Rabu, 7 Mac 2012

CT...4

Alhamdulillah, CT discaj dari Hospital Bukit Mertajam tadi petang. Sempat dia ke rumah aku dan berbincang bersama Angah tentang apa yang perlu dibuat selepas ini. Walaupun CT sudah boleh berjalan, tetapi khabarnya masih menggunakan lampin lupus. Ini untuk memudahkannya supaya tidak perlu kerap ke tandas. Pergerakan kepala CT juga seperti berat.

Discajnya CT bukan bermakna selesai tanggungjawap aku. Ini baru fasa 1. 

Fasa 2 ialah membuat repot polis, mengambil motornya yang tersadai di balai dan memikirkan bagaimana boleh memasuki rumah sewanya. Kuncinya hilang semasa kemalangan.

CT juga tidak dapat ingat apa yang berlaku sebenarnya. Dia sendiri pun berasa heran kenapa tiba-tiba dia berada di hospital.

Semasa dia minta diri hendak balik ke rumah kak ipar, dia salam dan cium tangan aku juga ibu_suri. Rasanya, masih panjang lagi perjalanan pemulihan CT ini sebelum dia kembali ketahap kesihatan yang asal.

8 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga CT kembali pulih sepenuhnya. InsyaAllah.

Arman Zafri berkata...

alhamdulillah...

aku HIV positif berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Dinar berkata...

syukur..hrp CT kembali sihat sepenuhnya..

Anonymous one berkata...

Alhamdulilah, AO harap siti dapat cepat semuh. Siti kena banyak berehat... boleh panggil tukang kunci bukakan kunci tapi ken cas, nak senang bukak tombol sendiri kopeklah macam mna tapi jangan bagi rosak pintu pastu gantikan tombol. Kalau guna mangga cara terbaik adalah pecahkan mangga.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Akak doakan IM tabahlah dengan semua ujian ini. Semoga CT cepat semboh dan pulih seperti sediakala.

aznimatisa berkata...

Salam IM,
Salam perkenalan. didoakan agar CT cepat sembuh. Mudah2an dengan izin Allah.

Temuk berkata...

Semoga CT segera pulih. Memang letih fikiran & jasad kita, sebab sesuatu musibah boleh jadi mempunyai cabang-cabang masalahnya yang lain pula. Bersabarlah IM.