Halaman

Rabu, 4 Januari 2012

Ujian Untuk HambaNya

jangan cepat surender pada ujian

Hari-hari yang baru lalu adalah musim ujian yang bertimpa-timpa buat keluargaku di kampung.

Niza baru saja menjalani pembedahan bengkak di usus besar oleh doktor pakar Hospital Tuanku Bainun, Ipoh. Masih sakit, katanya semasa aku menalipon semalam. Rupanya, bukan satu bengkak yang ditemui. Sebaliknya ada lagi bengkak di usus kecil, ovari dan di hati. Gayat juga aku bila mengetahuinya. Entah dimana silapnya. Mungkin pemakanan?

Beberapa hari sebelum semalam, adik lelakiku pula kemalangan kereta. Dia menalipon aku nak buat bagaimana. Aku tahu dia dalam panik. Aku menyejukkan dia dengan memberi tips. Alhamdulillah, semalam katanya kereta dia sudah pun dihantar ke bengkel yang disaran oleh insurans Takaful Malaysia. Adik lelakiku ini adalah seorang Tabligh. Dia banyak membantu keluargaku dan keluarga adik-adikku yang lain.

Kemudian pula aku dapat tahu iparku yang tinggal di Lahat juga kemalangan. Motosikalnya dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas kerana mengelak motosikal lain yang ditunggang oleh seorang remaja. Iparku ini patah tulang bahunya dan mengalami 7 jahitan di kepala.

Aku berbisik kepada diriku sendiri bahawa inilah antara ujian yang perlu kita hadapi sesabar dan setenang mungkin. Lain orang lain bentuk ujiannya. Aku telah pun mengharungi ujian yang getir sebelum ini dan memperakui bahawa kekuatan dalam diri adalah tangkal paling penting. Usah diharap sangat pertolongan dari orang lain kecualilah Allah.

Ujian dari Allah adalah untuk meningkatkan taqwa hamba-hambaNya yang tabah. Aku bersyukur kerana aku boleh dikatakan mampu bertahan dengan ujian-ujian yang lepas. Harap adik-adikku juga begitu. Ameen….

9 ulasan:

kakcik berkata...

Kalau kita menyedari, ujian2 itu sebenarnya mendekatkan kita kepadaNya. Tapi, ada juga yang mengeluh bila ditimpa ujian dengan menanyakan pelbagai soalan seperti 'mengapa aku' 'apa salah aku' dan sebagainya...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Semoga mereka yang ditimpa musibah tu bersabar dan tabah hati mereka.

Ujian Allah bila-bila masa saja boleh terjadi.

Ariff Budiman berkata...

IM. Kadang-kadang hanya kita yang tahu tahap ujian itu untuk kita. Allah jadikan setiap ujian itu untuk mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
sesekali keluhan itu tidak mengapa. ianya stu terapi juga.

kunang-kunang,
betul tu. mungkin esok lusan IM akan diuji sekali lagi, mana tau...

budiman,
bagi orang yang psitif fikirnya akan menganggap ujian tuhan itu untuk memartabatkan taqwanya.

tkasih kerna ziarah IM. lama tak dengar suaramu!

ainnoraini berkata...

Itu semua dugaan hidup yg allah beri pada kitakan...

zul permatang badak berkata...

sabar menghadapi ujian.....

LadyBird berkata...

smg semuanya tabah dan sihat kembali.. ameeenn..

insan_marhaen berkata...

ainnoraini,
ya.. dugaan yang juga dianugerahkan kepada mak dan abah kita dulu.

zul,
memang tiada lain selain sabar.

ladybird,
insyaallah...muga-muga sihat kembali.

Jurnal Murahan berkata...

aduh lepas satu satu

bertahanlah. ada ganjaran untuk mereka yg sabar...