Semenjak aku mendengar seorang demi seorang rakanku mendapat diabetis, darah tinggi dan kolestrol, aku membulatkan azam di tahun 2012 ini untuk tidak gagal beriadah bila-bila saja ada peluang.
Hari ini aku ambil cuti kerana tengahari nanti akan pergi ke rumah besan di Permatang Batu, Bukit Tengah untuk sesama meraikan majlis cukur rambut cucunda. Lalu pepagi ini aku sudah berada di Tasik Mengkuang untuk mengeluarkan peluh. Cantik sekali matahari pagi yang sedang naik memanjat langit.
Selalunya insan seusia aku ini lebih baik mengamalkan jalan cepat berbanding jogging. Ia akan dapat mengelakkan kecederaan lutut disamping tidak mendera jantung dan paru-paruku dengan letih yang mendadak. Hari bekerja begini baru aku dapat lihat lebih ramai warga berumur berbanding anak-anak muda di sini. Aku juga sempat melihat 2 orang anak muda memakai kasut dan seluar sekolah walaupun berbaju pereman juga di sini. Ponteng?
selalu terserempak dengan Mini Coopers ini |
Selesai jogging aku singgah makan roti canai telor dan kopi Kencang di sebuah warung kecil. Selalunya di Restoran Sri Semarak tapi hari ini tak buka. Sedap juga roti canainya. Huu.... memang kencang. Tambah menjejen peluhku ini. Dan aku singgah di Masjid Mengkuang untuk solat sunat Dhuha.
iklan lihat di sini |
Begitu rutinku jika cuti. Benar kata orang, bila sudah berumur dan anak-anak sudah besar, kurang gelut di waktu pagi. Cuma yang sibuk hanya di hati!
Maaflah, asyik-asyik cerita pasal Tasik Mengkuang je semenjak dua menjak ni... Aku dah letih sebenarnya, merengkuh tanggungjawap membesarkan anak dan tekanan kerja hampir 30 tahun. Mahu rehat dengan melakukan kerja-kerja ibadah yang aku suka pula. Tapi entah bila...
15 ulasan:
Salam IM..
Sebelum saya nak kuar makan ni, saya post komen sini dulu..
Anak-anak dah besar IM. Kalau asik memikirkan dorang jek, bila nak rehatnya. Dah cukup bagi pelajaran dunia Dan akhirat. Dah puas Dan penat mendidik supaya jadi manusia. Tiba dah masanya untuk diri sendiri pulak.
Biar dorang pikir sendiri cemana nak hidup, nak menokok tambah yang kurang. Kita boleh bagi pandangan Dan nasihat Dari masa kesemasa. Jom dinner!
saya pun lama jugak tak ke tasik mengkuang.
IM tolong bagi pandangan berkaitan entry saya (http://imanuhadiaryhidupku.blogspot.com/2012/01/rentetan-stress.html)
mintak pendapat...almaklum jiwa kacau. hehe
eh...lps beriadah, makan roti canai?...org kata tak elok...
bestnye roti canai tu..bertemankan kopi kencang pulak mmg pecah peluh..
hehe...roti canai tu tu mmg ubat kolesterol tu...pagi2 makan oats lg baik kot...
kekadang sy sendiri stress ngan hati.. hati asyik memintakan ruang utk diri sendiri..fikir2 kekadang mmg sengaja ambik cuti utk just rest kat umah sorang2.. huhu.. ego kah..??
pemakanan pun kena jaga juga IM..
selamat bercuti..
dah lama tak kena roti canai banjir..tercari2 kedai roti canai yang sedappp...yang sedap pulak panjang sangat deretan nya tak sanggup lorh......
DM,
insyaAllah, jika umur panjang akan sempat IM nikamti hidup dengan diri sendiri. Cuma sabar dan doa untuk sedikit waktu lagi menunggu anak-anak semua kahwin dan ada keluarga sendiri.
radziah,
insyaAllah jika lapang IM akan baca entri itu malam nanti.
roti canai? yang tak elok tu la sedap...uhhh...
dinar,
IM memang penggemar kopi peket 3in1.
mario,
sebelum jogging IM makan oats. so, lepas jogging makan roti canai tak pe kan? 2 kali bila cuti dan pi jogging jer..
mama maman,
itu bukan ego. Allah juga galakkan kita beruzlah memikirkan tentang diri sendiri.
nur,
betul tu. insyaAllah, teguran nur menyentuh perasaan saya.
sudais,
IM dan ibu_suri suka makan roti canai kat restoran Popular di BM. IM lebih suka makan roti canai dalam bentuk masih bulat. koyak dan cicah dengan kuah. kalau minum dengan sarbat tea keluarah zulkifli bamanhaj tu lagi terangkat!
salam IM...
hehe mula2 bakar lemak...pastu tambah semula...saya amat 'takut' dgn roti canai...2,3 bulan sekali ja makan...
Assalamu'alaikum IM
Quote semula "Benar kata orang, bila sudah berumur dan anak-anak sudah besar, kurang gelut di waktu pagi. Cuma yang sibuk hanya di hati!"
Begitulah! bila tu, kita sendiri yang menggerakkannya.. aemoga IM berjaya lakukannya dengan pertolonganNya juga.. amiin
sedapnya... lma x mkn roti canai :)
Insyallah AO sendiri cuba untuk kekal sihat pada tahun ni.. sama2 la kita usahakan ..
kamsiah,
baguslah jika boleh tahan nafsu dari makan roti. IM cuma makan sekali dua seminggu je.
werdah,
semua ujian adalah kehendak Allah. kita terima saja dengan lapang dada dan sabar.
ruby,
lama tak makan tu bagus. selalu makan kurang bagus!
AO,
sama sama kita jaga kesihatan. hujing minggu ni riadah kat mana, ek!
air tea tu kelihatan amat menyelerakan..
Catat Ulasan