Halaman

Isnin, 16 April 2012

Menguak Pintu Perjalanan Hidup Yang Realiti!



Jumaat lalu, selepas solat Subuh, aku dan ibu_suri bertolak ke PICC untuk menghadiri Majlis Konvokesyen KLMUC Along. Menaiki VIVA auto Angah dan menggunakan GPS kawanku - Yusuf memang banyak membantu melancarkan perjalananku. Hujan dan beberapa kemalangan lori tidak sangat mengganggu kosentrasiku. Paling aku berhati-hati ialah menjaga emosi ibu_suri. 

Sesampai di PICC yang sekali pandang binaannya seperti sehelai daun itu, aku ushar dulu route yang mudah untuk dilalui oleh ibu_suri. Aku curi-curi memarkir kereta di tempat paling dekat dengan lobi. Huu... penggunaan eskalator yang bertingkat-tingkat untuk sampai ke aras atas membimbangkan aku juga kerana ibu_suri tidak boleh berjalan jauh dan berdiri lama.

Di dalam dewan itu juga aku memilih untuk duduk di kerusi paling atas supaya ibu_suri tidak perlu menuruni dan kemudiannya menaiki tangga, berpusu-pusu dengan ramai orang dan akan mudah jika mahu ke bilik air. Alhamdulillah, bilik air untuk OKU ada disediakan. Mengeluh para penyambut tetamu yang berusaha menguruskan kemudahan ibubapa graduan sebaik mungkin.

"Ramai yang minta duduk di tangga atas dan kerusi tepi," keluh mereka sesama sendiri.

Dah namanya ibubapa kepada anak yang rata-ratanya berumur 20an. Tentulah mereka ini sudah tua dan tak larat untuk turun naik tangga, bisik hatiku.

Memang perjalanan ini memerlukan kesabaran dan tolak ansur dan bukan sedikit. Sebelum ini aku tidak berminat pun untuk beli jambangan bunga sepertimana adatnya sebagai tanda ucapan tahniah dan kebanggaan ibubapa yang gembira atas kejayaan anaknya tapi kali ini ibu_suri beria-ia minta. Aku pilih jambangan yang murah tapi memberi makma tersendiri. Murah.....?!! RM35 be... untuk 3 kuntum bunga Ros yang mewakili Along,  Aku dan ibu_suri; sebuah patung Pooh yang kuningnya begitu menarik dan sebuah badge logo KLMUC. Tak sangka juga kerana rupanya kuntum ros itu adalah bunga hidup.

Teringin nak ambil gambar secara famili tapi Along tak setuju. Mahal, katanya. Untuk satu set berharga RM139. Geleng kepala aku kerana aku tahu untungnya itu berlipat kali ganda.

Aku memilih untuk bermalam di Hotel Amani, Bangi dengan kadar sewaan RM118 untuk 3 katil Kira ok lah tu. Aku memilih ini kerana ada kemudahan lif. Kedai makan juga banyak tapi rata-ratanya bagi aku agak mahal. Memang terasa mahal makan yang dijual direstoran sekarang ini termasuk juga di Penang, tempat aku sendiri. Sebab itu aku lebih suka memilih untuk makan di gerai-gerai kecil sahaja.

Aku harap selepas ini Along akan mencari kerja dan mula membina haluan kehidupannya sendiri. Umur sudah mencecah 26 tahun. Aku kira dia sepatutnya sudah bersedia untuk menguak pintu perjalanan hidup yang realiti!

Foto selanjut boleh lihat di Face Book.

12 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Tahniah kepada Along dan saudara atas kejayaan, moga tetap dalam keberkatan Allah SWT, dikurniakan pekerjaan dan rezeki yang barakah..aamiin

Kamsiah berkata...

tahniah...utk IM dan isteri kerana berjaya mendidik Along mencapai kejayaan ...

Ujang Kutik berkata...

Sdr Insan_Marhaen,

Tahniah dan syabas kepada keluarga saudara dan khususnya Along anda.

kakcik berkata...

Tahniah buat Along dan untuk ayah serta ibunya juga. :)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Alhamdulillah dapat ibu_suri hadir ke majlis konvo tu.

Tahniah buat Along dan keluraga.

Anonymous one berkata...

Taniah along, ao sendiri belum berpeluang melangkah kaki ke menara gading.

Semoga berjaya dalam hidup along.

ainnoraini berkata...

tahniah buat along...mesti ibu suri pun gembirakann...

hrusli61 berkata...

Tahniah Along, IM dan Ibu_suri semoga diberkati titik-peluh dan RM yang dikeluarkan.

Semoga Along akan mendapat pekerjaan dengan segera.

shahirahkhairudin berkata...

Tahniah along.

... dan tahniah untuk IM juga kerana berjaya mendidik along menjadi manusia berilmu.

makchaq berkata...

Tahniah Along, IM dan ibu_suri. Semoga Along cepat dapat kerja...

Kunang-Kunang berkata...

Tahniah Along.

Tahniah juga untuk IM dan Ibu-suri atas kejayaan Along.

NoorVictory berkata...

Ouh, inilah Akhmal? ;)

Berkat didikan dan kesabaran IM. Semoga Akhmal dah dapat kerja sekarang ini. ;)

Sabar sungguh IM dengan kerenah ibu-suri. Bertuah ibu_suri! ;)