Jumaat, 23 Disember 2011

Zikra Jumaat 1 - Kahfi


Daripada Umar; Nabi SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari Kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat” (HR. Ibnu Katsir)

Antara intipati untuk direnungi:

  1. Amalan membaca Surah Al Kahfi akan memberi kita kebaikan (cahaya) yang tidak ternilai di hari akhirat kelak.
  2. Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil kita diantara dua Jumaat.
Muga bermanafaat.

1 ulasan:

Anonymous berkata...

guru saya mengajar bahawa cahaya itu akan didapati juga di dunia yang akan menerangi penglihatan kita zahir dan batin dan dapat melihat kepalsuan dunia.