Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

Teman Hidup Yang Aku Ada

Tak lama lagi nak menyambut bulan Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu. Terasa seperti baru sangat aku sibuk-sibuk dengan buka puasa serta sahur. 

Melihat keadaan rumah yang berselerak lebih menambah semak dalam kepala. Hampir kesemua ini aku kena fikir sendirian. Ada anak pun tidak banyak membantu. Maklumlah, lelaki semuanya. Mereka dengan hal mereka. Menantu pun seperti masih takut-takut hendak mengemas rumah secara berlebihan walaupun sebenarnya hampir 2 tahun bersama. Aku faham itu kerana aku juga pernah mengalami perasaan yang sama.

Sedar tidak sedar rupanya sudah 5 tahun aku menjaga ibu_suri yang mengalami sindrom mood dis-order ini sejak puasa 2007. Huu.... Boleh tahan juga sabar dan setianya aku ini, ya! Kalau bukan calang-calang orang dah lama ca..alif...but!

terbaik atau tidak, dialah sahaja teman hidup yang aku ada

Tak dapat aku nafikan sesekali aku terrasa bangga dengan kekuatan dalaman yang aku ada hingga mampu bertahan dalam menjaga keutuhan keluarga. Bukan sedikit cabaran dan dugaan yang terpaksa aku rengkuh dalam mempertahan rumah tanggaku ini. Bukan sedikit...

Aku harap, apa yang telah aku perbuat dan lalui selama ini akan dijadikan pelajaran oleh anak-anakku. Dan sebahagian dari pengalaman ini ada aku catatkan ke dalam blog ini. Aku harap pula ianya bukan sekadar dibaca untuk suka-suka akan tetapi dapat pula mengesankan hati pembaca sekaligus menjadi panduan pula ke dalam hidup mereka.

Kehidupan ini mesti ditempuh samada mahu atau tidak mahu. Maka tempuhilah dengan penuh kekuatan jiwa yang positif. Kita adalah yang manusia  beragama. Tentunya pergantungan kita utuh hanya kepada Dia semata!

3 ulasan:

nurazzah8 berkata...

Salam IM, saya sangat respect dengan IM kerana kesabaran dan kekuatan dalaman yg IM punyai. Kalau saya sendiri pun jika mendapat ujian seperti IM, belum tentu saya dapat menghadapinya... namun Allah itu Maha Mengetahui kan...DIA menguji hambaNya mengikut kekuatan iman seseorang itu....teruskan istiqamah dan teruskan membina kekuatan dalaman dengan zikrullah dan amal ibadat yang IM lakukan...

IM ada email tak? boleh emel saya di sini : nurazzah8@yahoo.com

Nurazzah8

insan_marhaen berkata...

nurazzah,
terima kasih atas peransang. kena hadapilah semuanya...

NoorVictory berkata...

Kekuatan yang IM ada dan masih cukup pula untuk disalurkan kepada kami yang sedang mencari kekuatan ini sudah cukup membuatkan saya terus kuat bertahan!

Semoga kekuatan itu terus bersama IM dan ibu_suri. Salam untuk ibu_suri yang bertuah! ;)