Ahad, 12 Februari 2012

Terisi

Melawan panah matahari dengan kamera talipon bimbit

Aku tak jadi pergi kerja hari ini. Selepas Qiamullail malam tadi di mana aku dipertanggungjawap menguruskan logistik dan makan pagi, aku ke Tasik Mengkuang; seperti selalunya hujung minggu... riadah. Aku rasa puas. Untuk esok, aku fikir esok sahajalah. Workload ini kalau nak dihiraukan, sampai bila pun takkan habis.

Walaupun baru jam 8 lebih tapi cahaya matahari tajam menikam kulit. Pijarnya begitu lit lit! Semakin ramai orang-orang Melayu beriadah sejak akhir-akhir ini berbanding beberapa tahun lalu trek di sini kebanyakannya di monopoli oleh bangsa Cina.

Angah dan keluarga ada di rumah. Sengaja aku 'arah'kan Angah balik bawa Marissa, cucunda sebagai 'umpan' ibu_suri agar tak bersungut kerana ketiadaan aku di rumah malam dan pagi ini. Kalau ada Marissa, ibu_suri sanggup seharian tak keluar rumah. Asyik mengagah dia saja walaupun Marissa lebih banyak tidur dari jaga.

Benar sangat kata rakan blogger sekalian bahawa bila ada cucu nanti tentu kesunyian ibu_suri terisi. Aku?... he..he.. Selalu ibu_suri tanya; kenapa tak mahu dukung Marissa? Aku jawap; tunggu bila dia boleh berjalan nanti. Kita tengok... dia manja Opah ke atau Tok Ayah!

Sayangnya, Marissa itu cucunda perempuan. Kalau lelaki tentu aku boleh ajak pergi masjid, mengajar silat dan bernasyid. Besar sikit boleh ajar macammana nak setup p.a system di atas stage dan tak lupa ajar tulis blog!

10 ulasan:

norh berkata...

saya suka prinsip 'esok, pikir esok ja la" utk keja.. memang kalau nak diingat keja yg tak siap, jenuh..

Mr.Clive berkata...

inilah kehidupann... :)

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
Silat pun perlu di ajar IM. Tapi yg tidak ada seru. Macam pesaka gayung ok dah tu.Blog mesti....Itu ikut atuknya

Dinar berkata...

IM, cucu perempuan pun boleh juga ajar tulis blog...hehehe

insan_marhaen berkata...

norh,
ya... IM selalu amalkan gitu. kalau tak boleh sewel dibuatnya dengan masalah hidup yang berbagai.

mr clive,
life goes on...

ariff budiman,
ajar sikit-sikit je. selebihnya kena hantar kat gelanggang.

dinar,
rasanya zaman dia nanti, entah apa book la yang keluar. blog dah tak relevan...

Deru Ombak berkata...

Salam IM..
Cucu ni penyejuk hati..
Cantik sungguh tasik mengkuang ni..

Kunang-Kunang berkata...

Wah Tahniah IM dah dapat cucu perempuan.

Welcome to the clublah. Semoga Marissa sihat sentiasa.

Temuk berkata...

Ada rakan saya berjenaka, menyatakan 'bercucu-cucuan sementara atuk sihat, beristeri-isterian (bagi yang mampu, kalau tidak beristerian sahaja) sementara suami sihat'. Insya-Allah. Kita teruskan 'exercise' sebagai satu cara memperolehi kesihatan, dengan izin-Nya jua!

insan_marhaen berkata...

DM,
IM memang suka dan tenang beriadah di sini.

kunang-kunang,
haah... club orang veteren...

temuk,
buat masa ini IM lebih menerima apa yang ada.

mission IM ialah untuk mencari kedamaian dalam hidup.

Anonymous one berkata...

Seadpnya nama marissa... marissa boleh teman tok ayah pergi pasar!