Halaman

Khamis, 19 Januari 2012

Boleh kan, Bang?


Foto salin dari ummihanie

Ayu akan dirujuk ke wad bersalin, Hospital Bukit Mertajam esok. Jika kesihatannya positif, doktor akan memasukkan ubat supaya dia boleh bersalin seberapa segera. Aku tak berapa arif proses ini sebab tidak pernah melaluinya. Pandai-pandai Angah la hatta itu adalah di bawah tanggungjawap dia sebagai suami sekaligus bakal bapa!

Malangnya di masa yang sama Angah pula menghadapi masalah dengan bos tempat kerja.

“Angah dah tak tahan la, ayah. Ingat, hujung bulan ni Angah nak cau…. Semalam, Angah bertegang leher dengan bos. Asyik nak cari salah Angah je. Mana boleh tahan…”

Ye lah…. Boss always right!

Angah aku kategorikan di dalam kumpulan orang yang mudah dapat kerja walaupun sijil tak setara mana. Dia pun memang punyai sikap tidak memilih.

“Angah nak berniaga, boleh ke ayah! Berniaga ayaq kacang soya. Angah dah check dalam internet. Boleh dapat supply dari Nasir Kacang Soya.”

Huuu…. Biaq betoi!

Yang paling tak sabar-sabar ialah ibu_suri.

“You jangan bagi orang lain jaga anak you nanti. Biaq ibu yang jaga. Duit upah orang jaga tu bagi kat ibu takpa. Boleh kan, bang?” sambil menoleh pada aku.

aku?………!!!!!???????!!!!!!?????%%%%%

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Nampaknya ibu_suri akan berkongsi tugas itu dengan IM.

Semoga Angah akan tetap berjaya walaqupun pilihan kerjaya yang diceburinya. InsyaAllah.

Selamat menjadi ayah dan ibu buat Angah dan Ayu. :)

Munnafendy berkata...

heee..tak sabar nak jaga cucu dah tu =)

nur berkata...

Teruja menunggu kedatangan orang baru ye.. Insha Allaah Angah, rezeki ada di mana mana.. Yakin..

ainnoraini berkata...

wahhh...dah nk ada cucu IM..tahniahh..

insyaallah ada rezeki angah tuu..

pasal cadangan ibu suri tu...IM kene pandai la bagi jawapanya yg terbaik...mungkin boleh mungkin tidak...

Deru Ombak berkata...

IM, nape macam tekejut jerk??? jaga cucu kan.. bukan orang lain..

Ibu suri dah sangat exited tuh..

Saya doakan Ayu selamat melahirkan..
InsyaAllah... :)

Dinar berkata...

semangat betul ibu_suri... cucu pertama IM ke tu? Tahniah dah nk jd atok...

LadyBird berkata...

mcmn ek.. ibu suri xleh handle tekanan sgt kan? jaga bayi bukan mudah.. perlu kesabaran yang jitu..

Anonymous one berkata...

Angah lagi muda dari AO tapi dah jadi abah.. jelousnya AO dengan angah.

Semoga baby yang lahir nanti cergas,bijak dan beriman.

IM: kadang kala telatah ibu suri mencuit hati :)

nurazzah8 berkata...

Salam IM,
wahhhhh..lamanya saya tidak menjenguk ke blog IM! dalam senarai bloglist saya ...saya lihat IM dah tak update selama 8 bulan! ingatkan Im dah tinggalkan dunia blog..rupa-rupanya saya yang ketinggalan! rupa2nya IM sudah ada blog baru....

nanti saya update URL blog IM di blog saya ...

Tahniah lah kepada Angah dan isteri sebab sudah nak jadi parents..dan IM dan Ibu Suri kerana nak jadi Datuk Datin ...eh? silap ...atuk dan nenek ...

Nampak gaya saya kena allocate satu hari suntuk nak baca balik entri IM yg saya sudah terlepas beberapa bulan ni...hehehe...

Doa saya agar IM terus tenang dan tabah , Semoga Allah limpahkankan Keimanan yg tinggi kpd IM dalam menghadapi kehidupan ini...Amin.

nurazzah8

aku HIV positif berkata...

Moga selamat dan dipermudahkan segalanya.
insyaAllah...

pB berkata...

semoga ayu selamat melahirkan

a.samad jaafar berkata...

cucu yg sulung ke bang?

mungkin cucu itu nanti bakal menjadi penawar..mana tahu kan?