Halaman

Khamis, 29 Mac 2012

Masih Bertatih

perjalanan hidup yang masih jauh

Angah dah seminggu berjinak-jinak berniaga nasi ayam di Ara Rendang, Pokok Sena. Seminggu juga dia tinggal di rumah aku supaya mudah berurusan ke sana ke mari.

Seminggu juga aku diminta mengambil Ayu balik kerja dari Kamdar, Bukit Mertajam. Kemudian mengambil anak mereka dari rumah penjaga di Kampung Tok Elong. Rumah tu…mak aiii…jauh masuk ke dalam. Disukarkan dengan jalan yang buruk dek projek landasan berkembar KTM.

Letih juga sementara nak biasa dengan jadual begini. Aku balik kerja pun dah jam 7.15 malam. Sedia dan makan ringan bersama ibu_suri. berMaghrib, mandi dan solat Isyak lalu bergegas keluar kerana Ayu habis kerja jam 9.30 malam. Aku faham, Ayu mesti tak sabar untuk mengambil Marissa.

Hinggakan bila begitu aku kesuntukan masa untuk ke ATM bagi membayar bil dan memasukkan duit Along dan hutang kawan.

Paling best, aku kena beli lauk untuk makan sekeluarga. Semalam aku ke Restoran Nasi Kandar Pelita dan beli 2 ketul ayam @ RM4.00 dan 2 ketul ikan goreng @ RM3.10….fuhh… RM14 kesemuanya.

Melentung-lenting aku bila masuk dalam kereta;

“Tak boleh tahan macam ni…… Lauk je RM14. Ni baru makan malam.”

Bulat mata ibu_suri bila melihatkan aku menggerutu begitu - ….Habisss...?

Terkendon pula marahku bila aku perasan wajah ibu_suri begitu. Bimbang pula aku kalau dia bercerita pada Angah. Terasa sesak di dada tak dapat dilepaskan sehabisnya.

Beginilah perasaan mak dan abahku satu ketika dulu dalam berhadapan dengan kerenah anak-anaknya, barangkali. Sebenarnya… jauh di dalam hatiku,  aku faham bahawa Angah sebenarnya sedang bertatih membina kehidupan dan pertanggungjawapan sebagai ketua keluarga. Aku selaku ayah dan telah melalui semua liku-liku itu selayaknya memberi sokongan moral pada Angah dan Ayu.

8 ulasan:

Mario berkata...

eh...klu restoran pelita mmg mahal le bro...dulu penah kije kat area gurun...makan mmg murah...kat penang mmg mahal la kan...hehe tapi harga tu lbh kurang kat Melaka tu...

Wanpetunjuk berkata...

...setiap kali sy ke sini, sy suka cara IM bercerita. Sungguh!

InsyaAllah...kalau kita beri peluang dan sokongan, setiap di antara kita boleh menjadi yg terpimpin...

hrusli61 berkata...

Hidup berperanan lebih baik daripada duduk rehat sahaja. Pahala pun insyaAllah dapat. Tak gitu IM.

kakcik berkata...

Segala pengorbanan itu tidak akan menjadi sesuatu yang sia2. InsyaAllah.

Anonymous one berkata...

pokok sena tu kt kedah ke?

semoga berjaya dalam perniagaan Angah.

Juju berkata...

Isyaallah setiap kesabaran pasti ada balasannya. Semoga apa yang diusahakan angah akan berjaya

shahirahkhairudin berkata...

betul tu IM. kalau membeli kat restoren nasi kandar, memang mencekik harganya. tapi itu lah, memalam gini memang susah sikit nak mencari lauk.

beruntung angah and ayu punya ayah yang prihatin macam IM.

mama maman aka yana berkata...

mama rasakan mrk jugak jika boleh taknak susahkan IM tp terpaksa. bersabar la yer.. insyaallah ok la tuh..:)