Halaman

Khamis, 23 Februari 2012

Hari Esok

Menjaga Kancil ini persis menjaga pemiliknya juga - ibu_suri!

Beberapa hari ini aku sampai awal ke rumah dari tempat kerja. Jem di jambatan Pulau Pinang tak seteruk selalu. Kenapa..ntah.. aku pun tak tahu.

Bila awal sampai di rumah, yang paling girang ialah ibu_suri. Hari ini Marissa ada di rumah. Jadi;

"Marissa... tengok! Tok ayah balik awal la hari ini..."

Aku hanya menyungging senyum tawar. Terlihat Marissa sedang asyik menyusu di dada ibunya. Marissa sekarang sudah bertambah berat badan ke 4kg. Doktor menasihatkan agar dikurangkan susuan.

Berbual dengan blogger JH di dalam Unsernya sambil dihiasi lagu Kenangan Lalu nyanyian Flybaits tentang masa-masa akan bersara nanti membuat aku terasa amat sayu dan sesekali rasa takut. Sayu kerana merasakan terlalu cepat dunia ini berputar meninggalkan semua peristiwa yang aku lalui menjadi kenangan yang manis. Takut pula bila mengenangkan fizikalku yang tidak segagah dulu; melihat seorang demi seorang kawanku sakit atau pergi dulu menghadap Tuhan.

Aku setidak-tidaknya sedikit bersyukur kerana anak-anakku sudah besar dan berdikari. Aku sedang merancang untuk mengurangkan segala kos sara hidup. Streamyx dan Astro mungkin akan aku tiadakan. Sedang mengintai mengalihkan Celcom kepada DIGI yang menawarkan pakej lebih murah. Juga membulatkan azam untuk bertahan dengan kenderaan Kancil. 

Bagi aku sebenarnya, gaya hidup yang simple lebih mendamaikan. Jaga kesihatan dan pertingkat amal kebajikan!

9 ulasan:

NzA berkata...

IM dah bercucu ke??????Along dh ada anak????Tahniah.

Kesederhana adalah yg sebaiknya....

Kamsiah berkata...

salam
IM..pada permulaan melakukan perubahan,mmg sedikit sukar... sbb kita akan selesa dgn apa yg telah kita biasa...
saya jugak begitu...bil letrik mcm tak masuk dek akal...dah lama tak on aircond dalam bilik,pasang kipas ja...

Citarasa Rinduan berkata...

suka dgn Im yang sentiasa bersederhana..

Temuk berkata...

Salam IM
Bila sampai masanya, kita memang wajar 'mengurangkan' segala-galanya, kecuali hubungan kita dengan Allah. Makanan, pakaian, hiburan, dan hubungan dgn orang pun, kerana masalah kemampuan fizikal dan kos hidup, memang patut kita hadkan atau jadikan simple bila kita sudah tidak bekerja dan menua.

Deru Ombak berkata...

Salam IM
Saya setuju.. Hidup simple2.. easy2..

Anonymous one berkata...

ALhamdulilah satu tindakan yang bijak IM, Ao doakan dipermudahkan hidup IM.

MulutPayau berkata...

setuju dgn pendapat IM...
gaya hidup simple itu lebih mendamaikan....

mama maman berkata...

betul tuh.. biar sederhana je.. :)

S..U..D..@..I..S berkata...

haha tak lama lagi balik awal boleh main dan bawa cucu jalan2.....