Halaman

Isnin, 2 Januari 2012

Erti Hidup Sendiri

Aku paparkan di sini foto-foto yang sempat dirakam oleh Akhmal semasa kursus pengoperasian TBM (Tune Boring Machine). Walaupun pada awalnya terlalu banyak kebimbangan dan tandatanya bermain dibenak tentang masa depan dia di Kota Kemuning, Shah Alam - tempat di mana kursus dia ini berlansung, namun aku merasakan perlu redhakan dia memilih jalan hidup sendiri jika itu baik untuk masa depannya. Tak mahu terjadi seperti Anakku Sazali. Dek kerana 'manja' yang berlebihan akhirnya ayah yang dipersalahkan.

Medan rezekinya mungkin tidak sama seperti Angah apatah lagi semacam Along. Namun jika itu ketentuan Ilahi, kenapa aku perlu kesal atau keluh kesah.

Foto-foto ini sedikit sebanyak menguatkan keyakinan aku akan halatuju masa hadapannya yang aku kira ok jika dia benar-benar mahu berubah. Secara kasar tangga gaji asasnya RM1200. Tak ke lumayan jika nak dibandingkan dia yang kerana Disleksianya itu terpaksa melalui Kelas Pendidikan Khas; tanpa apa-apa sijil malah tingkatan 1 pun tak pernah dia duduki?

Dr M merasmikan sesi kursus 6 bulan mereka

salah satu dari mesin latihan

belajar cara mengikat tali

mesin boring, agaknya!

satu lagi peralatan latihan

aparatus keselamatan

Cukup tak berkenan dengan rambut ala punk nih!

" Akhmal, ayah selalu mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kamu. Bagi ayah, biar sepahit mana usaha ayah membesar dan memperbetulkan jalan hidup kamu, akan berbaloi jika dapat melihat sijil tamat latihan kamu. Biarlah ke hutan mana kamu akan ditempatkan kelak, ayah akan selalu mengharapkan yang terbaik buat kamu. Sekalipun jika kamu lupakan ayah bila kamu telah senang kelak, ayah tidak akan berkecil hati malah akan terus menerus mendoakan kamu! "

15 ulasan:

Anonymous one berkata...

wah kasihnya ayah.

mesin boring tu AO tau, mesin korek terowong tuh.. dia korek tanah bawah tanah jadi terowong, AO tengok rancangan Malaysia nak buat terowong SMART di tv.

Gaji 1200 sangat berbaloi, AO pun belum berezeki untuk merasa RM 1200 tuh.

apapun semoga dia berjaya dan jumpa hala tuju yang betul amin.

abu muaz berkata...

doa mesti sentiasa dikirimkan...
insyaAllah dia akan semakin matang.

mama maman berkata...

rasanya semua yg IM luahkan psl anak, pastinya sama bg semua ibubapa didunia nih... moga2 anak IM berjaya.. amin.

norh berkata...

perlu yakin dengan janji Allah; DIA yang memberi rezki dengan usaha dan doa kita..

IMANSHAH berkata...

saya pula sangat berkenan dengan header ni

Dinar berkata...

Tahniah Akmal...moga akmal boleh menyenang dan membanggakan ibu dan ayah...INSYAALLAH

bearcat berkata...

InsyaAllah dengan berkat doa yang tak putus...

insan_marhaen berkata...

AO,
betul tu. rm1200 di sini sama dengan gaji lepasan diploma.

abu muaz,
IM pun merasakan masa akan mematangkan dia. cuma 'letih' juga nak menunggu 'masa' itu tiba.

mama maman,
ya... sama seperti mana mak kita menjaga kita dulu. kita pun bukan baik juga dulu..

norh,
keyakinan pada rezeki itu kurniaan Allahlah yang menguatkan harapan IM.

insan_marhaen berkata...

imanshah,
lama IM menunggu komen dari imanshah. lain orang lain sudut pandangan sukanya itu.

dinar,
memang itu doa IM dan yang IM selalu katakan padanya. IM mahu dia menjadi ahli masyarakat yang memberi kebaikan, bukan kerosakan.

bearcat,
ameen.... muga Allah restui kehidupan kita ini!

NzA berkata...

doa seorg ayah utk anaknya akn dimakbulkan..moga akhmal terus brjaya dlm dunia kerjayanya....amin...

Jurnal Murahan berkata...

gambar salah satu daripada mesin latihan mengingatkan aku kepada transformers ahahah

LadyBird berkata...

smg Alalh memberi kemudahan dlm setiap perjalanan hidupnya.. berkat doa si ayah..

hani@debumelukut berkata...

Doa ayah mithali..teruskan berdoa kerana Dia sentiasa mendengar.

insan_marhaen berkata...

nza,
ameen...doa semua ayah begitu sebenarnya.

JM,
bagiIM pula teringat projek Bakun.

LD,
IM juga berharapagar kali ini dia lekat dengan kerjanya.

hani,
insyaAllah,doa IM tidak akan putus..

zul permatang badak berkata...

satu langkah menuju kejayaan,jangan undur......
berani hadapi cabaran.....