Khamis, 22 Disember 2011

Kerap Tewas

Berpuasa sunat hari ini. Tak sangka juga, aku mampu meneruskan sedang sebelum ini aku kerap tewas terutama bila melalui kafetaria di tempat kerja. Cuba nak menjadikan puasa sunat itu sebagai budaya amalan mingguan. Harap tidak tersentot di pertengahan perjalanan.

Inilah indahnya usrah. Usrah yang di naungi oleh jamaah mahu selalu melihat ibadah mad’unya mengingkat dari dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Lantaran itu bila setiap kali hadir usrah salah satu agendanya ialah bertanyakan;

- berapa muka surat Quran sudah di baca
- berapa hari Dhuha dilaksanakan?
- solat Tahajjud berapa kali minggu ini?

Bagi insan yang tidak tahan, akan futurlah dia. Namun bagi yang memang mahukan kebaikan bertambah dan meningkat kepada dirinya maka dia akan terus sabar dan istiqamah dengan usrahnya.

Mungkin akan ada orang berkata; kamu tidak ikhlas berpuasa kerana Allah sebaliknya terpaksa kerana usrah. Betul bagi mereka melihat dari luar. Tetapi bagi yang melakukannya seperti aku hari ini, aku sendiri tahu keikhjlasan aku berpuasa itu ditakah mana. Usrah hanyalah sebagai penolak. Selebihnya, Allahlah yang paling layak menentukan samada aku akan mendapat markah penuh atau sebaliknya.

Aku agak beruntung kerana sejak ibu_suri menghidap mood dis order ini, dia banyak memberi sokongan dengan turut sama berpuasa. Malah walau terlupa sahur sekalipun, dia tetap mahu meneruskannya.

Bagi aku, disamping kepayahan yang terpaksa aku tongkah dalam menjaga kesihatan ibu_suri terselit hikmahnya terutama dalam bab-bab ibadah fardhi ini. Solat dan puasanya memang jelas berbeza berbanding dulu. Dan aku menumpang semangat itu persislah di hari ini!

8 ulasan:

Kamsiah berkata...

Alhamdulillah,semoga amalan sunat tersebut dapat menampung kekurangan amalan yg wajib..(jika ada)

a.samad jaafar berkata...

setuju dengan Kamsiah.. teruskan amalan yg baik tu bang.. mulut org mana dapat kita turutkan..

Kunang-Kunang berkata...

Semoga terus istiqamah dalam menjalankan suruhanNYA.

insan_marhaen berkata...

kamsiah,
ibarat kain berlubang, amalan sunat jadi penutup yang terdedah.

a samad jaafar,
betul. selagimana ianya baik dari sudut agama, kita teruskan.

kunang-kunang,
tk atas dorongan. kita sama-sama laksanakan, ya!

Deru Ombak berkata...

Alhamdulillah ... Allah maha mengetahui sejauh mana keikhlasan kita menunaikan suruhanNYA.. :)

Salam ziarah..

Aida Ali berkata...

Di mana ada azam, di situ ada kejayaan... Tahniah!

insan_marhaen berkata...

deru ombak,
yelah...Allah itu lebih mengetahui.

aida ali,
alhamdulillah. bila ada penoak, ditokok dengan azam... so far, so good.

LadyBird berkata...

trgn nk amalkan jugak.. tp tu la.. cbrnnye byk.. huhuhu