Ahad, 22 Februari 2015

Jumpa Mak

Bagi aku, ini antara sesuatu yang hebat juga. Yang perlu aku perakui. Yang wajib aku tempuhi. Dan kena berlapang dada akan hakikat dan kemungkinan apa yang akan berlaku kemudiannya.

Akhmal menghantar mesej semalam...

"Akhmal nak pi rumah mak. Boleh tak ayah?" 

Mak kandung Akhmal tinggal di Setiawan, Perak. Memang dah terlalu lama aku tidak bawa dia ke sana. Lama sejak dia mula keluar masuk balai dan mahkamah. Lama kerana aku terasa amat malu dan bersalah terhadap mak dia atas kegagalanaku menjaga Akhmal selama ini.

Senyap-senyap, aku menalipon Kak Ton, mak Akhmal. Berbicara panjang juga. Sebelum ini Kak Ton ada menghantar mesej pada aku bertanyakan Akhmal. Aku tak balas. Menalipon aku, juga aku tak jawap.

Rupanya sebelum ini pun, Akhmal dah beberapa kali balik ke Setiawan tanpa pengetahuan aku. Yang aku bimbang bukan sangat dia mencari mak dia malah memang sepatutnya dan tidak salah dia mencari dan berjumpa insan yang melahirkan dia. Berdosa aku jika menghalang itu.

Cuma yang paling aku bimbang dan takut kemungkinan berlaku ialah dia akan menyalahkan maknya kerna memberi dia kepada orang lain menjaganya. Aku tahu perangai Akhmal yang hangin itu. Tambahan pula jika dalam keadaan dia tidak stabil dek pengaruh benda 'negatif' itu.

Aku merasakan seperti memasuki fasa baru. Apa yang pernah aku tonton dalam drama Melayu perihal anak angkat seperti akan berlaku kepada diriku. Semua kemungkinan yang pernah aku jangka semasa ibu_suri, adiknya dah abah mertua beiya-iya mahu mengambil Akhmal sebagai anak angkat walaupun aku menentang secara total kini terpaksa aku pikul sendirian.

Tak siapa pun tahu hatta ibu_suri. Aku bekalkan Akhmal dengan wang serta pesanan. Aku berdoa semuga perjalanan, apa yang bakal berlaku di sana dan hasil pertemuan dia dengan maknya nanti baik-baik saja.

Jauh juga Setiawan itu jika diukur dengan perjalanan menaiki motor. Lebih-lebih lagi di musim CNY ini...


6 ulasan:

mokja berkata...

semoga dipermudahkan urusan .

Unknown berkata...

semoga dia selamat sampai . niat baik, insha Allah akan dipermudahkan .

hrusli61 berkata...

Semoga Akhmal mendapat sesuatu yang positif didalam pencarian identiti dirinya.

Begitu juga dengan anak-anak remaja yang lain mereka sedang mencari identiti mereka masing-masing.

Siapa idola dan ikutan, siapa kawan dan sebagainya.

Semoga doa kita orang tua tidak putus-putus mengiring mereka.

Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami di dunia dan akhir. Amiin.

JR berkata...

Mungkin kadang2 hanginnya naik sebahagiannya kerana kecelaruan identiti dirinya. Biarlah dia pulang bagi mengubati rindu dirinya dan pasti juga rindu ibu terhadapnya...

Tanpa Nama berkata...

Akak ni anak angkat juga....
Tp kasih akak tertumpah pd ibu angkat.
Walau dah tahu ibu sendiri...
Manakan sama ibu angkat yg menjaga kita sejak lahir... Membesarkan dan memanjakan kita.....

Ibu n Abah berkata...

Akak ni anak angkat juga....
Tp kasih akak tertumpah pd ibu angkat.
Walau dah tahu ibu sendiri...
Manakan sama ibu angkat yg menjaga kita sejak lahir... Membesarkan dan memanjakan kita.....