja2 IM selama ini, dan Ibu suri tidak rasa hati....

Omaq oTai berkata...

ya, itu doa kami semua agar perjalanan IM dipermudahkan oleh-Nya..

Pulau songsong, ikut kata sahabat kita yang pi recce, hanya ada 2 orang penghuni. Rasanya IM ada semada roadshow MATA'11 di pejabat hari tu..

Ya Allah, sesungguhnya Kau yang Maha Terbaik. Kau aturkan segalanya yang terbaik buat sahabatku ini sejak bermula perjalanannya hingga dia kembali ke pangkuan keluarganya kelak..

LadyBird berkata...

smg pakcik dpt menenangkan diri tuk seketika.. balik nanti insya-Allah lebih bersemangat menguruskan ibu suri..

insan_marhaen berkata...

cr,
alhamdulillah, IM baru balik dan ibu_suri diurus baik oleh anak-anak.

omaq,
alhamdulillah. program agak ringan berbanding yang IM pernah serya dulu.

IM hari ke 2, IM kena jadi chef!

ladybird,
memang, pergi ke sana pakcik dapat keluarkan seketika diri ini dari rutin hidup di ru,ah.

baik untuk terapi minda n jiwa agaknya..

hrusli61 berkata...

Ini satu percubaan yang baik untuk melatih anak-anak mengurus ibu mereka.

Disamping menuruti amanah sebagai anggota jamaah, IM berpeluang tenangkan fikiran seketika cuma.

Ini baik untuk IM

sahromnasrudin berkata...

semoga selamat perjalanan IM dalam berpergian ya..kami mendoakan