Isnin, 30 Julai 2012

Air Mata Sheikh Yusuf Estes

Aku dengan sabar menonton klip video ini yang dikirim oleh rakan ke dalam fbku tadi. Tanpa aku sedari airmata aku menitis bersama titisan airmata Yusuf Estes di akhirnya.

Aku harap kalian tidak lepas peluang menontoninya juga. Setelah itu aku percaya kalian akan mendapat sedikit motivasi dan semangat untuk terus istiqamah memperbaiki diri dan juga membaiki masyarakat keliling kita.


sila off butang lagu

Juga kalian akan dapat merasakan bahawa sebenarnya kita ini masih terlalu kerdil iman, sedikit amal dan gersang dengan taqwa. Masih terlalu banyak bekalan hidup yang perlu kita kampoi sebelum kita nanti disembahyangkan di hadapan imam.

Dan yang lebih besar ialah tanggungjawap kita untuk menyebarkan Islam kepada mereka yang belum Islam  masih tergalas. Aku pasti sebahagian besar dari kita masih belum berani mengajak mreka kepada agama kita ini.

Muga-muga kita diberi kekuatan dan kesempatan untuk itu oleh Allah disamping sempat memperlengkapkan diri kita dengan amal ibadah. Dan berpeluang mengIslam setidaknya seorang di sepanjang kehidupan kita sebelum waktu itu tiba, ameen...!

4 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Amin..
Amin..
Amin..
Ya Rabbal Alamin..
Mudah2an dapat kekuatan...

Temuk berkata...

Subhanallah! Memang terasa, yang mewarisi Islam dengan yang mencari Islam dan kemudian Allah memberinya, boleh jadi berbeza pengisian dan pengamalannya. Saya lebih terfikirkan hal diri sendiri, sebagai pewaris yang amat kekurangan.

Mario berkata...

kene tgk betul2 video ni....

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
ya.. kekuatan dalaman itu lebih hebat berbanding kekuatan luaran. muga Allah membantu!

temuk,
jika kita selalu melihat diri sendiri insyaAllah, allah akan mempertingkatkan kesedaran kita.

mario,
tengok dan faham betul-betul juga.