Selasa, 28 Februari 2012

CT...1

Aku ambil cuti hari ini. Setelah membawa ibu_suri ke Klinik Kubang Semang untuk rawatan rutin hipertensi, aku terus ke Hospital Besar Pulau Pinang.

Sudah 5 hari CT - anak angkatku sebelum Akhmal - terlantar di hospital akibat kemalangan motor. Malam semalam, dari Hospital Besar Seberang Jaya CT dikejar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk dirujuk ke pakar tulang bahagian kepala bilamana keadaan CT menjadi tak keruan. Sakit kepala yang bersangatan membuatkan CT meraung.

Melihat dari luar memang CT seperti tidak luka apa-apa namun kesakitan dalamannya Tuhan saja yang tahu. Tulang tengkorak CT di dapati retak dan berlubang. Tulang rahang CT juga di khuatiri begitu. Jika tidak ada apa-apa perkembangan positif, CT akan dirujuk semula ke Hospital Besar Seberang Jaya untuk pemeriksaan rahang.

CT ditenangkan oleh kawannya

Aku sebak bilamana melihat kondisi CT. Tambah sebak bila mengenangkan latarbelakang kehidupan CT selama ini. Bertambah-tambah sebak bila mengenangkan apa yang sedang berlaku di sekeliling CT.

Aku kagum pada kegigihan kakak iparku yang menjaga CT sejak mengetahui insiden yang berlaku. Makan dan tidurnya tidak menentu. Tapi yang lebih melelahkan ialah bila berada di wad seperti CT; melihat pesakit yang keluar masuk dengan pelbagai kes ngeri.

Aku amat berdoa muga CT pulih seperti sebelum ini.

7 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

amin...
ayu dari jauh mendoakan agar CT dijauhkan dari sakit yang bukan2...
agak2 kalau makan gamat tulang2 y patah tu boleh disambungkan tak ya?

dan ayu mendoakan kakak ipar IM dapat menjaganya sehingga CT sembuh..

Wanpetunjuk berkata...

En IM....sy turut menumpang simpati. Semoga CT diberikan kekuatan oleh Allah. Semoga En. Im pun tabah menghadapi ujian Allah ini...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...semoga Allah bersama keluarga En. IM....

hrusli61 berkata...

CT masih muda remaja insyaAllah akan sembuh dengan cepat. Carilah air penawar yang boleh tawarkan kesakitan CT itu.

Ini dugaan buat CT dan keluarganya. Semoga keluarga ini dibantu Allah SWT disemua sudut.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM..

Saya mendoakan yang terbaik untuk sapa sahaja
yang menjadi insan2 kesayangan IM.

Munnafendy berkata...

aduhai...yg mbaca ni pun dah rasa seriau...

semoga takda ape yg serius dgn CT..aminnnn

Anonymous one berkata...

Semoga ct cepat sihat. gamat baik untuk luka ao dengar

Arman Zafri berkata...

ya Allah....itulah yang terucap bilamana membaca entry ini. Moga Allah memberikan kesabaran dan kesembuhan buat CT, amin.