Halaman

Jumaat, 13 Julai 2012

Kenangan Bersama Sahabat


kiri: blogger Jendela Hatiku, berkemeja putih: blogger Warna Nostalgia. Aku - di sebelah kanan Dr Danial.

Sejak sibuk menghantar Akhmal ke klinik untuk proses cuci luka di kakinya itu, dah lama aku tidak pergi ke Tasik Mengkuang. Tapi sejak minggu lepas dan hari ini aku kembali semula ke sana. Walaupun dah 8.30 pagi; matahari pun dah mula tinggi, aku pergi juga dengan azam demi menjaga kesihatan.

Aku teringat satu artikel yang aku baca beberapa minggu lalu. Antaranya ialah sunnah menjaga kesihatan yakni;

1. Bangun sebelum Subuh
2. Tekun menjaga kesihatan
3. Jangan makan berlebihan
4. Banyakkan berjalan kaki

Seorang kawan lamaku menalipon semalam. Katanya, sekarang ini dia agak uzur. Lebih banyak duduk sahaja. Kawanku ini dulu seorang body builder.

Sambil berjalan dan sesekali berjogging itu fikiran aku melayang mengingatkan kenangan lama bersama beliau dan blogger Jendela Hatiku  menjalankan tugas menyediakan prasarana kuliah Dr Danial di surau Tapian Gelanggang Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang setiap hari Ahad jam 3 petang. Bertahun-tahun juga kami menjalankan tugas bersama tanpa ada imbuhan apa-apa pun.

Akan tetapi apabila ibu_suri di serang angin ahmar, aku pun mengundurkan diri dari memikul tugasan itu. Namun Dr Danial atau lebih mesra kami panggil DD masih terus istiqamah memberi kuliah. Aku kagum dengan kesungguhan beliau yang juga seperti kami - tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan sebaliknya - lillahi Ta'ala!

7 ulasan:

kakcik berkata...

Ilmu tidak akan luak walaupun dikongsikan berkali2. :)

Anonymous one berkata...

:)

IM, tak semua mampu lakukan seperti IM lakukan terhadap ibu suri dan anak-anak IM.

Abd Razak berkata...

Tak ramai yang mampu memperjuangkan risalah yang Rasulullah s.a.w. bawa tanpa memikir akan habuan di dunia

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
Insyaallah kita teruskan perjuangan ini walaupun ada seketikanya kita pernah jatuh.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
sebaliknya akan mendapat ganjaran pahala berganda-ganda selagimana ianya dimanafaatkan.

ao,
ye lah... doakan IM terus beristiqamah.

abd razak,
nabi pun pernah bersabda bahawa jalan yang lurus itu memang sedikit yang mahu mengikutinya.

budiman,
ya... marilah kita terus berbuat amal walau dibidang mana sekalipun kerana Allah tidak tanya golongan mana yang kamu ikut tetapi Allah tanya jalan mana dan seikhlas mana yang kamu perbuat.

al-lavendari berkata...

saya sering berjanji pada diri sendiri untuk banyak berjalan .. tapi malangnya tidak istiqamah.

makchaq berkata...

Ibu_suri lebih perlukan IM, sebab dia pun hanya ada IM sebagai teman yang dia ada (dia suri yg bertuah sebab temannya IM).

Arwah mak dan abah makchaq memang pelanggan tetap klinik DD, makchaq kadang2 jadi drebaq