Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

Kerana Aruhan

Foto oleh uruttradisional

Bila ibu_suri mengadu sakit perut, aku cuba mengurutnya perlahan-lahan. Begitulah selalunya. Kekadang sakit belikat. Kekadang sakit pinggang.  Kekadang sakit kaki dan lutut.

Agaknya benarlah kata orang, bila kita mengurut, angin yang ada pada orang yang kita urut akan berpindah kepada kita yang mengurut. Maka apa yang berlaku ialah kita akan banyak sendawa atau paling tidak akan putt...putt... kerana aruhan itu.

Akan ketawa terkekeh-kekehlah ibu_suri sambil mengipas hidung dengan tangan bila mendengar bunyi angin putt...putt. Ketawanya itu memberi pertanda bahawa emosinya stabil dan ceria.

Sebenarnya, urutan memerah tenaga dan kesabaran. Dicampur dengan letih jogging tadi pagi yang masih berbaki, aku banyak kali tersengguk menahan kantuk.

Cuti 3 hari sempena Hari Natal ini menggamit anak-anaku semua pulang bercuti dari perantauan. Kepulangan mereka itulah sebenarnya yang menjana kestabilan emosi ibu_suri. Dia memang amat menyayangi anak-anaknya walaupun terkadangkala mereka seperti tidak memahami.

8 ulasan:

kakcik berkata...

Alhamdulillah, walaupun untuk seketika, kegembiraan itu bagai terapi juga buat ibu_suri.

Temuk berkata...

Salam bahagia IM,
Insya-Allah, kesungguhan mengurut walaupun mungkin urutannya tak seberapa, sudah boleh menyeronokkan orang yang diurut. Hatta, terasa lega dan terasa sembuhlan dia walaupun hanya untuk seketika. Sesekali saya pun lakukan tugas itu; cuma bila kita jadi 'yang diurut', tak begitu terasa pula dek jari jemari pengurut yang cilik-cilik, hehehe.

LadyBird berkata...

bestnye.. :)... pernah x dgr minyak jerslin.. minyak tu bgs.. :).. die x berminyak.. minyak ekstrak dari habbatus sauda, zaitun..

insan_marhaen berkata...

kakcik,
hendaknya urutan itu dari suami sendiri. bukan sahaja menjadi terapi malah tambah mengikat kasih sayang.

temuk,
IM tak biasa dan tak mahu untuk diurut. tak tahan geli.

ladybird,
biasa dengar minyak jerslin. adik IM belikan untuk mak.

ibu_suri, IM urut dengan minyak gamat jer..

a.samad jaafar berkata...

ketabahan..kesabaran..kasih sayang pasti ada ganjarannya..

perasaan seorang ibu terlalu mudah utk ditelah.. dan anak2 adalah sumber kekuatan buat seorang ibu..

Aida Ali berkata...

Lenguh tangan lepas main bowling hari tu, lum baik lagi. Nak kena urut nampaknya ni...

insan marhaen berkata...

a samad jaafar,
tapi ada antaranya anak-anak membuatkan hati menjadi semak..

aida ali,
lenguh lepas main boling ubatnya... kena main lagi.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Semoga cuti hujung minggu anda dipenuhi dengan keceriaan.. Anak2 yang menyemakan hati tu abaikan jek, Lagi dipikir nanti lagi semak otak... Chill ok..