Khamis, 26 Januari 2012

Manisnya Menulis Blog




Menghadiri salah satu program tarbiyah IKRAM.
 
Bila sesekali fikir terasa amat manis bila usaha kita menulis blog mendapat respon baik dari follower. Malah yang lebih manis ialah bila pengalaman kita yang ditulis itu menjadi bahan rujukan atau panduan yang berguna pula pada mereka.

Inilah yang aku cita-citakan iaitu menjadi insan yang memberi dan bukan meminta. Kita memberi melalui apa yang kita mampu. Jika tiada harta, kita pasti ada perkataan. Perkataan itulah yang walaupun murah modalnya tapi mahal nilai timbal baliknya.

Selama aku menulis ini beberapa individu telah menghubungi aku meminta nasihat tentang permasaalahan mereka. Rupanya ramai juga yang berhadapan dengan ujian hidup yang seperti aku alami. Tak kira samaada ujian dalam menjaga isteri, menjaga anak maupun masaalah dalam diri.

Indahnya hidup ini jika kita dapat memberi bakti kepada orang lain. Aku tidak pernah menyangka bahawa menulis blog mampu memberi pulangan manis seperti ini. Namun itu yang aku percaya bahawa menulis tentang pengalaman diri sendiri mempunyai kesan lebih mendalam berbanding menyalin bahan orang lain.

Bukan semua orang suka dengan tulisan kita. Malah akan ada yang mencemuh atau memperli. Pernah aku alami bila tulisan aku di komen keras oleh anynomous hingga seminggu aku fobia menekan keyboard. Hinggakan bunyi kereta lalu dan membrek di depan rumah membuatkan jantung aku berdegup kencang.

Sebaliknya, pernah juga tulisan aku di salin dan emel ke serata rakan-rakanku di tempat kerja. Akhirnya ia menjadi buah mulut di kantin. Aku terpaksa teguh menahan malu maupun amarah.

Memang bukan semua orang boleh menulis. Bukan pula semua tulisan suka dibaca oleh semua orang. Kita perlu bertanggungjawap atas tulisan kita. Jangan baling batu sembunyi tangan.

Ada pula yang suka membuka blog aku kerana ada lagu. Sambil dengar lagu dari blog hang boleh juga buat kerja rumah, kata rakanku. Ha..ha.. Memang selain menulis aku juga meminati lagu; mewarisi darah seni arwah abahku agaknya.

Apa-apa pun, menulis tetap memberi kepuasan pada aku yang memang bercita-cita menjadi penulis besar tetapi tidak kesampaian.

Hatta menjadi penulis bilis pun dah kira beruntung. Mujur ada dunia blog. Kalau nak harap untuk menghasilkan buku atau novel agaknya; usahkan cium bau buku , melihat bayang buku pun belum tentu!

20 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Salam IM.
Setiap pembaca ada ragamnya. Terima kasih kepada mereka.

Deru Ombak berkata...

Salam IM
teruskan menulis.. saya pasti baca!!
InsyaAllah.

zul permatang badak berkata...

YES...betul kita bukan penulis besar,cukup meluahkan perasaan sendiri...tapi jika ada yang ingin berkongsi...boleh......

manis dihati sendiri.......

insan_marhaen berkata...

budiman,
ya.. tanpa pembaca, siapalah blogger!

DO,
terima aksih kerana sudi membaca. Dulu ingatkan DM ni kaum sejenis IM..hik!

zul,
bukan penulis besar pun penanya tajam serupa tu juga!

kakcik berkata...

Kakcik pula asyik terfikir untuk berhenti menulis. :(

Citarasa Rinduan berkata...

blog IM sesungguhnya sumber inspirasi ayu untuk bersemangat menghadapi liku2 kehidupan.
tahniah IM
teruskan menulis ya

bearcat berkata...

Walaupun keras komen depa, itu tandanya depa baca blog IM. Kira blogger glamerlah tu :)

norh berkata...

tak pernah terpikir gak nak dapat sahabat dari aktiviti blogging ni..

insan_marhaen berkata...

kakcik,
teringat kata-kata othman hafsan dalam salah satu iklan petronas masa raya dulu. katanya - berjalan bukannya ke belakang sebaliknya ke hadapan.

cr,
terima kasih kerna menghargai tulisan IM.

bearcat,
bukan apa. takut yang baca tu SB pun ada.

norh,
begitu hebatnya dunia tanpa sempadan.

a.samad jaafar berkata...

kalau bukan kerana sayang pada beberapa pengikut blog yg setia mengikuti blog saya, tentu sudah lama saya berhenti menulis di blog..minat menulis saya isi dgn menulis dan simpan dlm file shj..

nurazzah8 berkata...

Salam IM,

ya..sedar tak sedar..sudah hampir 6 tahun saya berblog..sejak tahun 2007 ...
sudah lama juga sejak saya mengikuti penulisan IM ... walau sesibuk mana pun saya .. bila kelapangan saya akan membuka blog IM ... sentiasa ternanti-nanti apakah kisah seterusnya dalam kehidupan IM.. walaupun ada antar bloggers tidak pernah bersua muka, tetapi pesahabatn kita rapat di dalam alam maya ini ... seolah-olah kita semua bloggers adalah sebuah keluarga yangbesar...

Saya pula selalu menulis bila merasa tekanan semasa menyambung pelajaran tempohari..bila tension tak faham apa yang dibaca...saya beralih ke blog... melepaskan perasaan tertekan..kemudian sambung semula kerja dengan rasa ceria kembali ..

TERUSKAN MENULIS IM!!!

IMANSHAH berkata...

Alhamdulillah, manfaat dapat dokinsi bersama

Anonymous berkata...

segala penulisan yg tujuannya baik, ada ganjarannya. bila ada yg tak diterima dengan baik, ada juga pengajarannya. wadah untuk menajam kan penulisan dan meluaskan pandangan.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Menulis blog ni memanga ada pahit manisnya, kak juga pernah disindir oleh yang tak bernama, lalu kak 'private'kan kemudian selepas berfikir semula bahawa pasti perkara ini berlaku kepada semua blogger, lalu kak ambil keputusan 'public' semula.

Kak juga bercita-cita nak menulis, namun belum berdaya untuk membuka langkah..(agak sukar duduk lama - sakit belakang/pinggang). Kak pernah menulis buku teks tingkatan 4 (masa tu eblum sakit)dalam BM kemudian timbul PSMI lalu diterjemahkan ke BI, kini bila PSMI nak dimansuhkan buku BM akan digunakan semula..

Apa-apapun paparan IM banyak memberi maklumat dan pengajaran, kak datang baca namun kadang kala tak turunkan komen bila belakang ni dah memberikan amaran..

Jurnal Murahan berkata...

banyak betul cobaan hahaha

teruskan menulis yeop!

LadyBird berkata...

salam uncle im :)..
xpe.. adatlah tu.. :).. tp alhamdulillah mrk sebarkan.. menandakan mrk th dan ambil peduli tntg kite..

MulutPayau berkata...

IM..teruskan menulis...setiap tulisan IM tetap saya baca walaupun tak sempat nak komen apa2....

Sham berkata...

tak tau mana specialnya blog IM ni...tapi tetap nak datang ke sini...heh...

Aida Ali berkata...

Setiap blog ada harganya yang tersendiri...

aku HIV positif berkata...

tahniah, syukur alhamdulillah...
samalah kita IM w/pun medannya berbeza tetapi matlamatnya sama. membantu juga umpama terapi utk memperbaiki segala kelemahan diri dari sehari ke sehari.