Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

Niza di ISC

Niza - berdiri di sebelah kiri mak

Malam tadi lagi adik perempuanku yang ke2 megirim sms bahawa dia berada di wad Ipoh Specialist Centre. Sebaik selesai  riadah di Tasek Mengkuang, aku singgah ke kedai penghawadingin untuk sevis. Menalipon suaminya - Din, baru aku tahu rupanya dia mengalami ketumbuhan dalam usus besar. Beberapa hari dia sakit perut dan apa yang dimakan akan keluar semula.

Niza adalah adik aku yang menjadi sandaran kuat untuk apa sahaja aktiviti dalam keluarga terutama bila kenduri kendara. Kerjayanya sebagai penjawat KEMAS dan aktif dalam UMNO membuatnya dikenali, bijak berinteraksi dan berketrampilan. Ada sikit-sikit mengikut jejak langkah mak aku yang juga semasa sihatnya dulu aktif dalam UMNO dan menjadi tempat rujukan jika ada masalah di kalangan jiran. 

Aku fikir, aku perlu balik untuk ziarah dia. Ini perlu sebagai sokongan moral kepada dia yang pasti terkapa-kapa dalam ruang yang tidak pernah terfikir olehnya untuk dilalui. Pasti dia terasa kesaorangan, bimbang dan tidak nampak destinasi. Aku tahu kerana aku pernah lalui itu semua.

Sampai di rumah, ibu_suri masih tidur. Untuk membangun dan memberitahunya akan hasrat untuk balik, satu hal pula. Sedari dulu Niza dan ibu_suri memang tidak serasi kerana berlainan bendera politik. Namun bagi aku, dalam keluarga mesti tidak ada sentimen perbezaan fahaman. Buang itu jauh-jauh. Dalam keluarga mesti mengutamakan pertalian darah. Berdosa jika melayan sensitiviti itu berbanding usaha menyatukan kekeluargaan.

8 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik pernah 'warning' kakak kakcik (berlainan ibu) kalau nak hubungan adik beradik dalam keadaan harmoni, jgn bertengkar soal fahaman politik.

nyanyisunyi berkata...

dalam keluarga kami pun ada perbezaan politik tp tidaklah sampai menjejaskan perhubungan, jika kami adik beradik bersembang pasal politik kami jaga suara jgn sampai menyakitkan telinga ..apa lagi org itu adalah ayah kami...

LadyBird berkata...

semoga beliau cepat sembuh dan diberi kekuatan..

jgn lupe suh beliau makan habbatus sauda sebelum dan sesuah operation (kalau nak operation)..

bimbang lps operation ada jkangkitan bakteria.. andai makan habbatus sauda bleh kuatkan sistem keimunan badan dan boleh membunuh bakteria.. insya-Allah..

Anonymous one berkata...

hahaha nk tergelak.. apapun semoga adik oak cik IM semakin sembuh dan tabah amin.

Anonymous one berkata...

hahaha nk tergelak.. apapun semoga adik oak cik IM semakin sembuh dan tabah amin.

Deru Ombak berkata...

Saya pun nak tergelak nih...jiran jarak sepelaung buat kenduri kawen anak minggu lepas. Orang pacak bunga manggar depan rumah.. Apak pengantin pacak bendera parti...elok2 nak meriah jadi medan perang mulut adik beradik dengan pahaman politik yang berjanggah.. Huru hara.. Eheh..

insan_marhaen berkata...

kakcik,
dalam keluarga kami, yang lelaki semuanya mengikut aliran parti pembangkang. yang perempuan samada atas pagar atau parti kerajaan.

lelaki kebanyakannya belajar hingga ke IPT. yang perempuan kebanyakan hingga menengah rendah dan rata-ratanya kerja di kamoung.

nyanyisunyi,
kami dalam keluarga buat masa ini masih jaga perasaan masing masing.

peristiwa IM berperang sms dengan adik IM semasa 3 PRU lalu jadi pengajaran.

ladybird,
IM perasan LB selalu promote habbatus sauda. dah merasai kehebatan herba ini ke? boleh kongsi pengalaman?

anonymous one,
Nik akan dirujuk ke GH kerana kos bedah yang terlalu tinggi di ISC.

deru ombak,
itu buta perut namanya. kenduri kahwin patutnya jangan dicampur dengan emosi politik sebab yang datang itu berbagai jenis manusia.

Masa besan IM datang rumah IM untuk ziarah, IM bawa turun apa saja gambar yang ada logo parti sebab nak jaga perasaan tetamu.

Anonymous one berkata...

Masa kami pergi melawat kawan saya di kulim, ayahnya menyokong kuat parti BN, pastu ayahnya dok tanya kami ni sokong apa ..kami diam dia desak haha nasib baik maknya kata ikut suka lah depa sokong apa... :D selamat huhu haha.