Sabtu, 28 Julai 2012

Baru Tahu



"Jenama Samsung ni sebenarnya tak bagus sangat. Kurang sejuk dan alatgantinya mahal. Lain kali beli jenama York atau Acson." Jelas En Azmi sambil tangannya sibuk menanggalkan penghawadingin dari dinding.

"Saya beli melalui skim dari Court Mamoth. Masa tu isteri saya desak minta belikan aircond sedangkan saya tak cukup modal. Jadi, saya pilih harga yang termampu saja." terangku.

Setelah selesai servis, aku ubah susunatur katil, almari dan kabinet baju. Aku bentang tikar getah baru menggantikan permaidani yang pada pandangan aku tidak bagus kerana mengumpul habuk.
 
Bila dah siap, nampak sangat kegembiraan ibu_suri tatkala melihat bilik tidurnya berubah wajah dan suhu kembali sejuk. Sebelum ini dia kurang setuju dengan cadangan aku untuk membuat sedikit perubahan dalam bilik tapi aku berkeras kerana berpendapat bahawa dengan sedikit ubahsuai dalam bilik akan memberikan impak besar kepada mood sekaligus akan memotivasikan ibu-suri.

Tapi..hurm..sekarang ini baru aku tahu bagaimana rasnya sakit pinggang yang mak dan abah aku dulu pernah mengadu.

5 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik guna jenama York sejak lebih 15 tahun lalu. Bilik kakcik dipasang pendingin hawa kerana anak kakcik yang menjalani pembedahan jantung tidak tahan panas pada waktu itu.

NoorVictory berkata...

Saya tak tahan sejuk. Huhu.

Saya pun suka susun semula atur bilik. Hehe. Kadang-kadang almari angkat sendiri. Kalau ada adik-adik kat rumah, saya kerah tenaga diorang. :P ahaha

Semoga ibu_suri ceria dengan suasana baru! :D

Aida Ali berkata...

Beli aircon Mitsubishi memang berbaloi

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
seronok ibu suri dengan suasana biliknya yang telah ditukar susun atur dan sejuk kembali...
selamat berpuasa IM dan ibu suri...

insan marhaen berkata...

kak cik,
berkorban untuk anak tak mengapa.

aida ali,
mitsubishi pun buat aircond? ingatkan kereta jer...

noorvictory,
IM kena buat sendiri sebab anak-anak semua dah menghilang... sebab tu sakit pinggang sebab ubah katil dan almari..berat!

ibu n abah,
memang betul. berbaloi letih bila lihat senyuman ceria ibu_suri.