Halaman

Khamis, 19 April 2012

Akhbar Ini!

Rabu, 11 hb April lalu aku diberi oleh sesaorang akhbar ini secara percuma;


Sebelum aku bawa masuk ke rumah dan letak atas meja rehat ibu_suri, aku buang dulu pelekat itu sebab aku tahu ibu_suri amat alergik dengan nombor itu. Bukan apa, malas nak dengar omelan ibu_suri ke telinga aku ini nanti.


Tapi akhirnya akhbar itu terletak atas meja tidak lansung berselak. Bukan sebab tak mahu tapi kerana malas membaca. Aku lebih suka baca e-paper dan ibu_suri lebih suka menonton berita dari tv di hadapannya.

Mungkin kami berdua ini antara penyumbang tertinggi kepada peratusan rakyat Malaysia yang kurang membaca.

Dulu aku memang suka membaca akhbar, majallah dan buku tapi sejak terpaksa memakai cermin mata ini, aku jadi culas. Berjam-jam menghadap komputer di tempat kerja sudah cukup untuk membuatkan mata dan minda aku keletihan!

6 ulasan:

kakcik berkata...

Wah... siap bagi percuma tu! ;-)

Anonymous one berkata...

dah lama xbeli akhbar haha!

Kamsiah berkata...

salam
setiap hari saya membaca sekurang2nya 3 paper-berita harian,utusan dan metro...kalau ahad,lbh lagi lah...
harakah,sinar...kdg2 baca jugak..

cuma satu yg saya tak suka...sesetengah org yg berpandangan sempit...menganggap akhbar yg kita baca mewakili parti yg kita sokong...

bg saya,saya sekadar membaca berita(ruangan politik dan sukan jarang diselak)

S..U..D..@..I..S berkata...

sama juga IM- kurang membaca paper, cuma berita di internet saja, berita juga kan..

mama maman aka yana berkata...

sy pun jarang nak bc paper.. lebih senang tgk kat tv je.. hehehe

Temuk berkata...

Salam sejahtera
Internet kini membolehkan kita membaca banyak akhbar, dari babnyak negara. Saya tak berapa gemar saiz kertas UMalaysia yg besar & harganya. Ada akhbar kita yg lebih tebal, lebih berita, mudah dipegang & lebih murah harganya.