Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

Best Jadi Penghulu

2 minggu lepas aku ada cerita pasal hendak pergi mukhayyam? Errrr... kat sini.

Hmmm... nak tahu? Di sana, aku dipilih menjadi mas'ul kumpulan. Kumpulan aku bernama Citra berdasarkan jenama kereta yang dinaiki. Bersama aku ada 3 lagi sahabat yang rata-ratanya muda 20an dari aku. Seorang darinya Cina Muslim.

Hari pertama kami bermalam di rumah sahabat di sana. Aku dilantik pula sebagai ketua keseluruhan peserta diberi gelaran Penghulu. Aku bertanggungjawap terhadap perlaksanaan atas sebarang arahan dari Kem Komandan.

Menjelang malam, kami terpaksa memasak sendiri. Pucuk paku yang dikutip dari tepi sungai berdekatan dijadikan ulam untuk dicecah bersama durian yang dikupas menjadi tempoyak campur sambal cabai burung.

Sambal

"Eh, mana boleh potong pucuk paku guna pisau."

"Kenapa?"

"Pantang. Nanti tersangkut kat tekak. Kena patahkan dengan jari je...!"

Nampak sangat mereka ni tak biasa dengan sayur kampung. Kemudian;

"Bukan tadi Kem Komandan kata pucuk paku tadi tu untuk celur aje."

"Ye lahh..."

Sambil melihat ke arah pucuk paku yang direndam ke dalam periuk dengan api gas stove yang besar.

"Ni bukan celur. Ni rebus namanya."

"Macam mana kalau nak celur?"

"Celur tu biasanya kita masak air hingga mengelegak. Kemudian ambil pucuk paku dan celup sekejap. Kalau masak air bersekali dengan pucuk paku macam ni, dah kira rebus namanya. Tak ummphhh... nak makan dengan tempoyak nanti."

makan bersama dalam talam

Best juga jadi Penghulu ni. Bukan apanya. Aku cuma perlu pantau saja. Kerja kasar semuanya dilakukan oleh  golongan muda yang begitu ringan tulang. 

Mereka pula begitu hormat terhadap aku sekaligus membuatkan aku juga menghormati dan senang dengan mereka walaupun ada di antara mereka sebenarnya bertaraf ustaz.

aku - berdiri 4 dari kiri ... lelaki retro!



4 ulasan:

kakcik berkata...

Sedapnya makan masakan kampung. :)

makchaq berkata...

Orang banyak pengalaman bagus jadi penghulu..

makchaq masa bujang dok rumah sewa masak gilir2, makan sama2 dalam talam.. 12 orang 1 rumah, guna 4 talam

insan_marhaen berkata...

kakcik,
memang sedap lebih lebih lagi makan ramai-ramai. ikan tawar pun licin...

mak chaq,
agaknya sebab itulah depa lantik IM. IM pun kira oklah sebab depa nampaknya baik baik belaka!

Anonymous one berkata...

Kat kelas kat kursus ni kadang2 AO di gelar penghuluwati.. mungkin sebab AO jenis banyak mulut.. hehe..