Anak-anakku,
Ayah telah cuba sedaya upaya untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kamu agar menjadi orang yang baik dan dihormati bila telah dewasa nanti. Ayah korbankan seluruh masa, tenaga, pemikiran, keselesaan dan kepentingan diri demi memastikan kamu bahagia, ketawa dan sempurna.
Sayangnya,
Tidak semudah yang disangka. Kata orang, dalam setandan pisang tidak semua masak dalam satu ketika. Kamu terus merintis jalan hidup kamu sendiri yang ada antaranya tidak seperti yang ayah harap dan jangka. Walaupun terkadang ayah rasa terkilan namun ayah simpan sahaja di dalam hati. Ayah perlu mengakui akan hak-hak kamu menentukan jalan hidup sendiri.
Uh,
Hampir letih ayah memantau dan memintas pertumbuhan hidup kamu semua. Teringin benar ayah hendak berihat dan ketawa seperti rakan-rakan ayah lainnya.
Sayangnya,
Tidak semudah itu. Selagi masih bernama AYAH. ayah tetap perlu dan bertanggungjawap menjaga dan melihat kehidupan kamu walaupun apa dan bagaimana kehidupan kamu kini.
Ah,
Benar sangat kata orang tua; kasih ibu sepanjang hayat, kasih ayah sepanjang jalan!
12 ulasan:
Tanpa kasih ibu dan ayah, sukarlah anak2 untuk membesar dengan sempurna...
Salam IM
Semoga ayah terus di kurniakan kekuatan rohani dan jasmani. Bukan senang menjadi seorang ayah dan ibu
Semakin besar beban dipikul semakin besar saham yg tercatat IM...
p/s: Tetiba airmata kakak mengalir dengar lagu yg IM pasang di blog ini...
Nasib baik saya ini seorang
ABAH :-)
Jangan berputus asa, mungkin pisang yang sebiji itu akan menjadi santapan yang paling enak.
Siapa sangka masa dan pengalaman akan mendewasakannya lebih teratur.
Bapa saudara Nabi saw lagi matinya tidak beriman. Kita cuma berusaha cuma Allah yang layak mengabulkan usaha kita.
pengorbanan itu adalah bukti
kasih sayang sepanjang hayat
Salam IM..
Bukan mudah kan..?
** anak-anak dibesarkan oleh seorang ibu.. :)
kasih dan pengorbanan ayah ibu yang tiada tandingannya,,,
rupanya bukan mudah untuk menguruskan manusia walaupun anak sendiri...cabarannya bukan kecil...harap IM diberi ganjaran atas kesabaran itu.
Assalamu'alaikum IM
Besar tanggungjawab, besar pengorbanan.. semoga hidup berkeluarga sentiasa dirahamti dan diberkati. Amiin
As-salam IM
Sekata dan seperasaanlah kita, para bapa semuanya. Semoga Allah sentiasa membantu kita.
adoi...n3 ni dgn lagu...adoi...tak tau nak komen apa...
semoga IM terus tabah hadapi segalanya......
Catat Ulasan