Halaman

Sabtu, 26 November 2011

Sabarlah Dan Teruskan Dakwah Yang Hikmah!



Susahnya membesarkan anak yang separuh masak dalam hidup. Masa kecil bolehlah kita marah atau rotan. Masa kecil bolehlah kita denda jangan keluar rumah atau tak bagi duit poket selama seminggu. Bila dah remaja begini, akal dan kaki mereka udah panjang!

Syukur juga kehadrat Allah lantaran kurniaannya kepadaku hanya 3 anak yang lelaki. Kalaulah ada perempuan, lagi letih aku dibuatnya.

Namun begitu ibarat daging. Walaupun tidak elok; dicincang, dimasak dimakan juga. Apa pun yang ditakdirkan berlaku perlu ditelan walaupun tersekat-sekat dikerongkong.

Aku percaya, dengan kesabaran dan pendekatan profesional sebagai seorang bapa dan seorang tua, lambat laun mereka akan masak juga.

Kalau dengan anak orang lain kita boleh buat program dakwah dengan senyum manis penuh hikmah kenapa tidak dengan anak-anak kita? Kalau dengan orang lain kita boleh berkata; aku tetap sabar walau aku di kata dan dihina, kenapa tidak dengan anak kita? Kalau dengan orang lain kita boleh berhabis duit dengan alasan hendak menolong atas nama ukhuwwah filllah, kenapa tidak dengan anak kita?

Aku teringat perbualan aku dengan seorang kawan yang pernah aku tulis di blog ini. Kawanku yang kaki kugiran, kaki botol dan kaki judi selalu datang ke ofisku bercerita tentang sikap dia yang mahu berubah dan mahu tinggalkan semua itu tapi masih belum mampu 100%.  Katanya:

“Aku dengar semalam ceramah dalam tv. Ustaz tu gasak AJK masjid sebab tak pandai nak dekati orang-orang macam aku ni. Kalau orang macam aku ni kononnya datang masjid sebab nak bertaubat, AJK masjid tu pandang atas bawah macam tak percaya. Hendaknya lepas tu ada pulak barang masjid hilang.”

Lagi;

“Patutnya, ustaz dalam tv tu cakap, AJK masjid ni kena berbaik dengan orang-orang macam aku ni. Rapatkan diri. Nasihat elok-elok. Sembang elok-elok.”

Dan lagi;

“Nabi pun tak macam depa. Walaupun kena baling dengan taik; dengan batu tapi Nabi tetap berdoa yang baik-baik untuk umatnya.”

Hurmm…. Sebenarnya banyak kerja kita untuk mengislahkan masyarakat. Tapi selalu pula kita terlupa. Kita sibuk dengan dakwah di luar rumah tapi terlupa yang di dalam rumah. Kita sibuk melihat kelemahan orang tetapi terlupa kelemahan diri. Kita asyik masyuk dengan kehebatan kita sendiri hingga tidak menyedari bahawa kita sebenarnya sedang dalam ujub.

Aku selalu memanjatkan doa, begini:

'Ya Allah, pandanglah aku dengan senyum. Tunjuklah aku jalanMu yang lurus. Lembut dan tenangkan hati ini menerima ujianMu. Berilah aku kekuatan dan iltizam dalam melaksanakan amal ibadah terhadapMu!’

9 ulasan:

mama maman berkata...

susahkan nak muhasabah diri... kekadang kena berperang ngan diri sendiri...

**bersabar la ngan karenah anak2.. yg perem lain crnya... yg laki lain crnya... peningkan...

Ibu n Abah berkata...

IM..
akak pula merasakan mendidik anak perempuan sangat mudah berbanding anak lelaki..
Alhamdulillah... sangat mudah mendidik mereka...
terasa macamanalah kalau anak kami 4/4 lelaki..

nyanyisunyi berkata...

Salam IM..
anak2 perempuan atau lelaki sama susah hendak dididik dalam era sekarang..

saya ingat mak penah berkata masa saya remaja dulu..betapa senangnya menjaga saya dn adik perempuan sy..itu era 20 tahun lepas..

sekarang turn kita mendidik anak2 remaja era 2020..sya sentiasa menghadapi tekanan mendidik dua hero sy, sy seorg diri tanpa suami...si abg berusia 15 dan adik 13..bayangkan betapa susahnya..hanya Allah yg tahu..

bersabarlah IM..bukan Im sorg yg menghadapi mslh begini..beribu diluar sana yg kdg2 lebih teruk..
mudah2an allah permudahkan segala urusan kita mendidik anak2..

Aida Ali berkata...

Walaupun dah banyak kali orang cakap, saya tetap ingin mengulanginya : Sabar ya IM...

insan_marhaen berkata...

mama maman,
IM selalu berpeang dengan didi sendiri. Tadi pun, otw balik kerja masih terfikir-fikir apakah tindakan IM Subuh tadi wajar!

ibu n abah,
alhamdulillah kerana dipermudahkan. tapi ada yang IM jumpa... menyesakkan dada!

nyanyisunyi,
melihat di luar itulah yang kekadang menyejukkan jiwa IM. Masih bersyukur bahawa sebenarnya IM lebih beruntung dari sesetengah rakan IM yang anaknya terjebak jauh..

aida ali,
kerana perkataan itulah yang paling hebat dan kunci pada segala kekusutan..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Jika semua pasangan umat Islam boleh mendidik anak-anak mereka seperti umat di zaman Nabi, masalah dalam masyarakat kita akan berkurangan dengan sendirinya kerana semuanya sudah baik-baik belaka..

Teruskan usaha saudara..

hani@debumelukut berkata...

Saya bukanlah Ibu mithali oleh kerana itu saya merasakan byk nya dugaan dlm membesarkan anak2. Jalan bagi saya tidak semudah orang lain tapi saya sentiasa berdoa dan mencuba untuk jadi yg terbaik buat anak2 saya..mampu kah saya? mampu kah kita IM?

al-lavendari berkata...

sangat bagus entri ini .. pengalaman saya mendidik anak sentiasa ada cabaran dan cemasnya. samada mereka masih bayi, kanak2, remaja hatta sudah beranak pinak. tapi itu adalah anugerah dan amanah Allah yang harus dijaga sebaik-baiknya.

insan_marhaen berkata...

abd razak,
lambat lagi untuk mndapat suasana begitu.

hani,
kita cuma boleh berusaha. Allah jua yang memakbulkan atau sebaliknya.

al lavendari,
mungkin boleh kongsi pengalaman itu buat panduan bersama.