Khamis, 5 Januari 2012

Saat INI Paling Berharga

Berpuasa sunat hari ini, aku. Jadinya, aku lebih banyak berada di surau bila saja waktu rehat kerja. Sendirian di surau menjadikan aku jauh berfikir. Berfikir tentang hakikat kebenaran lagu ini: Antara 2 Cinta - The Zikr

Seorang kawan yang aku kira baik dengan aku memberitahu semalam bahawa dia mempunyai hanya 300 hari sahaja lagi bekerja sebelum tiba era bersara November nanti. Mendengar itu aku tiba-tiba seperti terasa akan kehilangan sesuatu. Aku tiba-tiba terasa seperti masa-masa yang ada sekarang ini bersamanya menjadi amat berharga. Perlu diguna sebaiknya.

Aku pula dimasa yang sama teringat mak di kampung. Seperti itu juga merasa seperti alpa. Membiar masa berlalu tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk bersama mak. Bersama adik-adik. Bersama rakan-rakan dan masyarakat.

Terasa seperti terlalu rugi jika masa-masa aku atau masa-masa mereka yang masih ada ini tidak diguna sebaiknya untuk diisi dengan kebaikan; dengan kemesraan; dengan saling menolong dan berbuat kebajikan.

2012 hampir memasuki minggu ke 2. Tak lama Januari akan menginggalkan kita. Tidak lama juga 2012 akan berada di penghujungnya. Dan tidak lama, aku juga akan ikut bersara seperti kawan baik aku itu juga.

2 hari sebelum menjelangnya 2012, boss besar aku menegur dan bersalam dengan aku. Tak pernah dia berbuat begitu. Ujarnya -  Happy New Year, IM. You see aaarrr... time travel so fast. with just a .... (sambil memetik ibu jari ),  2011 gone!





Sebenarnya, SEMALAM sudah hilang. ESOK masih angan-angan. Hari INI pun belum tentu sempat kita habiskan. SAAT inilah sebenarnya yang paling berharga dan jangan disia-siakan!

13 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Memang masa terlalu cepat berlalu. Sudah kita bersedia menghadapi saat itu

LadyBird berkata...

bersara itu bagus...

bersara dr menjadi hamba kerja.

tp kite tidak pernah bersara menjadi hamba Allah..

Citarasa Rinduan berkata...

buat Im skluarga, moga ada cahaya pelangi buat kalian skluarga

PS: tiba masa sara, tiba jua masa bumi y dipinjamkan dipulangkan..

norh berkata...

lagu ni mula dengar waktu saya form 5..lamanya kan..

insan_marhaen berkata...

budiman,
persediaan itulah yang sedang diusaha dan fikirkan. harap-harap sempat.

ladybird,
bersara dari jadi hamba tuhan ini selagi ada roh.

cr,
tak juga kerana roh kita ini pun kita pinjam.

norh,
lagu ini IM dengar masa berjinak dengan lapangandakwah.

kakcik berkata...

Merenung masa yang telah berlalu, alangkah banyaknya waktu telah disia2kan....

mario berkata...

thanks bro untuk ingatan ni..

Kunang-Kunang berkata...

Teringat dulu ketika membuat keputusan untuk bersara pilihan. Alasan utama(hanya beritahu diri sendiri saja) nak menghafal ayat-ayat suci alquran sebanyak yang mampu, tapi sayangnya sehingga sekarang, tak banyak mana yang dapat.

Sedangkan masa bertemuNYA bila-bila saja.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
takpa. masa yang ada pula jangan kita siakan, ya!

mario,
tkasih juga kerana mai singgah.

kunang-kunang,
tak apa. yang penting adalah usaha. membaca itupun dah dapat pahala.

kena makan kismis banyak-banyak!

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Semoga tahun mendatang ini kita dpt memperbanyakan yng kurang,meringankan yang berat, mengurangkan yang salah.. InsyaAllah batu jemala yang Allah kurniakan ini boleh dimanfaatkan sebaik mungkin..

Selamat berhujung minggu ye..

NzA berkata...

terkadang sy trfikir, sampai bila rutin harian kita ini akan berakhir....tanpa kita sedar hari berlalu pergi begitu cepat.....

Dinar berkata...

teringat saya pasal masa dlm satu artikel yg pernah di baca, "masa adalah maklhuk ciptaan Allah yang amat unik"...panjang pendek masa bagi seseorang adalah sgt relatif... tapi saat "pulang" adalah suatu yg pasti.

Anonymous one berkata...

Nasihat yang baik IM