Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

Hameediyah

Untuk sahur biasanya aku beli lauk siap-siap dari kedai. Tapi nak cari masakan Melayu yang masih fresh malam-malam begini agak susah nak jumpa. Jadinya, pilihan terakhir ialah membeli di restoran nasi kandar hingga terbit rasa jemu. Asyik-asyik kari...kari...

Semalam, ronda punya ronda, tup-tup ternampak Restoran Nasi Kandar Hameediyah bersebelahan SR Tok Kandu, Permatang Janggus. Baru buka agaknya. Cawangan Restoran Hameediyah yang terkenal di Tanjung.  Kalau tak silap tapak ini dulu adalah kedai makan yang popular dengan lauk kari itik.

sumber

Aku teringat masa aku masih bertunang dengan ibu_suri dulu. Kami dating  di Restoran Hameediyah kat Campbell Street, Tanjung. 

Kami pilih makan di tingkat 2. Mamak datang ambil pesanan. Bila dah siap di tulis, dia letak dalam raga dan raga itu diturunkan guna tali ke tingkat bawah. Bila dah siap, mamak kat bawah tu letak makanan dalam raga dan mamak kat tingkat 2 tarik ke atas dan hidangkan ke meja kami. Sempoi...

Sayangnya, ibu-suri datang dengan mak dia. Jadinya, aku makan pun rasa mengkelan!

11 ulasan:

Anonymous one berkata...

cewah dating dulu2 yer ... tp mmg sempoi lah IM

NoorVictory berkata...

Wah! Dating dengan mak mertua sekali ya. Hehehehe

kakcik berkata...

Anak yang baik tidak akan meninggalkan ibunya. hehehe...

pB berkata...

mengkelan ??

apa makna tu?

Ibu n Abah berkata...

IM..
Hameediyah.. Antara restoren nasi kandar pilihan kami sekeluarga... Mmg puas hati...

❤Kamsiah❤ berkata...

adakah ibu suri masih igt kenangan manis tu..:)

Mario berkata...

mengkelan?hehe...apa tu...

Jurnal Murahan berkata...

wah dah lama tak singgah, berwajah baru hahaha

kemas, aku suke

insan marhaen berkata...

ao,
dating dulu kira sopan lagi le berbanding sekarang..

noorvictory,
nak pancing anak kena pancing mak dia dulu. bijak tak?

kakcik,
iu dulu. la ni?

pb,
mengkelan tu loghat penang. makan nasi tapi susah nak telan. kena tolak dengan air.

ibu n abah,
kalau sekeluarga pi makan, ghelah poket.

kamsiah,
tak pasti. tak pernah tanya dia...

mario,
mengkelan tu kira macam nak tercekik makanan.

jurnal murahan,
tkasih kerana masih sudi ingat. singgah juga kat JM tapi tak booleh tinggal komen.

Murni Alfathunnisa berkata...

hehe...terus rasa mengkelan ye IM..sabor aje lah!

hameediyah kat sekolah tok kandu tu mcmmana rasanya IM..sama tak rasa macam yang kat campbell street. saya ada dengar jugak, tapi tak sempat nak cuba lagi..

makchaq berkata...

Lama dah tak pi hameediyah..
Makchaq makan kat sini dari budak2, masa tu waiter dia muda2 belasan tahun belum berapa pandai cakap melayu/baru mai dari India.. sampai dah beruban putih depa masih kerja di sana.. loyal sungguh

Tapi la ni ayam roast dan lauk2 dia dah tak sesedap dulu Agaknya tukang masak asal dah meninggal tapi tak turunkan ilmu...