Halaman

Rabu, 4 Disember 2013

Yang Baik-Baik Saja...

Barangkali aku perlu stop saja menulis tentang orang lain kecuali diri sendiri dan ibu_suri. Kalau pun nak tulis juga,  hanya kisah yang baik-baik sahaja.

Kerana ini jugalah sebelum ini aku telah beberapa kali menukar alamat blog. Semata-mata kerana tak mahu keluargaku malah sebahagian dari kenalan membaca tulisanku ini. Kemudiannya menceritakan secara terbuka pada orang lain. Akhirnya sampai ke telinga anak-anak atau saudara maraku. Tidak elok pula akhirnya natijah itu.

Biarlah aku simpan kisah-kisah pilu hidup ini di lipatan sanubari sahaja. Blog ini hanya tempat aku rakamkan kisah-kisah seharianku dan ibu-suri. Kisah yang baik-baik sahaja. Atau paling tidak gaya menulis yang elok-elok sahaja.

Ntah kenapa di tempat kerja tadi aku terasa amat malas sekali. Resah masih menguliti tangkai hati. 

Mulanya aku merancang nak ambil cuti separuh hari. Tapi akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi kerja lewat; singgah di klinik Kubang Semang untuk ambil ubat terbaru ibu_suri. Tahun ini rasanya aku berjaya pecahkan rekod mempunyai lebihan cuti tahunan. Kalau tidak, selalunya cuit aku minus.

Aku masih memikirkan ke mana nak aku bawa ibu_suri bercuti hujung tahun ini. Rengekan ibu_suri supaya kami pergi bercuti seperti mana tahun-tahun sebelumnya buat aku rimas.

Mungkin aku akan ke Perlis? Ntah kenapa aku suka pergi Perlis. Bagi aku, negeri itu damai dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan.

Atau mungkin juga ke Negeri Sembilan. Aku teringin nak singgah makan di gerai yang menjual gulai lemak cili padi!

Sekadar angan-angan di malam begini sementara menunggu ibu_suri bagi signal untuk keluar jalan-jalan. Huuu... dah jam 12 lebih ni. Terasa mengantuk!

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

tak mau org luar baca,IM boleh privatekan ja..hanya invited readers ja yg boleh baca...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan menulis Pak IM. Adakala ia menjadi pelajaran bagi kami ini yg menghadapi masalah yg sama dgn Pak IM.

Jay Ar berkata...

Keberterus-terangan itu baik, tapi kadang2 kita perlu simpan sesuatu atas nama maruah diri, keluarga dan orang sekitar kita....

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

1.Datanglah ke Negeri Sembilan...

Masak lemak cili api ikan keli salai dan daging salai dan ulan kerdas.

2.Saya sekeluarga pernah mencari Restoran Nasi Kandar Line seluruh pulau tidak jumpa.

3.Teruskan 'trade mark' blog saudara. Pembaca dan rakan blogger telah faham dan boleh terima.

insan marhaen berkata...

TK buat semua. tak dan nak ulas.

mario berkata...

yela...perlis dah sampai tp tak sempat nak explore lagi./... tapi tengok mcm best jek... lalu ladang tebu...