Halaman

Rabu, 1 Ogos 2012

Kelansungan Hidup



Sambil memegang stereng kereta menuju ke Restoran Cahaya Al Amin, Bukit Mertajam, aku memberitahu ibu_suri;

"Abang dah letih untuk terus bekerja. Saban hari mengharung sesak di jambatan. Saban hari terpaksa berdepan dengan tugasan yang tak pernah selesai. Abang nak berihat dan membuat kerja amal kesukaan abang."

Pun aku tetiba teringat pada pesan mak tatkala balik ziarahi beliau beberapa bulan lalu;

"IM, kalau boleh lagi kamu tu bekerja, kerjalah. Hidup kita ni perlu duit untuk menyambung rezeki."

Aku tahu pesan mak itu berlandaskan pengalaman beliau selama hidup lebih 60 tahun. Aku juga tahu bahawa anak-anak belum tentu akan membantu menyara makanpakaiku jika aku sudah tiada berpendapatan.

Hurmmm..... Walaupun rezeki itu pemberian Tuhan, kita masih perlu mencari kemana ia di lambakkan. 

Tuhan, pelihara dan berkatilah kelansungan hidupku ini bersama ibu_suri!

10 ulasan:

NoorVictory berkata...

Amiin. Semoga IM dan ibu_suri sentiasa berada di bawah lembayung rahmat ALLAH. :)

kakcik berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..kdg2 suami saya pun ada mengeluh mcm tu jugak...abg dah penat kerja..tp anak2 masih belajar..nak cari kerja lain/tukar keje..umur dah tak mengizinkan...
biasanya saya berkata...abg..biar letih kerana keja,bkn letih kerana cari keje...

Mario berkata...

Aminnn...

bak kata m zain...
keje...keje...keje...selagi tak...amende ntah...dah lupa pulak dialog dia...hehe

makchaq berkata...

kerja ni memang letih IM.. tambah bila dah berusia..
Tapi bila terpaksa.. kena tempuh la jugak..

nur berkata...

Amin IM..
semoga Allah memberkati..

Murni Alfathunnisa berkata...

selagi masih ada kudrat dari tulang empat kerat kan...

Deru Ombak berkata...

IM..kerja amal boleh di lakukan bila Ada masa terluang, yang wajib di utamakan ialah kebajikan di rumah dahulu.
Jangan nanti bak kata pepatah " kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.. "

Selamat bersahur.

pB berkata...

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga IM

Temuk berkata...

Letih mental & fizikal memang satu realiti terutama bagi yang telah lama bekerja.... kemudian sambung dengan kontrak, kontrak, kontrak... Ada pula yang takut direhatkan, sebab bimbang kebingungan tak tahu nak buat apa. Ada pula yang takut tak merasa... tak sempat bersara, sebab masih terpaksa bekerja.