Selasa, 27 Mac 2012

Terkadang Itu


Rutinku setiap pagi hari bekerja ialah menyiapkan keperluan ibu_suri terlebih dahulu. Dek masa yang ada itu terlalu pendek, aku istilahkan ia sebagai masa untuk ‘bersilat’. Kena pantas. Kena luas berlapang dada dan tinggi kesabarannya.

Pertama, membantunya mandi. Lapkan bahagian badan yang tertentu dan sapukan ubat pada kulit yang kebelakangan ini gatal dijangkiti fungus. Kalaulah pula pagi itu ibu_suri terpaksa ke ‘bank’, lagi... hah….

Dalam masa yang sama sediakan makanan bijiran untuk dimakan bersama ubat hipertensi, diabetis dan mood-disorder. Memilih ubat juga satu hal. Terkadang tersilap sedia. Yang petang terbagi ke pagi. Bukan sikit pula tu!

Peralatan di rumah aku jenis special. Water dispenser aku beli kerana mudah bagi aku sediakan minumannya tanpa perlu jerang air. Memasang pendinginhawa supaya ibu_suri selesa sepanjang masa aku di tempat kerja. Katil jenis divan yang mampu menampung berat badan yang overweight. Kerusi ala sofa untuk tempat dia duduk selalu di depan tv.

Semasa menyapu ubat kayu putih ke belakang ibu_suri kerana sering berasa sakit pinggang tadi pagi;

"Saaayang kat abang. Susah nak cari suami macam abang. Sabar layan I. I ni macam babby, kan bang?”

Semalam tidur pukul 1.30 pagi. Layan ibu_suri siar-siar dengan Kancil. Aku tahu itu tanggungjawap aku sebagai suami yang diamanah untuk menjaganya. Cuma, maaf! Terkadang sebagai seorang insan, aku merampus juga bila rasa teramat jemu dan tepu. Sudah 4 tahun.. bukan 4 hari!

11 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

It is not that I’m afraid to die,
It is that if I die
Who will love you as I do


Aduss touchingnya kata-kata tu dan sangat dalam maknanya.

Melalui cerita IM dalam setiap N3, tak berbohonglah akak katakan yang IM seorang suami yang baik dan bertanggungjawab pada Ibu-Suri.

Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada IM yang dengan ikhlas menjalan tanggungjawab yang telah disanggupi ketika menerima ibu-suri dahulu.

kakcik berkata...

Sebaik mana pun seorang ibu terhadap anak2nya, akan ada juga keluh kesah di sebaliknya. Kakcik tak nafikan itu (tak tahulah orang lain). Jadi kakcik faham apa yang IM rasa sewaktu melayan ibu_suri. Bagaimanapun, dari pembacaan, kakcik tahu IM adalah suami yang sangat baik.

hrusli61 berkata...

Semoga sedikit ujian di Dunia menjadi saham BESAR di Akhirat.

Kita menyangka kehipupan di Dunia ini panjang tetapi yakinlah kehidupan di Akhirat sangat panjang sehingga di katakan kekal abadi.

norh berkata...

moga IM terus diberikan kekuatan..

Dinar berkata...

IM, perasaan begitu itu normal sebagai manusia biasa...cuma kita minta kekuatan dan kesabaran dari NYA...moga IM dan ibu_suri sentiasa dalam pandangan kasih ALLAH.

shahirahkhairudin berkata...

semoga IM terus tabah. adatlah kalau kadang kadang kita rasa penat. rasa lelah. kita manusia biasa. tapi kasih sayang mengatasi segalanya kan.

mama maman aka yana berkata...

sabar sebab allah syg pada umatnya yg sabar.

#Peringatan utk IM dan juga sy sendiri.

LadyBird berkata...

salam uncle im..

lady doakan agar suatu hari nanti isteri uncle kembali sihat.. dan dapat mengembalikan keceriaan pd uncle.. ameeennn..

Temuk berkata...

Sesekali kita berasa dan bertindak negatif, "understandable" lah tu, IM. Apatah lagi di dalam rutin harian yang IM lalui. Yang jelasnya, hampir 100% waktu IM bertindak cemerlang. Didoakan IM sentiasa sihat dan tekal.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Sangat memahami...

abu muaz berkata...

Salam tuan IM.
tuan memenuhi tugas sebagai seorang suami.
tabik untuk tuan.