Rabu, 25 Januari 2012

Tali Pusat

Foto ihsan dari sini

Sengaja aku ajak Angah untuk bersamaku ke kantin hospital dengan alasan aku belum lagi makan. Aku arif benar. Bila kalut ke sana kemari - kedai, hospital dan rumah, makan dan mandi boleh terlupa.

Semasa makan itu aku sempat memberitahunya;

"TAHU ialah orang yang maklum tentang sesuatu perkara. PANDAI ialah orang yang selain tahu tetapi ahli dalam perkara itu. Orang yang BIJAK ialah yang menggunakan ilmu untuk kepentingan sesuatu. Akan tetapi orang yang BIJAKSANA ialah orang yang bijak menggunakan ilmu itu pada ketika dan orang yang sesuai untuk kepentingan jangka panjang."

"Jadi, ayah mahu kamu menjadi orang bijaksana. Jangan cepat melenting bila berdepan dengan orang yang datang memarahi kamu, yang komplen atau yang memberitahu sesuatu berita yang kurang baik. Tunjukkan sikap bertenang, siasat dari 2 belah pihak akan hujah mereka dan buat keputusan yang bijak serta win-win situastion."

Sebenarnya aku sedang merujuk kepada kemungkinan akan ada berbagai pandangan dan arahan dari keluarga mertuanya yang mungkin kurang biasa dengan cara aku mendidik dia. Maklumlah, bila masuk bab anak baru lahir dan isteri lepas bersalin ini, Melayu biasanya banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu.

Contoh paling hampir ialah mengikat tali hitam ke pergelangan tangan anak. Dan yang baru aku dengar tadi ialah, tali pusat yang gugur itu perlu disimpan. Jika anak deman, rendam tali pusat itu dalam air dan bagi anak itu minum.

Nasib baik tak disuruh sapukan jelaga pelita minyak tanah ke dahi dan pipi anak atau simpan kacip pinang bawah bantal seperti aku masa kecil dulu!

13 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Masa kakcik kecik2 dulu, seingat kakcik mak akan simpan tali pusat itu dalam kain yang dibunjut (macam sup bunjut tapi besar sikit) bersama dengan apa entah, kemudian dilayur atas pelita untuk dituam kepada perut bayi.

Anonymous berkata...

Baru ni dgr pasal tali pusat blh buat ubat demam. Saya simpan gak tali pusat tu tp takde tujuan. Klu benang hitam tu plak, nenek saya pintal mcm2 warna. Kata dia bg pakai umur 2 bulan sb time tu dia kata mata baby belajar nk fokus. Jadi baby tu akan main main dgn gelang2 benang tu. Sungguh leka baby main dgn gelang benang tu. Wallahua'lam.

Dinar berkata...

betul tu IM, rupanya kita kena sentiasa bijaksana dalam menangangi semua perkara apatah lagi berhadapan dengan manusia yang pastinya diciptakan berbeza

insan_marhaen berkata...

kakcik,
ya..ya.. baru teringat. IM pun pernah tengok adik-adik IM dituam macam tu.

tanpa nama,
jika itu tujuannya tak mengapa. takut nanti tujuannya lebih kepada sebagai tangkal. jatuh syirik pula.

dinar,
betul. kita kena bijaksana terhadap orang lain kerana orang lain belum tentu boleh bijaksana terhadap kita.

NUR berkata...

setuju dgn IM..cara mendidik anak itu..
oh , baru tau pasal petua2 tersebut..

Deru Ombak berkata...

Salam IM..
Saya takde sangat yang boleh dikongsi pasal tanggal pusat baby ni.. sbb dari aruah onyang, aruah mak, cuma sapu ubat kering dan jaga jgn basah. Pusat yang dah tanggal akan disimpan dalam scrap book. untuk kenangan kot... :), tiba masa saya , saya pun buat yang sama..

S..U..D..@..I..S berkata...

kita kena bijaksana untuk menghadapi orang yang mungkin merasa dia lebih bijaksana tapi sebenarnya tak kemana

bearcat berkata...

Dari segi perubatan, darah dari tali pusat tu ada kegunaannya :)

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/517-darah-tali-pusat.html

insan_marhaen berkata...

nur,
petua itu bagus untuk diikuti jika bersesuaian dengan kemampuan kita mengamalkannya. yang tak bagus cuma tahyul.

DM,
Itu yang IM tak mahu. ikut membuta tuli tanpa faham kenapa.

sudais,
betul tu. kita perlu lebih bijaksana dalam berhadapan dengan orang lain yang lebih bijak.

bearcat,
tkasih atas info. sempat go through tulisan itu. hebatnya ciptaan tuhan ini ya.

Kamsiah berkata...

IM...4 org anak saya,saya menjaganya sendiri..tanpa ibu mertua atau mak sendiri...berpantang di rumah sendiri...
alhamdulillah dgn izinNYA...semuanya selamat walaupun saya langsung tak 'patuh' amalan menjaga bayi mcm org dulu2...

LadyBird berkata...

salam uncle im.. :D..

itu kira ok la tu. kwn lady kan.. die baru dpt baby.. mak mertua die rendamkan biawak mandikan anak die.. rendamkan katak.. sebab mertua die ckp anak die tersentak2 mcm binatang ape nth.. dan mertuanya jugak bakar bulu kucing dan sapukan pd setiap sendi anak die.. mcm2 yg mertua die buat.. kdg2 die melenting.. dn skrg die biarkan jerk.. sebab dh x larat nak tension..

aku HIV positif berkata...

teringat zaman muda2 dulu2. kdgkala sebagai anak, dgn mak ayah sendiri boleh bawa berbincang. dgn mertua, serba salah dibuatnya. tak ikut je, merajuk!

tapi syukurlah saya tak berdepan dgn situasi si angah.

Ahzalah berkata...

salam, mengikut cara islam..apa sepatutnya kita buat dgn baki tali pusat yang dah tertanggal tue yerk? anak sulung br 4tahun..tapi skrg dh 5org anak.tergerak hati nak tanam je tali pusat anak nie.kalau ikut kebiasaan,family member yang lain simpan.