Halaman

Sabtu, 4 Februari 2012

Peluang



Sebenarnya ada rasa 'jealous' jauh di lubuk hati bila dapat tahu blogger JH telah pun mendaftar ke Tabung Haji untuk pergi menunaikan Rukun Islam ke5. Walaupun mengikut pendaftaran awalnya itu, dia cuma layak mendapat giliran bilamana berumur 84 tahun, namun setidak-tidaknya niat dan usahanya itu sudah ada. Berbanding aku, masih tolak habuk.

Tapi bila tiba-tiba, semasa aku berbual dengan rakan kerja di kafetaria, aku diberitahu bahawa Tabung Haji sekarang ini memberi peluang kepada pemegang akaun 1 KWSP untuk mendaftar diri menunaikan Haji, aku tiba-tiba rasa.... WOW!

Minggu depan aku akan pergi ke Tabung Haji untuk bertanya lebih lanjut. Dan jika benar berita ini benar.... Wow.... gumbiranya aku.

Bukan saja aku mungkin berpeluang untuk ke Mekah semasa aku masih berupaya, tetapi ianya juga akan memberi motivasi yang lebih untuk mempertingkatkan amal ibadah mulai hari ini.

Sudah pasti aku akan bawa ibu_suri bersama nanti. Bagaimana boleh ibu_suri menjalani rukun-rukun Haji dengan keadaan fizikal dan mentalnya sekarang ini,  berbincang kemudian dengan pegawai berkenaan bila ketika itu tiba. Aku percaya, cara bagaimana itu tetap ada jika Allah mengizinkan. Lebih penting ialah menunaikan Rukun Islam ke 5 ini selagi ada ruang dan peluang. Title datuk dah dapat dah. Tinggal yang ni saja lagi.

Namun seperti selalunya politik aku dalam menangani emosi ibu_suri; aku takkan memaklum berita gembira ini terus selagi aku tidak mendapat pengesahan yang tulin dari LUTH. Mana tahu, entah tiba-tiba berita ini rupanya tidak tepat. Akan susah juga aku nanti hendak menutralkan perasaan ibu_suri yang sebelumnya pasti gembira tetapi bertukar menjadi hampa!

11 ulasan:

LadyBird berkata...

Insya-Allah Allah akan memberi kemudahan.. :).. lady doakan yang terbaik... ameeennn..

kakcik berkata...

Salam IM...

suami kakcik pun dah mendaftar menggunakan akaun KWSP tu. :)

S..U..D..@..I..S berkata...

Mudah2an dipermudahkan segala urusan yang baik2...
ibusuri tak pernah tahu ke blog ni IM

mario berkata...

InsyaAllah...IM dan ibusuri pun akan kesana jugak...nak daftar rasanya takde masalah tapi tula...giliran nya skrg ni punyala lama tp bole merayu klu duit dah cukup

Temuk berkata...

As-salam
Semoga kemudahan KWSP itu benar-benar ada dan segala urusan dapat dilangsungkan dengan baik, hingga akhirnya IM dan Ibu Suri dapat menjalani ibadah haji itu. Insya-Allah.

Anonymous one berkata...

ao pun pernah denar masa bajet 2012 harituh.

mak dan abah AO dalam rayuan nak pi tahun ni insyallah doakan!

insan_marhaen berkata...

ladybird,
tk atas doa. muga berita itu benar.

kakcik,
betul? WOW!

sud@is,
tak tahu. dan tak boleh tahu. kalau tak, naya IM kena cubit-cubitan.

mario,
kita usaha yang terbaik. insyaAllah, ada jalan untuk memprepatkannya.

temuk,
kemudahan begini sebenarnya lebih berkah. muga KWSP lebih kreatif dalam membenarkan penyimpannya menggunakan wang kepada tujuan baik.

AO,
IM doakan muga mereka berdua dapat pergi dan pulang membawa haji mabrur!

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Apabila ada niat dab usaha; insyaAllah dipermudahkan Allah.. kak doakan agar IM dan ibu_suri dipermudahkan segala urusan.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..
Bila sudah tiba waktunya.. Allah Akan memberikan petunjuk.. InsyaAllah ..

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
WN daftar di LUTH dan dijangka ke Mekah pada tahun 2021. Lagi 9 thun

insan_marhaen berkata...

werdah,
tk. muga doa diperkenan.

DM,
ya... Allah Maha Mengetahui segalanya.

AB,
Kita usaha saja. ketentuan itu di tanganNya.