Halaman

Isnin, 6 Februari 2012

KARPENTER

Sabtu lalu aku sempat ke Markas PAS Sungai Tiram, Bayan Lepas untuk bersama-sama dengan rakan-rakan untuk menyambut kedatangan Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang ke Pulau Pinang sempena KARPENTER (Karnival Penerangan Terkini) yang sedang berlansung.

Menggunakan kamera talipon bimbit aku, berikut adalah foto-foto yang sempat diambil untuk perkongsian bersama. Masih takut-takut untuk kedepan mengambil gambar.

Markas PAS Sungai Tiram

Tuan Guru baru tiba

Tuan Guru memberi amanat

Berangkat ke KOMTAR,  bertemu dengan
pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sebagai insan yang ingin melihat perubahan ke arah kerajaan yang lebih baik dan berwibawa, aku cuba juga melibatkan diri di celah-celah kemelut hidup, mengambil tahu hal-hal yang berlaku di luar keluargaku. Aku tahu, aku tidak boleh sekadar merintih melihat keruntuhan akhlak masyarakat dan negara tanpa berbuat apa-apa.

Walaupun aku hanya seekor burung pipit yang kecil paruhnya, setitis air yang kukutip dari danau mungkin akan mampu menyumbang ke arah meghilangkan dahaga bumiku.

Aku percaya jalanku ini benar dan lurus. Aku percaya ujian yang Allah bentangkan di hadapanku adalah kecil berbanding mereka-mereka yang terdahulu.

Aku adalah aku. Berusaha sedaya upayaku untuk diriku, keluarga dan masyarakat. Terlalu rugi rasanya hidup ini jika hanya berpeluk tubuh melihat rakan-rakan lain berhempas pulas memperbetulkan kehidupan anak cucu kita nanti. Terlalu ralat rasanya kalau hanya mengkritik kebejatan yang berlaku dalam masyarakat tanpa turun padang bersama melakukan sesuatu. Terlalu rugi rasanya kalau tidak sama-sama memberi saham di dunia untuk mengutip labanya di akhirat kelak. Terlalu malu rasanya bila selesa duduk di kerusi empuk sedangkan rakan lain berpanas hujan untuk menungkah arus.

8 ulasan:

LadyBird berkata...

salam uncle im..

walaupun lady selalu lalu depan masjid Ayoh Chik (TG Hj Abdul Hadi Awang), tetapi x pernah lady berdepan dengan beliau..

ramai yg komplen tntg kelemahan kerajaan, tetapi jrg yg mahu turun pdg membantu meringankan tgjwb itu..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Semoga usaha IM diberkati.. bila peluh mengalir di dunia untuk agama Allah di akhirat nanti peluh yang keluar kurang. InsyaAllah

al-lavendari berkata...

selamat berjuang dengan penuh kesabarann.

no body can do everything, but every one can do something.

nyanyisunyi berkata...

Assalamualaikum..

jika tidak boleh menegur dengan perbuatan..menegur dengan hati sudah dikira baik..

Allah tahu apa yg IM lakukan..insyaAllah segalanya akan dipermudahkan bila niat kita ikhlas..dan ada ganjarannya di Sana kelak..

Anonymous one berkata...

Semoga di pandang Allah sebagai ibadah :)

IM kerja SIRIM ke? AO ada hantar resume kat SIRIM.

insan_marhaen berkata...

ladybird,
sama juga. ramai yang mengeluh dengan keadaan remaja yang huru hara akan tetapi tak ramai yang bersama memperbetulkannya.

werdah,
itupun belumpasti jika titisan peluh yang mengalir tidak disertai dengan keikhlasan.

al lavendari,
if everyone do something, world will be shining.

nyanyisunyi,
Tapi IM percaya, kita boleh lakukan sesuatu lebih baik berbanding hanya melalui hati.

AO,
tak. IM kerja di Renesas Semiconductor bahagian calibration.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..
12 jam yang lalu saya dah baca n3 IM nih..
Beberapa jam yang lalu membacanya sekali lagi..

Walaupun benak saya sedikit tersekat, tapi...
Teruskanlah perjuangan berlandaskan Islam yang sebenarnya.

Mario berkata...

selamat berjuang!!...hikhik