Halaman

Jumaat, 13 April 2012

Kenangan

Tok Ba - duduk tengah

Barangkali kalian tak perasan. Aku selalu bercerita tentang ibu-suri yang suka jika ditepuk belakangnya untuk lebih mudah tidur. Itu sebenarnya adalah kebiasaan ibu_suri semasa kecil. Cerita ibu_suri;

"Mak Tok I dulu selalu tepuk belakang I sampai la I terlena. Kalau tak tepuk I tak boleh tidur."

Dari satu sudut aku terfikir begitulah kasih dan pengorbanan seorang tua terhadap cucunya hingga sanggup bersekang mata asalkan cucunya selesa. Oleh kerana mak ibu_suri yang ketika itu tinggal di Kampung Buah Pala, Gelugur mempunyai ramai anak dan ditambah pula selalu uzur, ibu_suri dipelihara oleh Mak Toknya yang dimasa itu berkahwin kali ke2 dengan Tok Ba, seorang Pakistan.

Maka, bercerita semula saat-saat manis ibu_suri semasa masih anak-anak itu  barangkali akan dapat memberikannya sedikit kegembiraan. Maka aku selalunya mendengar sahaja walaupun tidak pernah mengalami zamannya itu. Zaman aku masih kecil dulu tidak sama seperti ibu_suri yang hidup berlatar belakangkan capati, susu Lactogen dan nasi kandar. Zaman aku pula diwarnai dengan pokok getah, air telaga, bijih timah, lombong dan ikan pelaga.

Aku bertemu ibu_suri semasa bekerja di Hitachi Semiconductor, Bayan Lepas pada 1983. Kemudian ibu_suri bertukar kerja di Intel Semiconductor ketika kami telahpun bertunang. Tatkala mengandungkan Angah, ibu_suri terlalu kuat alahnya hingga aku mengambil keputusan menyuruh dia berhenti kerja saja. Mulanya ibu_suri sedikit bimbang tapi kataku; rezeki kita tetap akan ada walaupun akan tinggal aku sahaja yang bekerja.

Kini Along dah pun mencecah 26 tahun. Angah pula sudah mempunyai anak. Cepatnya masa itu berlalu. 30 tahun seperti baru 30 hari.

Esok aku akan ke PutraJaya International Convention Center untuk menghadiri Majlis Konvo Along. Specialnya Along dari anak mahupun cucu Opah / Maktoknya ialah dia menjalani 2 kali konvo - Diploma dan Ijazah. Yang 'letih'nya ialah yang bernama AYAH!

13 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Begitulah kasihnya ornag-orang dahulu kepada anak cucu mereka, berbeza dengan zaman sekarang. Ramai betul haruan yang makan anak, mahupun cucu.

P/S:Tahniah buat Along, semoga berjaya di dunia dan akhirat. Erm, saya konvo 5 kali jika termasuk konvo tadika :)

hani@debumelukut berkata...

Coretan yg ringkas tapi padat..Suka baca tentang ikatan kasih sayang dalam keluarga..simple but so touching.

ainnoraini berkata...

Kalau teringat zaman kanak2 mmg seronok..dimanjakan...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kasih ibubapa mengajar anak-anak erti kasih sayang..

Tahniah buat along..

Juju berkata...

IM,
Tahniah buat Along kerana menjadi kebanggaan IM dan Ibu Suri.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Tahniah buat Along dan ibu ayahnya serta keluarganya.

pB berkata...

As salam

semoga selamat dalam perjalanan ke PutraJaya dan dipermudahkan segala urusan

Kamsiah berkata...

selamat berangkat...selamat dalam perjalanan,selamat kembali...

Anonymous one berkata...

Saya juga di besarkan oleh arwah tok wan dan tok.

Mak saya masih belajar ketika saya dan adik-adik lahir jadi arwah wan dan tok yang menjaga kami ..

Al fatihah buat arwah wan.. amin

aku HIV positif berkata...

lain orang. lain warnanya tapi masih sama arah tujuan.
t kasih kerana IM sudi berkongsi pengalaman.
tahniah kepada along dan family terutama AYAH!

Dinar berkata...

terkenang pulak masa kanak-kanak...seronok hidup dikelilingi dengan orang yang menyanyangi kita..tapi kita tidak lari proses kehidupan yang dinamik dan perubahan-perubahan yang kita lalui itu yang akan mendewasakan kita. Baru kita kenal tanggungjawah dan perjuangan!!

shahirahkhairudin berkata...

hah yang menepuk cucu tu namanya kasih nya nenek ke cucu.

yang berpenat lelah nak ke konvo tu lah namanya kasihnya bapa. tahniah IM. penat IM selama ini berbayar dengan sebuah kebanggaan bila anak berjaya kan IM.

makchaq berkata...

Makchaq masa taun 84 pi mintak kerja di Hitachi, depa suruh buat ujian bertulis sebelum interview, tapi rezeki bukan di sana. Klu dapat kerja di sana mungkin kita kenai dari dulu..