Halaman

Selasa, 6 Mac 2012

Lebah

Baru hari ini aku terasa letih. Mengurus hal CT satu bab. Melayani ragam ibu_suri dan Akhmal satu bab yang lain pula. Walaupun Angah banyak membantu namun tidak benar-benar dapat  menyejukkan naluriku.

Di dalam facebook aku banyak menulis tentang mencari titik pertemuan berbanding titik perbezaan sesama kita. Tulisan itu berdasarkan atas apa yang aku lalui beberapa minggu ini.

Alangkah bahagianya jika sesama kita manusia; apatah lagi sesama Islam; apatah lagi sesama keluarga; mudah menemui kata sepakat bilamana berhadapan dengan sesuatu permasalahan. Kalau hendak dicari kesalahan, memang semua kita bukan tidak pernah berbuat salah. Tetapi janganlah salah itu yang dicari sebaliknya carilah kebaikan. Carilah kelebihan yang boleh dimanafaatkan untuk kebaikan bersama.

Kita jangan lupa, tatkala satu jari kita menuding pada kesilapan orang lain dan yang satu lagi berkecuali, ada 3 jari lagi menuding ke arah kita. Akan letih kita jika hanya bercakap tentang silap orang sedangkan itu tidak menyelesaikan apa-apa.

Kita ini biarlah hidup seperti lebah yang walaupun menghurung sampah tetap madu yang dicarinya. Jangan jadi seperti lalat yang walaupun menghinggapi seorang puteri raja, kudis juga yang diperhati!

8 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga kita mengambil yang baik2 sahaja walaupun sebenarnya kita tidaklah sebaik mana...

Kamsiah berkata...

salam
sbb tu la org kata,kuman seberang laut nampak,salah sendiri buat2 tak nampak....mmg sukar manusia nak akui kesilapan sendiri dek ego yg tinggi

mama maman aka yana berkata...

Dugaan hidup.. tp cuba terbaik kann..:)

Dinar berkata...

hebat lebah ni, bukan saja boleh mengeluarkan madu, malah sentiasa mencari kebaikan dalam semua keadaan hatta di tempat yang menjijikkan...
tersirat peringatan yang amat mahal di sebalik cerita ini..

LadyBird berkata...

setuju dengan en dinar.. tp en dinar, lebah xkan pergi tempat jijik..

Deru Ombak berkata...

Salam IM...
Mmg Ada kalangan yang suka menyemarakan kesilapan org lain yang belum tentu silapnya di mana.

Anonymous one berkata...

Alhamdulilah... Ao harap siti cepat sembuh.. alhamdulilah ada angah..

a.samad jaafar berkata...

perenggan terakhir itu sangat menarik.. adalah malang jika sekeluarga namun berbeza pendapat.. berbeza itu ada kalanya bagus tetapi saling menghormati dan memahami adalah lebih baik..