Jumaat, 20 Februari 2015

Bukit D.O


Lama juga aku tak beriadah sejak Akhmal jatuh motor kat sini. Pagi ini aku sarung semula seluar trek biru itu. Sambil bertemankan lagu-lagu dari cd Hijjaz - Pelita Hidup VI, aku memandu ke Kompleks Sukan Bukit Mertajam.

Tapi.... aikk...! Tutup pulak. 

"Jaga ni pun nak cuti juga agaknya.." getusku pada ibu_suri di sebelah.

Aku teringat Bukit DO. Agaknya inilah hikmah di sebalik kompleks sukan ini ditutup sempena CNY.

"Kat mana jalan nak pi Bukit Kecil - rumah Ali Askar dulu?" tanyaku pada ibu_suri yang memang kuat dayaingatnya tentang jalan dan tarikh lahir adik beradik serta kawan-kawan. Ali Askar adalah kawan aku yang dulunya bekerja dengan TNB. Bukit D.O dikatakan berada dalam kawasan Bukit Kecil.

Beriadah di sini kira ok juga. Treknya tidak mencangak setinggi Bukit Tok Kun. Sesuai dengan otai seperti aku ni. Ramai Cina beriadah di sini. Boleh dikira yang Melayunya. Selain trek tar, ada juga tangga, ada alat gim, ada dataran untuk perhimpunan, ada gelanggang tenis dan ada dataran untuk melihat pemandangan Bandar Bukit Mertajam dari atas. Suhu agak nyaman disebabkan teduhan pokok. Boleh baca sedikit tentangnya di sini.

Viva aku parkir di bawah pokok kerana teduh itu juga akan mendamaikan ibu_suri yang menunggu. Mulanya aku ingat nak senyap-senyap keluar sendirian ke sini tapi tengah dok salin ke seluar trek, tau-tau...

"Abang nak pi jogging ka? Nak ikut arrr..." Aduss....

6 ulasan:

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah, saya pagi tadi ke tempat riadah di tepi Masjid Seberang Jaya bersama Ida.

Kemudian bertemu Hj Atan sekeluarga bersama menantu dan cucunya. kemudian bertemu Akhi Termizi peguam kita.

Abu esok hang cadang nak p riadah di mana? Boleh kita set jumpa sekali, lama tak sembang dengan hang.

~Inni Osman~ berkata...

Selalu juga lalu kut sini..htr ambik anak sekolah tapi tak pernah naik...saya dulu selalu brisk walk dkt mini stadium..

JR berkata...

Masa kerja kat Taiping dulu, Bukit DO adalah destinasi paling kerap saya beriadah. Jalan kaki saja dari rumah sewa di seberang Hospital Taiping, dapat naik turun Bukit DO 4 kali dah kira segat segar.. Kadang-kadang kalau rajin lajak pi panjat Bukit Larut tapi tak pernah daki sampai ke puncak seperti sesetengah rakan Cina...

JR berkata...

Masa kerja kat Taiping dulu, Bukit DO adalah destinasi paling kerap saya beriadah. Jalan kaki saja dari rumah sewa di seberang Hospital Taiping, dapat naik turun Bukit DO 4 kali dah kira sangat segar.. Kadang-kadang kalau rajin lajak pi panjat Bukit Larut tapi tak pernah daki sampai ke puncak seperti sesetengah rakan Cina...

Tanpa Nama berkata...

bang IM, jarang betul nak jumpa perempuan yang kuat mengingat jalan macam ibu_suri.

*salah satu ciri istimewa...

iryantyismail berkata...

unik nama jalan tu :-))