Halaman

Sabtu, 14 Julai 2012

Macam Abah Aku Juga

Foto 90an: ibu_suri cuba membungkus teh di kilang Teh Boh,
Cameron Highlands.

Aku tahu, semalam, semalaman dia tak dapat picing mata. Katanya, dia asyik tengok aku sahaja yang sedang sedap berdengkur. Dia usik pipi aku, geletek aku, aku tetap lena.

Aku tersedar bila azan sayup-sayup dari menara masjid. Terasa nak buang air, aku ke pancuran.

"Abang, kita sembahyang sama-sama, boleh?" Aku angguk.

"Ye..ye..." sambil bertepuk tangan. Aku sengeh aje. Masih ngantuk.

Selesai bagi salam dia menyambut tangan aku lalu menciumnya.

"Seronok dapat sembahyang dengan abang." ceria wajahnya.

"Sat lagi kita pi ronda, ok?"

"Laaa..... tidur dulu lah." sambil aku bomm.... Maklumlah, semalam lewat tidur.

"I tak mahu tidur lagi. Nak tunggu Marissa sat lagi."

Begitu sayang ibu_suri dengan cucunya ini. Kalau tak dapat lihat sehari, akulah yang akan jadi tempat dia merengek.

Pernah di satu malam;

"Abang, sat lagi lalu di Masjid Kubang Semang tu, you singgah sat ok. I nak solat dulu. Sat lagi boleh terus main dengan Marissa."

Kekadang aku dimarahinya bila lansung buat tak kisah pada Marissa sebaliknya terus masuk bilik dan tidur.

Sebenarnya, malah dengan anak menakan yang lain juga, aku hanya suka bermain bila mereka sudah boleh berjalan dan diajak berbual. Ketika tulang masih lembut begini aku cuma acah sesekali aje. 

Perangai aku ini tak ubah macam abah aku juga. Hanya suka pada budak-budak besar je!

8 ulasan:

abu muaz berkata...

kenangan silam memang mengusik jiwa.
ada kisah ibu suri dgn Teh Cameron tu ya

kakcik berkata...

Suami kakcik adalah seorang yang sangat suka dengan kanak-kanak. :)

Murni Alfathunnisa berkata...

sukanya kalau dapat main2 & mengacah baby...

NoorVictory berkata...

Hee~ sy klo nmpk budak-budak terus pegi dekat. Xkira siapa pun mk bapaknya.. Xkira di mna pun tempatnya. Hahaha

insan_marhaen berkata...

abu muaz,
tu kisah masa muda-muda.

makcik dia kerja situ. kami cuma datang zirah.

kakcik,
dia lebih baik dari IM nampaknya.

murni,
ha..ha.. IM suka tengok jer.

noorvictory,
jaga-jaga. nanti orang ingat nak kidnap anak dia pula.

Ibu n Abah berkata...

IM..
ibu suri memang pengasih orangnya..
syukurlah marissa bernenekkan ibu suri...

makchaq berkata...

Pakchaq suka budak2, memang dia suka layan budak2... Tu yg selalu kena buli dgn Nafisah...

pB berkata...

suami pB layan anak-anak tapi suara tak keluar ...