Selasa, 27 Disember 2011

Kolonoskopik


Apa yang diidapi oleh Niza semalam di sini hanyalah bengkak di usus besar. Pemeriksaan cara kolonoskopik akhirnya menjawab teka teki punca Niza selalu muntah dan cirit birit hingga menyusutkan badannya dengan ketara.

Aku sampai ke Ipoh Specialist Centre jam 8 malam selepas singgah dulu di Hospital Tuanku Bainun untuk ziarah mak saudara yang terlantar selama 3 minggu di wad 1C akibat kencing manis. Tampak airmata Niza yang mengalir sewaktu berbual dengan aku. Tak pasti samada kerana terharu atau menahan sakit Anak remajanya yang  bernama Manis setia menjaga Niza sejak dari pagi.

Aku terus memberinya dorongan dengan memberitahu bahawa 3 perkara penting yang perlu dia jadikan obor dalam menghadapi situasi perit ini;

1. Menerima hakikat bahawa ini ujian dari Allah.
2. Sabarlah dengan ujian ini kerana mahu tidak mahu dia mesti hadapi.
3. Bersikap terbuka dengan apa yang diterima kerana dia masih beruntung berbanding orang lain yang lebih malang dari dia.

"Yop boleh cakap pada kamu begini sebab Yop dah lalui semua ini. Percayalah pada Yop, apa yang penting sekarang ialah kekuatan minda. Orang yang hebat ialah orang yang boleh lalui semua ini."

Selepas ziarah Niza, aku ke kampung ziarah mak. Adik-adik aku sepakat untuk membantu Niza membayar kos pemeriksaan di PSC yang dijangka mencecah RM2k. Dan Niza dinasihatkan untuk menjalani pembedahan di Hospital Besar Tuanku Bainun sahaja yang kosnya mungkin lebih rendah.

10 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga Niza akan kembali pulih sepenuhnya. InsyaAllah.

Deru Ombak berkata...

Mudah2an cepat sembuh.. InsyaAllah..

Waktu begini Niza memerlukan sokongan moral yang tinggi..

"apa yang Yop ckp tu dah betul la tu"

mama maman berkata...

moga niza kuat hadapi dugaan nih.. kita kena kuat semangat.. kann im..??

Anonymous one berkata...

Ya, sakit juga adalah ujian.. sakit itu merupakan penghapus dosa.


saya teringin la kalau saya ada masalah adik beradik saya cakap macam pak cik IM cakap dekat adik pak cik. Insyallah kami adik beradik akan matang dalam masa.. saya anak sulong hehe :D

ada juga kalau saya down tu adik2 pujuk, rasa hilang semua masalah. Mak ayah selalu sokong , bagi nasihat tapi kadang2 saya juga nak rasa pendapat orang muda dan sebaya.. :)


semoga adik pak cik IM selamat menjalani pembedahan. semoga segalanya berjalan dengan lancar. Insyallah amin.

p/s saya juga harus memulakan nasihat sebegini kepada adik2 saya .. yeah i will

insan_marhaen berkata...

kakcik,
itulah harapan IM dan adik-adik semua.

deru ombak,
betul tu. IM tada wang untuk menolong dia. cuma ada pengalaman dan nasihat.

mama maman,
sebenarnya, dalam IM menasihati dia , IM juga terasa pada diri IM sendiri.

anonymous one,
insyaallah, pengalaman hidup awak ke hadapan akan menjadi pengalaman dan pengalaman itulah yang akan mematang awak kelak.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Benar apa yang IM nasihatkn tu, dan satu perkara lagi kita lebih terasa dekat dengan Allah SWT, jika tidak sakit tak dapat rasa nikmat sihat.. apa-apapun kak doakan semoga Niza cepat sembuh.. kak pernah menjalani kolonoskopik ni di HKL pada 2007 dulu sebab pernah kena cushings' syndroms dikhuatiri dapat kanser kolon.. alhamdulillah tak ada tapi daripada cushings' syndroms ni kak dapat darah tinggi kencing manis dan kolesterol.. sekarang duk habdle 3 penyakit ni pula selain spinal..

Jurnal Murahan berkata...

semoga semuanya berjalan dengan lancar, selamat

insyaallah. amin

izman berkata...

semoga semuanya sihat cepat hendaknya

insan_marhaen berkata...

werdah,
betul sesangat tu. IM ada ceritakan pada niza akan nikmatnya Mbila dapat buang air kecil setelah batu karang IM dalam saluran kencing IM dapat dibuang.

jurnal murahan,
terimakasih tuan. saya selalu balas ziarah ke blog tuan. cuma foto kat blog agak kureng ...

izman,
tkasih atas doa. muga kita juga sihat juga...

LadyBird berkata...

semoga puan niza terus tebah..

kalau kite terime dugaan dgn hati terbuka..

laluinye dengan sebaik mungkin..

insya-Allah hati akan tenang..